Beberapa hari yang lepas Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi baru menggantikan Go by Bank Islam kepada BIMB Mobile dan juga website baru iaitu bimb.com
Sebagai pengguna Bank Islam memang terus download app ini. Dan boleh kata layout dia more fresh berbanding app dia yang lama dan lagi teratur. Platform rasa lebih canggih dan smooth. Ini baru pandangan pertama.
BIMB |
Sebelum melakukan transaksi korang kena aktifkan dulu online banking kat ATM machine bank Islam. Caranya masukkan kad korang, pilih lain-lain dan cari aktif banking online dan klik kemudian selesai. Nanti kalau korang buka app baru dia, dia akan bgtau masa cooling perioud sampai bila. Macam aku sendiri, masa aktifkan pukul 1pm, dalam pkul 3 pagi baru app aktif boleh transfer semua.
Agak leceh tapi ikut jelah rules, buat sahkan identiti je nak elak dari scam lah. Tapi ada beberapa user lain tak payah aktifkan kat atm pun dah berjaya buat transaksi.
antara mukam baru BIMB. |
Antara muka baru Bank Islam lebih kurang macam Maybank punya iaitu MAE. Jadi tak kekoklah nak buat transaksi dengan app baru BIMB ni. Cuma nak kena ingat susunan BIMB secure dan lain2x tu jelah.
Macam Mana dengan Go by Bank Islam?
Buat masa ini korang masih boleh guna Go sampailah bulan November 2025 nanti. Kira korang ada masa lah nak aktifkan bank islam yang baru nanti takdelah terburu-buru. Tapi dah alang-alang dah ada app baru daftar jelah senang. hehe. tak payah tunggu lama2x.