√ Sedap Ke Makan Kat FizoMawar Kitchen? - Adarain

Sedap Ke Makan Kat FizoMawar Kitchen?

Rasanya dah lama  tak update pasal makanan kat sini padahal selalu je makan cuma makan tempat biasa takdelah grand sangat orang kata jimat duit katakan. :D

Terdetik nak pergi try makan kat FizoMawar Kitchen yang dulunya dilanda kontroversi di mana customer complain pasal makanan tak berapa sedap kat FizoMawar Cafe, Betul ke?

Nak tahu sedap ke tak, kenalah terjah ke sana barulah tahu sedap ke tak kan..?

So, ajaklah member makan kat sana walaupun member tak nak makan kat sana, paksa juga makan kat sana dengan harapan service dan makanan dorang dah mantap.

Kitorang pergi waktu malam dan waktu pergi ke sana memang ramai orang dari luar dan dalam pun ada orang, jadi saya assume memang sedaplah ni sebab ramai orang datang ke Fizomawar.

Dekorasi Fizomawar Kitchen

Dari luar korang dah nampak terpampang besar sebuah sampan yang cantik dan korang boleh bergambar kat sampan tu buat sebagai kenangan.

Dalam ada dua tempat berlainan di mana bahagian luar hanya ada kipas tapi cantik manakala di bahagian dalam ada aircond tapi suasana dalam yang ber-aircond macam tempat mesyuarat. Serius memang macam tempat mesyuarat dengan dinding plain putih dan ada satu tv lcd tapi tak dihidupkan.

di hadapan fizomawar kitchen
TV dah ada bagus sebab sambil menunggu order sampai boleh tengok tv tapi time ak pergi tak on plak. Bahagian tv pula terhalang dengan pelanggan yang sepatutnya diltetakkan tinggi sikit.

Perhiasan yang mencerminkan latar belakang Thailand juga kurang diletakkan di dalam kedai. Hiasan hanya pada pintu masuk menyebabkan perasaan berada Thailand terhenti sebaik melangkah ke dalam bilik makan. Mungkin di atas faktor masih berada di peringkat permulaan.

Hidangan Makanan di Fizomawar

Dah pilih duduk, apa lagi pilihla makanan kat menu yang diberi oleh pelayan. Makanan yang ada dalam menu memang tak banyak jadi agak buntu nak buat pilihan makanan yang terhad.

Pilihan makanan tak banyak tapi ada gak yang 'no available'. Makanan yang kami order ialah Nasi Berempah, Nasi Kukus dan minuman ialah Teh Hijau.

Tunggu makanan sampai boleh tahan cepat. Mungkin disebabkan kritikan individu lain sebelum ini. Apabila makanan sampai, nasi semuanya datang di dalam bekas bungkusan yang dikatakan oleh salah seorang rakan saya seperti 'Take-away' food. hahaha. Mungkin ini satu kelainan yang ingin dibuat oleh FizoMawar Kitchen.

Makanan yang disajikan dah cantik dah, dalam bekas rotan. Airnya pula di dalam plastik pakai buang tetapi sukar untuk berdiri kiranya tak berapa stabil jadi saya letakkan ke dalam bekas rotan.

Semua nasi yang sampai memang boleh dikatakan keras sedikit seperti yang dikatakan blogger sebelum ini. Rasa makanan pula so-so bagi kedai biasa, tapi bagi kedai high-class macam tu perlukan high quality food.

berikut adalah pandangan daripada rakan saya yang menulis sendiri dalam adarain.com
Ayam di dalam nasi kukus dihidangkan dalam potongan kecil-kecil. Nampak macam sedap lagi ayam nasi kukus depan kedai Azura, Bangi. Kitaorang pun makan. Kunyah-kunyah ayam rasa ada tulang, banyak pula tu. Dah makin payah pula nak mengunyah ayam, ingatkan boleh telan jer dengan nasi. Selalunya kalau ayam potong kecil-kecil, sepatutnya pakai ayam yang boneless. Ini nak telan terus takut tercekik, nak kunyah keras pula.
Tak tau la, apa yang menjadi punca makan malam tu tak best. Sama ada pasal environment kedai dia, pilihan menu yang sedikit atau cara hidangan makanan dan minuman atau rasa makanan tu sendiri.

Kesimpulan tentang FizoMawar Kitchen Bangi

Saya antara penggemar makanan Thai sebab rasanya memang superb dan bila saya rasa FizoMawar Kitchen tak seperti apa yang saya expect. Mungkin saya terlalu memberikan high expectation tentang kedai ni memandangkan ownernya adalah dikalangan artis yang ternama dan juga seorang businessman.

Cuma apa yang boleh saya simpulkan adalah pilihan makanan sangat sikit dan rasanya tak seperti apa yang diharapkan.

Lain orang lain rasanya, bagi saya tentang Fizomawar ni adalah so-so. Berharap agar dapat menambah baik lagi mutu pemakanan.

Owh ya, boleh singgah facebook FizoMawar [DISINI]

All The Best FizoMawar Kitchen. Hope can be better than Absolute Thai or Boat Noodle.

Get notifications from this blog

10 comments

  1. tak pernah makan dan tak pernah datang.

    so, tak leh condem atau puji lagi.

    ReplyDelete
  2. Baru ingat nak pergi makan, apsal review semua cam teruk jer ni

    ReplyDelete
  3. tak pernah ke sana..kalau gini cuba baru tahu ok tidak

    ReplyDelete
  4. nanti biar gua cuba gak ..

    kat bangi kan..

    ReplyDelete
  5. xpe bro...nanti bila cuba kdai lain xleh leh target tggi sgt..

    ReplyDelete
  6. OK, cer try, nanti nak baca gak. :D

    ReplyDelete
  7. tapi ramai yang dah beri review yang negatif.. so macam mana tuh

    ReplyDelete
  8. heeeem,,look delicious, jadi lapar nak lihat itu makanan. :D

    ReplyDelete
  9. Terus rasa takkan pergi kedai fizomawar. Banyak lagi kedai hipster lain yang jauh beza lagi bagus servis nye.


    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete
  10. ramai yang nak cuba makan kat sini sebab kontroversi hari tu. bnyak publisiti yg diorang dapat

    ReplyDelete