Saturday, 26 September 2020

Kes Covid-19 di Sunway Pyramid Cetus Kebimbangan

 The management of Sunway Pyramid Mall has been made aware of one Covid-19 case on 26/9/2020, involving one staff of Nike outlet at first floor of mall who had a travelling history.


We would like to assure all tenants, vendors and customers that the case is an isolated case and has been attended to immediately upon identification, together with the affected tenant in full compliance with the Ministry of Health (MOH) guidelines.


MOH has also reached out to those who have had close contact with the affected, and have been ordered to do screening and self-quarantine. The case is well managed and under control due to the swift actions taken by the tenant together with the authorities.


Sunway Pyramid Mall has immediately carried out and completed deep cleaning, thorough disinfection as well as sanitisation throughout the premises; and is increasing the frequency of such processes on a daily basis. 


We have also been working closely with the affected tenant to coordinate holistically the completion of deep sanitization work, as well as securing timely and accurate updates to address the matter effectively and efficiently.


The mall and its personnel have been trained to apply the highest standards and protocol for hygiene and sanitation in accordance with the MOH safety and health guidelines on Covid-19. 


As we continue to closely monitor the developments, we would like to encourage all visitors, tenants and our communities to remain calm and vigilant during this time, and adopt good personal hygiene practices.


The management of Sunway Pyramid Mall is fully committed to protecting the health and safety of our tenants and communities.

Thank you.


sumber gambar dari Page facebook Sunway Pyramid


Pengurusan Sunway Pyramid Mall telah diberitahu mengenai satu kes Covid-19 pada 26/9/2020, yang melibatkan satu kakitangan kedai Nike di tingkat pertama pusat membeli-belah yang mempunyai sejarah perjalanan.


Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan telah dihadiri segera setelah dikenal pasti, bersama-sama dengan penyewa yang terlibat mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).


KKM juga menghubungi mereka yang telah berhubungan dekat dengan yang terkena dampak, dan telah diperintahkan untuk melakukan pemeriksaan dan karantina diri. Kes ini dikendalikan dengan baik dan terkawal kerana tindakan pantas yang dilakukan oleh penyewa bersama dengan pihak berkuasa.


Sunway Pyramid Mall telah segera melakukan dan menyelesaikan pembersihan mendalam, pembasmian kuman menyeluruh serta pembersihan di seluruh premis; dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.


Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terjejas untuk menyelaraskan secara menyeluruh penyiapan kerja pembersihan yang mendalam, serta mendapatkan kemas kini tepat pada masanya dan tepat untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan cekap.


Pusat membeli-belah dan pegawainya telah dilatih untuk menerapkan standard dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM di Covid-19.


Semasa kami terus memantau perkembangannya, kami ingin mendorong semua pengunjung, penyewa dan masyarakat kami untuk tetap tenang dan waspada selama ini, dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.


Pengurusan Sunway Pyramid Mall komited sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penyewa dan komuniti kami.


Terima kasih.


Ramai mula meminta agar dikuarintin tutup 14 hari


Rata-rata ramai yang memberi respond yang kurang senang dengan tindakan Sunway pyramid yang tidak menutup atau kuarintin secara keseluruhan kerana dibimbangi akan merebak kepada semua pelanggan tanpa disedari.. 

Mungkin Sunway ada guideline untuk dorang handle kes macam ini. Jadi kita harap yang terbaik untuk kes dorang ini..

Kalau korang rasa takut dijangkiti korang tak payahlah datang sana, banyak shopping mall kat luar sana,, yang penting jaga jarak, gunakan hand sanitizer dan pakai mask selalu. 


Sunday, 20 September 2020

Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka

Menariknya taman ini dihias cantik dengan lampu-lampu di sekitarnya ,tumbuhan serta binaan Iconic Sculpture, Entrance Gateway, pentas, dataran, jeti, jambatan, gelanggang terbuka, laman permainan kanak-kanak serta alatan senaman dewasa. Ianya terletak bersebelahan Sungai Muar, mewujudkan suasana malam/siang yang indah dan menarik untuk dikunjungi. Jom kesana...

 

Harus di ingatkan juga kemudahan bersama2 menjaga kebersihan & keindahan Taman Awam agar terpelihara drp vandalisme /sampah sarap. Buang sampah ke dalam Tong sampah. Hargai kemudahan awam tanggungjawab bersama


Keliru antara Tanjung Emas dan Tanjung Agas


Ramai yang keliru antara Tanjung agas dengan Tanjung emas. Tanjung agas adalah di bawah daerah Tangkak manakala Tanjung emas di bawah daerah Muar. 


Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka
Tanda mercu Johor


Pemandangan pada waktu malam

Boleh melihat jambatan menuju ke daerah muar. 

Tanda Tangkak.






Credit gambar : Wan Wann

Friday, 18 September 2020

Wardah Skincare Khas untuk Merawat Kulit Berminyak dan Berjerawat

Wardah skincare ni rasanya macam dah lama ada kat pasaran Malaysia kalau tak silap cuma aku baru nak try guna produk skincare dorang. Mungkin sebab dorang takde buat marketing kat tv jadi takde buat aku tertarik nak beli produk dorang ini.. 

Entah macam mana masa kat watson tengah pilih-pilih produk terbeli produk Wardah jenis Acnederm yang khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Antara sebab aku tertarik nak beli adalah harganya yang tersangat murah dan produk ini ditujukan khas buat mereka yang berminyak dan berjerawat. 

Masa ini, aku cuma beli toner dan moisturizer untuk malam. Toner 100ml harga dalam RM12.00 lebih macam tu manakala moisturizer untuk malam pun dalam rege harga RM12.00 lebih macam tu.. 

Apa itu Wardah Acnederm?


Wardah Acnederm merupakan salah satu rangkaian produk khas untuk muka yang berminyak dan berjerawat. Produk ini adalah berasal dari Indonesia. Mempunyai beberapa produk dari segi skincare dan make up.

Set Skincare Wardah Acnederm :

  • Wardah Acnederm Acne Spot Treatment Gel
  • Wardah Acnederm Night Treatment Moisturizer
  • Wardah Acnederm Day Moizturizer
  • Wardah Acnederm Pure Refining Toner
  • Wardah Acnederm Pure Foaming Cleanser
  • Wardah Acnederm Pore Blackhead Balm

Set Penjagaan muka dari Wardah Acnederm

Setiap set mempunyai fungsi yang terkini seperti Toner mempunyai kelebihan untuk :

  • Membantu mengecilkan pori-pori yang telah dibersihkan dari kotoran dan debu yang menyumbat.
  • Bantu Kontrol Minyak berlebihan
  • Bantu mengurangkan kemerahan pada kulit akibat iritasi
  • Mampu melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit
  • Sangat sesuai untuk kulit berjerawat

Kelebihan Night Treatment Moisturizer :

  • Membantu kurang minyak berlebihan pada kulit
  • Mengandungi vitamin c yang bagus pada kulit
  • Membantu mencerahkan wajah 
  • Membantu melembapkan kulit pada waktu malam
  • Membuatkan kulit terasa halus dan lembut
  • Membantu mengurangkan iritasi akibat jerawat

Untuk Night treatment moisturizer struktur dia tu pakai gel jadi memang sesuai untuk korang yang berminyak dan lagi satu dalam bentuk tube. Tidak seperti moisturizer yang lain biasanya letak dalam macam cup. 

Manakala yang jenis Day moiturizer jenis cream dan ada spf 15. Cream dia pun jenis light tak rasa berat sangat tpi aku jarang pakai sebab aku lebih prefer moisturizer jenis gel pastu barulah pakai cream spf 50 tp brand lain. 

Result Selepas guna Wardah Acnederm


Result aku lepas sminggu aku pakai untuk toner dan night moisturizer tu memang agak nampak ketara kesannya bagi aku sendiri. Tak taulah korang resultnya macam mana nanti. Terasa pori-pori besar dulu jadi mengecil nampak smooth je muka. Nak kata muka jadi lembut tu takde pula kesannya cuma dari segi pori-pori dan kesan parut tu nampak cerah dan pudar dari sebelumnya.. 

Sampai sekarang aku guna produk ni untuk night treatment je aku guna dengan toner dia. Kalau rajin tambah serum. Macam aku pakai serum brand lain pastu baru pakai night treatment moiturizer dari wardah. Memang menjadi resultnya! Dah jadi produk feveret

Kira produk ini walaupun murah sangat tapi memang ada kualit berada di kelasnya yang tersendiri. Will purchase produk wardah yang lain. 

Untuk korang memang bajet cukup-cukup je boleh cuba beli produk ini. Harga dalam lingkungan RM12 lebih macam tu. Jimat duit korang untuk jaga muka.


Thursday, 20 August 2020

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Hotel Metrasquare luar nampak biasa tapi dalaman gempak!


Info Tentang Hotel Metrasquare


Hotel MetraSquare terletak di Melaka, 12 km dari Melaka Sentral. Ia menyediakan tempat penginapan dengan restoran, parking peribadi percuma dan pusat kecergasan. Antara kemudahan yang terdapat di tempat penginapan ini adalah kaunter penerimaan tetamu 24 jam, ruang simpanan bagasi serta WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini mempunyai bilik-bilik keluarga.


Semua bilik adalah berhawa dingin dan menyediakan TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek, bidet serta peralatan mandian percuma dan almari pakaian. Bilik-bilik di hotel ini mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian.


Pilihan sarapan bufet dan Asia disediakan setiap pagi di Hotel MetraSquare. (Buffet takde time PKP)


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare


Ini first time stay hotel yang jauh dari bandar Melaka sebab kebiasaannya memang akan stay kat bandar Melaka dan senang kalau nak pergi tempat bersejarah area situ.. 


Yang bestnya hotel ini juga berdekatan dengan tempat menarik macam Zoo Melaka, Taman buaya, World Bee's Museum dan Taman Burung


Hotel ini tak susah pun nak cari ikut google maps memang senanglah jumpa.. Bangunan pun agak terperosok sikit. 


Apa yang bestnya kat sini adalah hotel yang kitorang booking ni jenis bilik hotelnya ada 2 tingkat style macam kondominium. Ada bilik kat atas dan ada juga bilik kat bawah.. Ini untuk booking 4 orang.. Tak sure kalau booking 2 orang mcam mana rupanya biliknya.. Tapi untuk 4 orang duduk ni macam sesuai la untuk family stay siap ada tab mandi lagi. 


Yang bestnya bilik atas ada modem wifi sendiri.. bilik bawah ada modem sendiri. Memang laju wifi berdesup download. Hari tu speed test 100mbps..


Bawah hotel ini ada beberapa kedai yang buka macam Old Town. Banyak kedai tak buka lagi. Belakang hotel ini juga ada hotel namanya Ames


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Bilik atas untuk 1/2 orang tidur.. siap ada bilik air sendiri ya. 

Bilik atas ini juga ada tv sendiri tak perlu nak turun bawah kalau nak tgk tv. 


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Pemandangan dari bilik tidur atas. 

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Bilik atas je ada tab mandi.. kalau bilik bawah takde. 


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
ini bilik bawah.. muat untuk 2 orang tidur. dengan 2 katil single. 

Time serapan pula agak tak best skit sebabnya time PKP hotel ini takde buat buffet dan dorang akan bagi menu untuk korang pilih. Nanti dorang akan hantar makanan terus ke meja korang. Menu makanan pun agak limited juga. Ada 3 jenis air macam jus oren, teo, kopi. Makanan macam nasi lemak, mee goreng dan ada 2-3 menu lain.

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Serapan Nasi Lemak


Overall stay kat sini memang sangat berbaloi dengan apa kita dapat. Sangat selesa dan memuaskan. Cuma agak jauh dari bandar Melaka dan berdekatan dengan aktiviti outdoor macam zoo, taman burung dan buaya. 

Rekabentuk bilik yang unik dan cantik dengan kemudahan TV setelit pada bilik utama dan di ruang tamu. Bilik mandi yang sangat luas dan selesa. Penggunaan hiasan dalaman yang elegent dan moden. Sangat sesuai untuk percutian keluarga. Sangat disyorkan kepada yang ingin menginap dan melawat sekitar Ayer Keroh.

Sunday, 16 August 2020

Tips Melancong Barcelona Bandar Termahal Di Sepanyol

Barcelona merupakan bandar yang kedua terbesar di Sepanyol dan bandar yang termahal di Sepanyol. Ia menerima jumlah pelancong lebih kurang 9-10 juta setiap tahun dan menjadikan Barcelona antara destinasi utama pelancongan di Eropah. Lawatan saya ke Barcelona ialah pada hujung Nov 2016 dan saya bermalam 2 malam di sana ( rasa rugi pula x menginap lebih lama ). Di bawah ini saya kongsikan info info penting bagi yang ingin melawat Barcelona. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. 


Info umum/ General 


Barcelona secara umumnya ialah sebuah bandar yang agak mahal untuk dilawati. Barcelona terkenal dengan senibina yang agak unik khususnya ciptaan Gaudi yang banyak membawa masuk pelancong ke Barcelona. Barcelona memiliki aura Paris namun Barcelona jauh lebih teratur,compact dan efisien. Barcelona ialah sebuah bandar yang pedestrian friendly ( laluan pejalan kaki yang sungguh luas dan lebar). Kebanyakan monumen atau tempat menarik terletak di tengah bandar kecuali ada beberapa yang memerlukan kita untuk menaiki metro atau bus. Bagi yang ingin melawat Barcelona dinasihatkan untuk pergi pergi pada musim sejuk ( November - Mac ) disebabkan oleh jumlah pelancong yang lebih rendah dan memudahkan kita untuk akses ke tempat- tempat menarik dengan lebih mudah dan tak perlu beratur terlalu lama. Dinasihatkan berhati hati di Barcelona kerana ia ialah bandar yang terkenal dalam kalangan pickpockets. 


Tips Melancong Barcelona Bandar Termahal Di Sepanyol
Barcelona, merupakan ibu negeri dan bandar raya Catalonia yang paling ramai penduduk dan bandar raya kedua terbesar di Sepanyol



Harga / Pricing 


Harga secawan cafe latte di starbucks ialah RM 20-25. Harga satu set combo MCD ialah RM 32-36. Hotel di Barcelona bermula dari RM300 ( harga semasa ) 


semalam untuk hotel 3 bintang. 


Pengangkutan/ transportation 


Bagi yang tiba di El Prat Barcelona Airport, anda boleh mengambil


Metro untuk terus ke bandar dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sekiranya anda tiba di Barcelona Sants Train Station, anda boleh mengambil metro ke pusat bandar dan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Barcelona mempunyai perkhidmatan metro yang sangat efisien. Terdapat 8 line metro Barcelona. Harga untuk satu perjalanan ialah 2.4 Euro. Dinasihatkan untuk membeli T10


Tiket yang boleh digunakan sebanyak 10


perjalanan dan harganya ialah 10 Euro. 


Penginapan/ accommodation 


Barcelona dibahagikan beberapa kawasan kejiranan. Untuk memudahkan akses ke tempat tempat menarik anda boleh menginap di kejiranan : 

  • Gothic ( paling Central tetapi paling mahal ) 
  • Eixample ( banyak monumen menarik terletak dalam kawasan ni). 
  • El Born ( banyak kafe hipster dan lebih murah ) 
  • Barceloneta ( dekat dengan laut dan penuh dengan restoran mewah )

Anda juga boleh menginap di luar dari kawasan yang dicadangkan diatas, kerana akses metro di Barcelona sangat efisien. 


Saya menginap di Hotel SOHO, Eixample( semalam RM320). Hanya seminit jalan kaki ke stesen metro Urgell. Saya boleh berjalan kaki hampir ke semua kawasan pelancongan kecuali pantai dan Park Guell.

 

Cuaca/ weather 


Barcelona mengalami Iklim Mediterranean iaitu musim panas dan sejuk yang tidak melampau. 


Musim panas sekitar 20-30 celcius 


Musim sejuk 6-16 celcius. 


Musim sejuk di Barcelona bermula pada bulan November hingga Mac. Digalakkan berkunjung ke Barcelona pada musim sejuk kerana jumlah pelancong yang rendah dan memudahkan akses ke semua tempat menarik. 


Musim panas khususnya Jun ke September adalah waktu kemuncak di Barcelona. Terlalu ramai pelancong dan semua mahal. 


Tempat menarik / places of interest:

 

  • Sagrada la familia Church 
  • Camp Nou stadium
  •  Casa Batllo
  • Casa Mila @ La pedrera
  • Park guell
  • Barcelona beach 
  • Las Ramblas
  • Gòthic Area
  • Plaza Catalunya
  • Passieg de Gracia ( shopping)

Kebanyakan entrance fees untuk tempat/ tempat menarik di Barcelona sangat mahal. Ada yang mencecah sehingga 22 Euros. ( Casa batllo & casa Mila ) 


Secara keseluruhan, Barcelona memberikan Vibes yang berbeza dari Madrid dan Andalusia. Makanan halal juga lebih mudah diperolehi dan akses kepada Seafood lebih banyak. Sekiranya ada kesempatan berkunjung ke Sepanyol, masukkan Barcelona dalam wishlist anda. You’ll love it. You just have to be extra prudent or else you’ll burn more holes in your pockets. Barcelona is expensive..


Sumber dari Mohamed Fazil

Tips Bercuti di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

Bak Kata Nitizens yang Pulau Perhentian ini bak Maldives malaysia.. Ye ke? Betul ke?

Basically, kalau dari KL ada 3 option. 


  1. RECOMMENDED: Bas (TBS- kuala besut). Standard bus RM44.40-46 atau nak selesa saya suka amik business class bus (moraza bus) RM49.90 sebab beza sikit jeee. Bila dah sampai, boleh suruh driver berhentikan dekat dengan jeti kuala besut (surau). Untuk balik, kena amik teksi RM10 atau kedekut sangat jalan kaki 15min jee 😂. 
  2. Flight. Yang ni ramaiiii sangat tersilap, walaupon perhentian dekat ganu, tapii perhentian ni lebih dekat dengan kelantan. So, wajib amik KBR. KBR 1hour to jetty (RM65 grab to jetty).
  3. Kereta, kalau dari kl nk jimat lalu gua musang, nk selesa lalu LPT. parking dekat jeti rm10 per day per car. 

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu,


Yang naik bas/flight pastikan confirmkan dengan agent sampai pukul berapa, sebab jeti ke perhentian paling lewat pukul 4pm dan dari pulau perhentian ke besut ada 3 masa je 8/12/4. 

Pakej perhentian ni bebas lah amik lah ikut selera dan bajet awak awak semua. Yang penting awak nak pakej yang macam mana? Pulau Perhentian ada Besar dan Kecil. So, apa beza perhentian besar dengan perhentian kecil? 


  • Pulau besar ni sangat2 sesuai kalau bawak family yg ada warga emas atau yang nak santai sahaja. Ada 2bahagian: teluk keke dengan teluk dalam. 
  • Teluk keke tak banyak chalet, tapi paling cantik dekat pulau besar, dan chalet situ jarang ada bad review tapi nyamuk pulak. Hahah Teluk Dalam kalau ada warga emas. Sebab mostly mmg tepi pantai je chalet. 
  • Tapi, kalau yang nak tapau semua aktiviti boleh amik pulau kecik. Pulau kecik ni lah yang tarikan utama, windmill dan fireshow.

Pulau kecil ni pon ada 3 bahagian.  Long beach, coralbay dan kg nelayan

  • Biasa orang yang dah buat research ni suka amik long beach, tapi betul mmg long beach cantik. Tapi, bagi yang first saya bg tahu awal2, long beach bilik biasa2 pon boleh jadi mahal, sebab tu memang attraction.
  • 2nd option nak murah sikit tapi dekat dengan long beach, boleh amik coral bay. Bagi peminat sunset macam saya, saya sanggup menapak ke coral bay 10min untuk tengok sunset. Nanti tengok kat gambar k 
  • kg nelayan pulau kecik, saya suka duduk sini, sebab makanan murah memang jimat duit hahahah
 

EXTRA TIPS UNTUK ACCOMODATION:


  • kalau nak beli di agoda. Pastikan rating 6.5 pon dah okay. Atau 4.4star
  • Cara nak baca review. Tengok review yg pergi mac-aug sahaja. Itu je yang legit. Ada sebab dia. Panjang nak explain nanti. Atau baca mana2 feedback dari travel agent
  • kalau agoda dah sold out. Boleh cari agent, biasa memang agent block bilik banyak 80%. Agoda amik sikit sangat.
  • Water taxi ke long beach (windmill n fireshow)
  • Untuk orang yang duduk kg nelayan/pulau besar kena amik boat kalau nak pergi windmill n tengok fireshow. Harga berbeza ikut nasib awak lah yeee. Baca doa banyak2 tapi ni rate jelah
  • kalau dari kg nelayan, RM25 pergi balik. 
  • Dari pulau besar mahal sikit RM30-45/pax bergantung pukul berapa korang naik boat, malam mahal ye. 

Hiking


  • Cari campsite dekat long beach, ikut alur pipe. hiking dalam 20min je. Hiking ke? Tak lah hiking sangat. Hahahaha takyah beriya bawak kasut sport. Pakai jelah apa ada. 
  • Boleh je masuk kawasan bertangga tu walaupon dah rupa gitu bertahun  tapi hati-hati lah ye, atas risiko masing2.
  • Recommended: Kalau tak berani, ada je spot lain untuk amik gambar, jalan depan sikit lepas tangga tu belah kanan ada kawasan lapang. Cantikkkk. Nikmat apa yang kau dustakan 


Makan di Perhentian


  • Untuk makan, haaa makan ni tersedak sikit hargaa. Nak makan serba salah, tak makan mati. Acane? Bawak maggi, minta air panas pon bayar ye singgit dua. Hidup tak free. 
  • Macam saya cakap tadi, makan dekat kg nelayan sahaja yang murah harga macam makan kat darat. 
  • Rate makanan dekat pulau selain kg nelayan lunch RM20, bbq/dinner RM25-50. Alah macam korang masuk mall makan manhattan boleh je bayoo. Masuk pulau tiberr kata harga yahudii. Ehh.
  • Recommended: Bbq D’Cafe Long Beach RM25-30 cari kerusi merah, inshallah sedap. Try lahhh harga pon okay jee.
  • nasi bajet kak long corner long beach. Ni paling murah untuk lunch di long beach

Snorkeling


  • Part paling best snorkeling, snorkeling ada 2 masa, sama ada pagi atau petang.
  • tempat snorkeling coral point, shark point, turtle point, lata air berani/marine park. 
  • extra snorkeling di pulau rawa. Pulau rawa ni cantik cuma nya makan masa satu hari sebab jauh. Tapi lebih kurang je bagi saya. 
  • Nak ikan datang kat kita kalau boleh JANGN BAGI ROTI  menggangu ekosistem laut orang kata ! Suruh je boatman bawakkan tempat ikan banyak, kalau penyu tak muncul suruh je abe boatman selam panggil penyu. Takyah susahkan diri 
  • Pakai lah sunscreen yang SESUAI untuk beach.. 

Last last, Perhentian ni walaupun tempat best tapi ada kelemahan 

Elektrik, dorang takda TNB mereka guna generator sahajaa. Kalau generator rosak, atau overload apa jadi? Blackout, blackout. Tapi blackout sekejap jelah. BLACKOUT NI NORMAL TAU. Kadang2 tu bukan salah chalet. Biasa memang kawasan tu semua blackout. Jadi jangan lah marah marah orang situ sangat. Marah lah kerajaan. Eh tiberr hahaahahah. 


Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus.


Biasa kalau memang generator rosak, agent akan transfer cust kat tem lain atau agent akan inform kat cust awal2. Untuk pakej murah ni biasanya elektrik bukan 24jam so make sure tanya dulu agent sebelum booking ye!


Apa2 pon setiap tempat ada je kelemahan dia. Takkan lah semua perfect. Saya rasa yang jual pakej perhentian macam saya je tahu azab dia apa. Marah boatman amik lambat, ombak kuat kalau awak tenggelam siapa nak tanggung? Ombak kuat pon agent kena marah.

Credit 📸: Nurul MShari, Cust & Google.