√ Cara Buka Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer - Adarain

Cara Buka Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer

Bagi mereka yang mejalankan perniagaan sama ada secara kecil atau besar mesti kena ada akaun semasa bagi memudahkan urusan dan bukan melalui akaun peribadi. Apakah yang dimaksudkan akaun semasa?


Apakah yang dimaksudkan dengan akaun semasa? 

Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.
Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka akaun semasa. Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga berbeza contohnya hanya segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda. sumber dari Bankinfo
Cara Bukan Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer
gambar sekadar hiasan

Syarat Buka Akaun semasa

kalau nak buka akaun semasa make sure daftar SSM. Kalau berniaga mestilah kena ada SSM. Dah ada SSM bolehlah buka akaun semasa untuk perniagaan. 

Ada beberapa syarat yang biasa dikenakan oleh syarikat perbankan dan setiapnya mempunyai berlainan syarat. 

Antara beberapa syarat yang perlu ada ketika buka akaun.
  1. Salinan SSM
  2. Minumun deposit RM1000-2000 (tengok Bank)
  3. Ada Introducer
  4. Ada cop Perniagaan ( Nama dan no SSM)
Ini antara kebanyakkan yang bankin akan minta kita lampirkan ketika isi borang nanti. Boleh tahan banyak juga borang yang nak kena isi semua.  

Dan kebiaasaannya yang menjadi leceh ada bank nak cop introducer dan minimum deposit yang besar. Introducer plak kena cari orang yang ada cop perniagaan yang lebih satu tahun ada akaun semasa di bank yang sama dan tak ada masalah kewangan. 

Bank Tanpa Introducer


Tapi ada beberapa bank yang menawarkan untuk buka akaun semasa tanpa introducer. Ini mengikut pengalaman sendiri ya.. Lain branch lain producernya. 

CIMB - Bank ni tak payah introducer kalau kita register secara online (DISNI). Tapi masalahnya tak boleh nak daftar then keluar pop up kena daftar manual kat cawangan CIMB. Sebulan register online tak berjaya. Call HQ 2 kali jawapan yang sama buat-buat terkejut yang online tak boleh daftar ke. Jalan penyelesaian buat secara manual di CIMB. Kebiasaannya cawangan CIMB nak Introducer , nak pakai introducer staff CIMB pun boleh tapi kena beli produk dorang macam insurans ke or unit trust. 

Nasib korang kalau regiester online berjaya daftar. Tapi dimaklumkan oleh rakan lain dah lebih setahun try register tak boleh. Selain itu minimum deposit RM1000 dan juga perlu lampirkan SSM. Mungkin CIMB sengaja untuk untuk 'turn off' register online dan customer perlu register di cawangan di mana cawangan akan mendapat benefit berbanding register online. Sekadar pandangan. 

MAYBANK - Bank ni agak complicated juga lah nak buka akaun semasa kat sini. Minimum deposit agak besar RM2000. Tapi ada sebahagian rakan yang berjaya buka akaun semasa Maybank tanpa introducer iaitu kena buat kat HQ bukan cawanganla. Tapi ikut nasib. Ada yang bagi minimum deposit besar RM10k dapat buka akaun semasa tanpa introducer. 

Nak mudah boleh daftar online Maybank2u.Premier. Tak payah SSM dan Introducer cuma kekurangannya akaun atas nama sendiri lah bukan nama perniagaan. 

BANK ISLAM - Bank ini sangat mudah tapi servisnya ya ampun lambat. Benda simple pun lambat. Bank ini tak perlukan Introducer dan ambil masa 1-3 hari untuk dapatkan pengesahahan. Dah dapat pengesahan baru boleh bagi minimum deposit dan kena tunggu 1 hari pula untuk buat kad. Sangat mudah cuma lambat je. Saya buka akaun semasa di Bank Islam Bangi.

BANK MUALAMAT - Bank Ini juga sangat mudah untuk buka akaun semasa.. Cepat dan siap. Tidak Perlu introducer. Sehari dah siap. Pergi ambik borang, isi, serah ssm ic cop semua macam biasa dengan deposit rm1k.  Simple. 


Get notifications from this blog

17 comments

  1. Jika kita berniaga samada Online atau Offline memamg disarankan untuk membuka Account Semasa. Segala transaksi berkaitan bisnes kita dimasukkan disini dan jangan dicampurkan dengan transaksi peribadi. Akaun akan senang diuruskan dan untuk urusan bisnes kita di masa depan lebih mudah dan lebih teratur.

    ReplyDelete
  2. current account bank islam perlu ada cop syarikat ape smua ke?
    lagi satu, boleh keluarkan balikkan duit yg telah dimasukkan tuh?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure kena ada cop sbb dah lama buat tp rasanya kena ada cop company. saya buat simple je.. nama company dan no ssm shj. duit boleh ambil balik sbb duit yang masuk dalam akaun tu pun akaun kita juga. cuma nanti pegawai ada kata jangan keluarkan duit dalam masa beberapa hari kalau tak silap. lepas tu boleh keluarkan duit. hehe

      Delete
  3. Brapr min amaunt untuk buka akaun company buku bank islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap tak de buku dh skrang.. pakai kad.. min RM1000

      Delete
  4. Cuma nak maklum, kepada yang bakal2 nak buat buku syarikat di CIMB melalui online pastikan anda menggunakan pelayar internet explore atau mozila yer.. saya baru isi dekat google chrome benda yang sama akan popup keluar seperi yang dimaksudkan. So pakai pelayar yang saya maksudkan. Sebab kalau keluar popup tu leceh nak call hq untuk remove bug dalam sistem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membantu memudahkan urusan orang ramai.. :D

      Delete
  5. Bank islam lepas buka brapa lama baru boleh buat loan atau beli apa2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure kena tanya bank Islam sendiri kalau nak tau.

      Delete
  6. cop company tu kita kena buat cop nma syakirat kita ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kena letak nama company kita dan no ssm.

      Delete
  7. Berapa harga kena beli trust/insuran CIMB masa nk pekerja bank sendiri jadi introducer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.. saya tak sure berapa yang dikenakan untuk beli unit trust/cimb..

      Delete
  8. nak buka akaun tu mesti bank yg berdekatan dgn alamat perniagaan ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disarankan yang berdekatan atau dalam 1 daerah yang sama dengan alamat perniagaan.

      Delete