Jom Makan Bawal Power Sempoi Bangi
Nama ke main lagi Bawal power Sempoi bak hang. hahah.. Ok, macam mana aku boleh tahu kewujudan kedai ni?
Sebenarnya tapak kedai ini dah lama wujud sebelum ada bawal power sempoi. Sebelum ini nama kedainya ASAP. Asal konsepnya kepada steamboat means bayar sekali dan korang makan lah berapa banyak sampailah kenyang..
Dan aku sendiri bagi feedback tak recommend untuk makan steamboat kat asap ini sebabnya pilihan makananya yang ciput..better makan kat red work Banfi or seoul garden.
Jadinya memang tak la ke sini lagi..
Beberapa bulan yang lalu, ntah macam mana tergerak nak lalu jalan yang ada kedai Asap sekali kedainya dah bertukar owner. Dah bertukar kepada Makan Bawal Power Sempoi..
terus google facebook tentang kewujudan kedai ini.. tak tahu la plak kedai makanan ni pernah viral dulu. haha. macam mana boleh terlepas ni.
Signboard Kedai makan Bawak Power Sempoi |
Jadi aku plan nak makan sini untuk masa akan datang..
Tentang Bawal Power Sempoi
Jadi inilah masanya aku mencuba makanan kat sini lagi berlainan owner. hehe..
apa yang aku tahu kedai ni menyediakan makanan laut, ikan keli bakar, pari bakar, sotong bakar, sotong goreng, ayam kampung, ikan bawal goreng dan banyak lagi. Pastu ada nasi putih dengan kuah kari dan sambal kicap.
asalnya kedai ini kat cyberjaya pastu berpindah ke Ternas jernang Bangi atas sebab tertentu. Dikhabarkan akan dibuka semula kat cyberjaya iaitu mungkin Futurise Cyberjaya tak lama lagi.
Kira ada dua kedai la nanti.
====
Pandangan aku sendiri tentang menu kat sini adalah terbaik dengan rasa kuahnya, sambal kicapnya then ditambah pula dengan sotong bakar or goreng yang besar. Nasi nak tambah lagi pun boleh takde caj tambahan. hehe. Tak mahal sangat tak murah sangat. kira berbaloi dengan tempatnya lagi.
Even kalau nak makan satu keluarga sanak saudara or kawan ramai-ramai pun boleh sebabnya kedai ini sangat besar dan luas untuk makan..
Macam aku sendiri ambil sotong bakar then member ambil ikan bawal goreng. Total semua RM32 dah termasuk dengan air. Setakat ini aku dah 2 kali datang sini.
Sotong goreng. |
bawal goreng |
Lokasi di Teras Jernang Bangi (Jalan dalam Shortcut jauh nak putrajaya) dan dibuka dari pukul 11 pagi sampai 5 petang.
Boleh usha facebook dorang kat [DISINI]
Boleh usha facebook dorang kat [DISINI]
Get notifications from this blog
wah sedap nampaknya ikan bawal dan sorosorong bakar tu. Ikan tu sure crunchy kan, cicah dengan kicap tu perghh sedapnya
ReplyDeleteTengok menunya, tengok makanannya rasa sangat puas hati dengan bayarannya. Tertarik!
ReplyDelete