Showing posts with label Bank Islam. Show all posts
Showing posts with label Bank Islam. Show all posts

Saturday, 23 November 2024

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi dan Web

Beberapa hari yang lepas Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi baru menggantikan Go by Bank Islam kepada BIMB Mobile dan juga website baru iaitu bimb.com

Sebagai pengguna Bank Islam memang terus download app ini. Dan boleh kata layout dia more fresh berbanding app dia yang lama dan lagi teratur. Platform rasa lebih canggih dan smooth. Ini baru pandangan pertama.

BIMB

Sebelum melakukan transaksi korang kena aktifkan dulu online banking kat ATM machine bank Islam. Caranya masukkan kad korang, pilih lain-lain dan cari aktif banking online dan klik kemudian selesai. Nanti kalau korang buka app baru dia, dia akan bgtau masa cooling perioud sampai bila. Macam aku sendiri, masa aktifkan pukul 1pm, dalam pkul 3 pagi baru app aktif boleh transfer semua.
  
Agak leceh tapi ikut jelah rules, buat sahkan identiti je nak elak dari scam lah.  Tapi ada beberapa user lain tak payah aktifkan kat atm pun dah berjaya buat transaksi. 

antara mukam baru BIMB. 

Antara muka baru Bank Islam lebih kurang macam Maybank punya iaitu MAE. Jadi tak kekoklah nak buat transaksi dengan app baru BIMB ni. Cuma nak kena ingat susunan BIMB secure dan lain2x tu jelah.   

Macam Mana dengan Go by Bank Islam?

Buat masa ini korang masih boleh guna Go sampailah bulan November 2025 nanti. Kira korang ada masa lah nak aktifkan bank islam yang baru nanti takdelah terburu-buru. Tapi dah alang-alang dah ada app baru daftar jelah senang. hehe. tak payah tunggu lama2x.  

Saturday, 9 November 2024

Bank Islam Go Bakal Melakukan Perubahan?

 Macam tak percaya je app Bank Islam GO nak buat perubahan baru. 

Bank Islam Go Bakal Melakukan Perubahan?
App Go yang mungkin diberi nafas baru


Rasa macam baru beberapa tahun Bank Islam Go dilancarkan dah ada pembaharuan yang dibuat. Berdasarkan gambar di atas mungkin app Go nanti mungkin berwajah baru dan lagu. 

Sebab macam aku sendiri pun sebagai pengguna Bank Islam pun stress dengan app dia bila waktu kemuncak iaitu bila time gaji atau waktu tertentu macam Sumbangan tunai rahmah. Mesti app dia akan loading lama giler kadang tu tak terbuka langsung. Kira loading je memanjang. 

Bayangkan kalau bayar QR tu memang lambat la kadang tu tak terbuka. Nak tak nak kena ada app bank lain sebagai back up untuk Duitnow or QR. 

Tapi bila hari biasa ke dah pertengahan bulan tu app dia memang berfungsi baik laju je buka. 

So far, MAE by Maybank paling terbaik dan laju lah even waktu kemuncak pun still berfungsi dengan baik smooth je. 

Wajah Baru App Bank Islam GO?

Berdasarkan perkongsian komen dari facebook Bank Islam, kemungkinan ini adalah wajah baru App Bank Islam nanti namun tidak mendapat kepastian lagi dari Bank Islam Sendiri


Bank Islam Go Bakal Melakukan Perubahan?
Layout baru App Go?

Tarikh pelancaran pun masih belum tahu lagi dan Bank Islam sekadar akan mengumumkan dari masa ke semasa di media sosial nanti sekiranya sudah dilancarkan kelak. 

Sama-samalah kita nantikan.