10 Perkara Tentang Madaya Anda Perlu Tahu - adarain

Wednesday, 13 January 2016

10 Perkara Tentang Madaya Anda Perlu Tahu

Apa Yang Anda Perlu tahu Tentang Madaya


1) Madaya adalah sebuah bandar di daerah al-Zabadani dan dibawah wilayah Rif Dimashq, Syria. Jumlah penduduk Madaya kira-kira 43,000 orang dan majoriti adalah Sunni.


2) Bandar Madaya ketika ini dikuasai oleh tentera pembebasan Syria dan antara kaedah ‘peperangan’ tekanan yang digunakan oleh regim Bashar adalah sekatan makanan dan keperluan kepada penduduk Madaya agar tentera pembebasan menyerahkan bandar itu kepada regim.


10 Perkara Tentang Madaya Anda Perlu Tahu


3) Lokasi Madaya berdekatan dengan Lubnan juga menyebabkan Hizbullat ‘bersatu hati’ dengan regim mengenakan sekatan makanan dan keperluan untuk masuk ke sana.


4) Madaya telah disekat semenjak Julai 2015 sehingga kini untuk menerima bantuan dan konvoi kemanusiaan.


5) Berikut merupakan nama-nama checkpoint yang dikawal oleh regim yang dibina untuk menghalang bantuan masuk: Kazeyat Nabaa’ Barada, Al Wazeer, Al Methana dan Al She’baa. 2 Kubu juga dibina iaitu Al Talae’ dan Al Takeye.


10 Perkara Tentang Madaya Anda Perlu Tahu


6) Kira-Kira 6000 periuk api ditanah disekeliling Madaya termasuk dikawasan pertanian milik penduduk.


7) Setakat ini, seramai 30 orang mati kerana kebuluran dan 15 terkorban akibat dari periuk api


8) Penduduk Madaya terpaksa membayar harga yang tinggi untuk keperluan asas.


1 kg beras = USD 115 (+/- RM493.35)
1 kg Susu Bayi = USD 180 (+/- RM772.20)


Ini memaksa mereka terpaksa memakan rumput dan daun-daun untuk terus hidup.


9) Terdapat laporan bantuan kemanusiaan UN telah masuk sekali pada 18 oktober 2015 tetapi sebahagian dari makanan tersebut telah tamat tempoh dan menyebabkan lebih 200 kes keracunan makanan. Pihak UN masih menyiasat berkenaan kejadian ini.


10) Penduduk awam Madaya amat memerlukan bantuan makanan segera ketika ini walaupun terpaksa untuk membayar dengan harga yang mahal. Sumbangan boleh dilakukan melalui NGO-NGO yang membantu Syria secara sah di Malaysia antaranya Syria Care - Malaysia, IKRAM for SYRIA • i4s, Green Project , Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Malaysia Life Line for Syria.


Sumber: SNN, SNHR
Credit: Aiman Khairul Azzam (Aktivis MyCARE)


Bagaimana anda boleh membantu melalui Syria care..??


A. Untuk menyumbang sila klik link di bawah :


https://www.billplz.com/form/madayaemergencyfund


B. Bagi yang memilih untuk bank in, sila salurkan sumbangan anda kepada salah satu akaun berikut :


AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL


AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575


AKAUN RHB
No. Akaun : 2622 5000 0217 75


Kemudian hantarkan resit pembayaran melalui salah satu dari cara berikut:


1.Emelkan ke souriacare@gmail.com
2.Tuliskan "CM" dan hantar Whatsapp atau SMS ke 01137030900


Cepat!


Kempen dibuka dari 8/1/2016 sehingga 16/1/2016 SAHAJA!
Mereka memerlukan bantuan kita semua!


Jangan hampakan mereka!


Semoga kita beroleh rahmat yang berlipat kali ganda daripadaNya. InsyaAllah...

Comments

12 komentar

Banyaknya periuk api di tanam dekat situ... kejam betul mereka kenakan sekatan ekonomi sampai macam tu sekali...

Apalah kejam sangat manusia ni.. Tak paham betullah..

Manusia ni sangat kejam berperang sehingga mengakibatkan kemusnahan di sana sini, yang kasihannya kam wanita, orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa

apa lah jadi umat islam sekarang ni...di mana negara2 arab yang lain. apa mereka buat

bila mana mereka leka dengan kekayaan dunia.

semoga mereka di sana mendapat bantuan dengan segera

tapi kita di malaysia pun janganlah releks sangat dengan syiah di sini, mereka semakin bertambah dalam diam. banyak juga syarikat2 kepunyaan mereka di sini. hati2lah


EmoticonEmoticon