Wednesday, 22 January 2025

Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken di Bangi

Tular makanan fried chicken yang mendpaat perhatian kat media sosial lagi-lagi kat Tiktok iaitu Darsa Fried Chicken. Jadi bila tau nak buka cawangan nak buka kat Bangi memang teringin lah nak try rasa sampai viral orang beratur nak makan brand ni kan.. 

Bila baru buka kat Bangi ni memang comfirm beratur la nak order makan. Jadi macam saya memang tak terburu-buru nak makan sana. Saya tunggu dalam 1 -3 bulan macam tu baru saya pergi. Saya pergi pun waktu malam time weekday tak ramai orang datang. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
banner Darsa Fried Chicken


Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Menu yang ada kat Darsa

Masa nak order boleh kata semua ada cuma kentang habis..Menu dia kalau tengok biasa-biasa sahaja tak ada yang unik untuk dipesan. Tapi Darsa Cola punya tu sedap betul air dia.. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Kaunter Darsa Fried Chicken

Konsep dia sama macam biasa order dan bayar dulu baru tunggu turn dapat makanan. Ayam memang besar. comfirm kenyang makan. 

Cuma depan kaunter takde tempat duduk makan, nak makan sama ada kat luar ataupun kat atas. Kurang mesra warga emas atau OKU. Sebab meja kat luar agak limit. nak naik atas kena naik tangga. Kesian yang kalau pakai weelchair ataupun warga emas. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Hasana Set Rice Plate (RM18.00)

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Nasi yang dibungkus. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
member punya set..sama.. Hasana set juga

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
saya punya set. 

Selepas kitorang rasa makan kat Darsa Fried Chicken boleh saya simpulkan rasanya hanyalah biasa-biasa sahaja takde faktor wow rasanya. Bolehlah sekadar mengenyangkan perut. Gorengan ayam tu tak kick la ni pendapat peribadi lah. Kalau macam kfc gorengan ayam tu rasa rempah-rempah dia tu.

Tapi bila rasa gorengan ayam Darsa ni tak rasa rempah-rempah dia. Kalau ada rempah pun tak umpph.. tak cukup kuat lah. goreng pakai tepung biasa macam tu lah.. 

Tuesday, 24 December 2024

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim di Bangi?

Dapat tau pasal kedai makan Rahman Lao pun melalui sosial media tiktok yang promote pasal makanan cina ini terus rasa tetiba nak terjah makan kat sini. Dah lama tak makan makanan cina. Last makan makanan cina pun makan kat Bacc Seafood kat Bangi Avenue.

Rahman Lao
Rahman Lao Baru buka katanya 1 bulan lebih

Tempat Rahman Lao ni pun senang dan tempat dia ni memang popular dah beberapa tahun sebabnya siang tempat dia ada jual Bawal Power Sempoi cuma tak tahu la plak malamnya ada jual masakan cina. Kalau tanya orang Bangi memang tahu lah Bawai Sempoi Bangi. Memang penuh pack ramai orang makan kat sini time lunch. Boleh tengok review Bawal Power Sempoi kat [SINI] 

 Rahman Lao Masakan Cina Muslim
( Lokasi Yang Sama Dengan Bawal Power Sempoi ) 
Jalan Taman Sentosa 
Desa Sentosa Fasa 2 
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Area Teras Jernang.

Kitorang datang lepas maghrib macam tu sebab takot ramai orang datang. Dan bila sampai tu nasib baik tak ramai orang lagi makan kat sini dan duduklah mana-mana tempat sambil menu nnti dorang sediakan. Tinggal kita pilih menu je. Menu pun ada banyak pilihan, kalau tak tahu pilih pun dia ada set-set yang dorang dah sediakan. 

Macam kami ada 4 orang jadi kami malas nak fikir makan apa, kitorang ambil je Set Muafakat kalau tak silap boleh makan 3-4 orang.

Ini adalah antara menu yang ada kat Set Muafakat (3-4 orang). Air pun dapat untuk 4 orang minum. Harga dalam RM150 macam tu. 


Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Siakap Miang

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Tomyam Campur

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Puku Paku dengan Ayam Sweet & Sour

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Sotong Goreng

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Ayam Sweet & Sour

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Pucuk Paku

Pucuk paku tu first time makan dalam keadaan sejuk tak tahu la style dia macam tu ke atau dia lupa nak panas kan ke.. Tapi memang sejuk macam baru keluar peti ais macam tu. Rasa dia bila makan campur dengan lauk lain sedap juga tak rasa pelik. So, memang sedap 

Lauk yang lain tu memang sedap dan habis licin makan cuma bila makan tu rasa makan makanan Thai takde rasa macam makan makanan cina. Ini apa yang saya rasa lah tak tahu la orang lain makan memang betul rasa makanan Cina. Mungkin sebab ada tomyaam kot tu yang rasa Thai. Biasa cina femes dengan sup-sup ni. 

Overall, Tempat dia macam biasa luas, senang cari tempat, mesra oku macam wheelchair. Makanan pun sedap dan harga bagi saya sendiri sedikit mahal tapi berbaloi dengan makanan yang kita dapat. 

 

Saturday, 14 December 2024

Sedap ke Makan Ayam Goreng Korea BHC Chicken?

Dah lama tak makan ayam goreng Korea teringat bila datang ioi City Mall hari tu ada nampak kedai baru buka lupa namanya, then bila datang tu baru tahu namanya BHC Chicken.

Kenapa nama BHC? Nama panjangnya - Better & Happier Choice.

Sekarang ni memang berlambak makanan ayam goreng korea kfry, kyocon, naknak, 4Fingers, goobne la. Jadi kali ini nak try plak makan BHC chicken. Tgk rasa dia boleh pergi mana.. 

Kalau kat Ioi City Mall kedai dia kat tingkat 3 betul-betul bersebelahan dengan GSC wayang baru hujung sekali. 

Kedai dia pun not bad suasana dia cantik dan warm.


Sedap ke Makan Ayam Goreng Korea BHC Chicken?
Suasana dalaman BHC Chicken

sambil tnggu makanan lain boleh tgk luar 

Menu dia pun ada banyak pilihan macam set kombo nasi, nasi goreng kimchi, ramyeon dan lain-lain tak berapa nak ingat sangat menu dia. Yang penting macam aku ambil set combo dengan curly fries. 

Kalau nak order nanti dorang akan bagi QR code untuk order secara online. 

Inilah buku menu BHC Chicken. 



Set kombo nasi biasa dengan ayam soy sauce dan bburinkle.
Nampak berkilat pinggan dia. haha 

Set nasi dengan ayam bburinkle tu memang sedap ayamnya.. serbuk dia macam mix cheese rempah macam tu tapi memang sedap sangat. Kalau soy sauce tu macam dah biasa sangat...bburinkle kira menu baru kat sini. 

Gambar kat bawah pula curly fries rugi pula ambil regular je sebab sedap sangat tau ambil yang besar.

Curly fries dia ni memang sedap!

Ini jelah yang kitorang order krang kalo tambah lagi ayam lain takot kenyang tak habis pula. Padahal masa awal fikir tadi macam nak ambil set ayam dengan drumbstik. Nasib baik dah kenyang. hahaha

Sedap ke Makan Ayam Goreng Korea BHC Chicken?


Rasa dia overall boleh kata sedap setanding dengan restaurant korean fried yang lain. Boleh kata semua pesen sama je lah rasa cuma yang ni ada menu baru bburinkle (salutan tepung berperisa). Bila dah selalu rasa ayam goreng korea ni korang tau la kan macam mana rasanya.. haha

Harga dia agak mahal kalau nak order nasib baik ada set kombo jimat skit. 

Oh yeah, lagi satu kedai ni tak ada halal lagi tak nampak sijil halal depan kedai dia ni tapi tengok ada pekerja melayu dan orang yang makan dalam tu banyak orang melayu jadi mungkin kedai dalam proses pengambilan sijil halal. Nak ada sijil halal salah satunya ada pekerja muslim kalau tak silap. 

Datang lagi tu mungkin ya kalau time gaji ke dan dorang dah ada sijil halal. 

Baru la rasa yakin. Ni lupa plak dah makan baru nak tahu halal ke tak. haha macam kfry dulu la sebelum pkp yakin halal rupanya belum halal lagi. Ni dah 2024 baru la kfry dapat sijil halal tu. 

Saturday, 7 December 2024

Hikmah Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah

Lelaki ini namanya Sunhaji. Beliau ni yatim piatu sejak kecil lagi. Dari kecil, hidupnya susah.

Sekarang beliau menumpang di rumah mertua yang kecil dan sempit. Meski pun begitu, dia seorang yang ringan tulang, rajin dan peramah.

Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah Terkenal
Terus maju semangat walau dihina

Beliau juga sering menjadi bilal di masjid dan kerap mengikuti ceramah agama sambil menjual teh ais.

Masa kejadian dia dimalukan, sebenarnya Subhaji tengah mencari duit untuk isi minyak pulang ke rumah.

Malam tersebut dia berjaya menjual 7 gelas teh ais berharga 35,000 rupiah = RM8.30 sahaja. 15000 rph digunakan untuk isi minyak, 20,000 rph (RM5.50) lagi dibawa pulang untuk belanja dua anaknya. 

Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah Terkenal
tetap tersenyum meskipun dihina

Selepas video beliau dimalukan viral, orang ramai memenuhi perkarangan rumah mertuanya untuk memberi bantuan dan sokongan. Berikut antara sumbangan yang beliau dapat :

1. Seorang influencer, Willie Salim memberi 100 juta rupiah (RM28k) cash! Ustaz Adi Hidayat pula memberi 50 juta rupiah. Dr Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah berjanji akan membiayai pengajian anak-anak beliau sampai tamat. 

2. Selain itu, ada individu dengan nama Bang Senja mengirim gift Tiktok bernilai 300 juta rupiah melalui Tiktok Rian Ariffin.

3. Ustaz Muhammad Fakhrurazzi pula akan membawa Subanji dan isteri menunaikan umrah Ramadan nanti.

4. Masjid Nurul Ashri akan membina sebuah rumah untuk beliau dan keluarga. Kos dijangka menelan belanja sekitar 300 juta rupiah.

5. Partai Gerinda menyediakan bantuan modal untuk beliau berniaga.

6. Bantuan dari pelbagai pihak sekitar 200 juta rupiah lagi.

Beliau pernah dihina oleh orang agama yang ada pengaruh besar. Dan beliau cuma tersenyum dan diam sahaja.

Begitu tinggi kesabaran yang ditunjukkan. Dan akhirnya, kesabaran itu dibalas berkali-kali ganda.

Satu perkara yang tak pernah beliau terfikir, bahkan mustahil untuk dapat rumah percuma, ditaja umrah dan mendapat durian runtuh beratus-ratus juta rupiah dalam masa 2 hari sahaja.

Mustahil bagi akal kita. Namun semuanya mudah bagi Allah taala.

Rezeki orang sabar sesungguhnya maha hebat. Itu baru di dunia, belum lagi di akhirat.

Begitulah.

kredit : Mohd Fadli Salleh

Selagi tidak kena pada diri sendiri. Kepayahan orang lain bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak atau jenaka. Walaupun sudah memaafkan tetapi parut dari ditertawakan dan dimalukan dikhalayak itu tetap terkesan sampai bila-bila. Berhati-hatilah. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka.

Tuesday, 26 November 2024

Pengalaman Stay Casabella Homestay di Batam

Saya suka hotel ala2x homestay mix muji style. Suasana dalaman yg cantik dan luas sesuai utk group 4 orang siap ada small ruang tamu. Tv dia pun besar mcm 50inci puas tgk. Love it so much. Masuk hotel dan bilik pun pakai card. Sangat secure

Kat bawah ini adalah homestay Casabella. Baru lepas renovate kalau tak silap

Pengalaman Stay Casabella Homestay di Batam
Casabella Homestay

Tempat pun memang sangat strategik.  Berdekatan dengan Batam central Mall dengan Grand Mall. Jalan kaki je dah sampai. Nak makan malam pun senang depan BCS ada kedai tepi jalan jimat duit. Ada circle k ala2x mini market, quiet famous kat sana.

Pastu depan hotel ni ada kafe cuma tak tau halal ke tak.. sbb ada provide beer tak silap. Tapi tak sure la sbb tak masuk pun. Pg tempat lain. 😅


Pengalaman Stay Casabella Homestay di Batam
Bilik pertama, Katil boleh tidur 2 orang


Pengalaman Stay Casabella Homestay di Batam
Ada ruang tamu



Pengalaman Stay Casabella Homestay di Batam
Bilik Air

Pengalaman Stay Casabella Homestay di Batam
Ini bilik kedua. 

Cuma tempt dia berdekatan ngan pasar la jadi pemandangan tu tak berapa nak cantik la. Ada sampah merata2x.  Tapi boleh lah acceptable memandangkan kawasan dia pun strategik. Yg sampah tu abaikan lah pandang sebelah mata je. Hahaha

Saturday, 23 November 2024

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi dan Web

Beberapa hari yang lepas Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi baru menggantikan Go by Bank Islam kepada BIMB Mobile dan juga website baru iaitu bimb.com

Sebagai pengguna Bank Islam memang terus download app ini. Dan boleh kata layout dia more fresh berbanding app dia yang lama dan lagi teratur. Platform rasa lebih canggih dan smooth. Ini baru pandangan pertama.

BIMB

Sebelum melakukan transaksi korang kena aktifkan dulu online banking kat ATM machine bank Islam. Caranya masukkan kad korang, pilih lain-lain dan cari aktif banking online dan klik kemudian selesai. Nanti kalau korang buka app baru dia, dia akan bgtau masa cooling perioud sampai bila. Macam aku sendiri, masa aktifkan pukul 1pm, dalam pkul 3 pagi baru app aktif boleh transfer semua.
  
Agak leceh tapi ikut jelah rules, buat sahkan identiti je nak elak dari scam lah.  Tapi ada beberapa user lain tak payah aktifkan kat atm pun dah berjaya buat transaksi. 

antara mukam baru BIMB. 

Antara muka baru Bank Islam lebih kurang macam Maybank punya iaitu MAE. Jadi tak kekoklah nak buat transaksi dengan app baru BIMB ni. Cuma nak kena ingat susunan BIMB secure dan lain2x tu jelah.   

Macam Mana dengan Go by Bank Islam?

Buat masa ini korang masih boleh guna Go sampailah bulan November 2025 nanti. Kira korang ada masa lah nak aktifkan bank islam yang baru nanti takdelah terburu-buru. Tapi dah alang-alang dah ada app baru daftar jelah senang. hehe. tak payah tunggu lama2x.