Saturday, 31 January 2026

Port Makan Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam

Dah lama tak share pengalaman jalan-jalan cari makan kat sini. Kali ini mak ajak makan tempat jauh sikit dari kampung iaitu kat area Simpang Renggam. Katanya nak try makan Nasi Arab Pakistan kat situ. Viral katanya kedai makan kat situ.. 

Jadi kitorang pun pergi lah jalan-jalan makan kat sana.. nak satu jam jugala dari Tangkak nak makan kat situ. Punyalah jauh nak makan kat sana nasi tak jem time weekend masa tu..

Terpampang banner besar Nasi Arab Pakistan

Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam


Kedai dia pun senang cari, keluar je simpang dari tol Simpang Renggam jumpalah kedai ini.. Dalam kedai medan selera. Dalam 3-4 kedai juga dia ambil buat kedai makan nasi arab kat sini. 

Parking pun banyak kosong, kedai pun tak ramai orang jadi senang lah nak order takdelah nak kena beratur.. risau kalau kedai viral kena beratur panjang. sebab sejenis malas nak beratur panjang semata-mata nak makan viral..

Duduk je kedai tu nanti dorang akan bagi menu makanan. Tengok menu makaanan dorang boleh rambang mata tengok sebab ada macam-macam jenis makanan, jenis talam ada dan western pun ada.. pilih jangan tak pilih. 

Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Menu Makanan nasi arab Pakistan

So, family kitorang decide makan jenis set combo untuk 4-6 orang makan macam tu. tak ingat set talam yang macam mana.. tapi gambar dia mcam kat bawah set talamnya.. kalau tak silap nama menu dia set combo Tabsi Al-widad.

Dah pilih semua makanan kena catit kat kerta yang dorang dah sediakan kemudian terus bayar kat kaunter dorang. Kira bayar dulu baru makan. 

Kemudian kalau dah siap makanan nanti dorang akan panggil melalui alat yang dorang orang bagi.. yang bunyi tet2x. tu... tak tahu nama nak panggil alat tu.. haha. tapi ntah macam mana dorang hantar je makanan tu kat meja kitorang.. mungkin tak ramai orang kot. jadi ingat lah meja makan kitorang. 


Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Ini menu set combonya. 

Dalam set combo dorang ni dorang sediakan 1 talam ayam tanpa tulang, 1 pizza ayam atau Tuna boleh pilih, 1 set kari kambing dan 2 set creamy caramel. Dan lagi kitorang tambah Kunafah Pistachio kalau tak silap.

Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Kari Kambing.. lembut giler kambingnya. ada dalam set combo

Kari kambing dorang tu memang lembut sangat. Pizzaa dia pun sedap. 

Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Pizzat ayam pun sedap.. ada dalam set combo. 

Kunafa kat bawah ni pun sedap sangat cuma kalau dah sejuk jadi susah skit nak makan.. takde dalam set combo jadi kena order asing. Air mint tea dia pun sedap.. 

Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Kunafa Pistachio

Kesimpulan Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam

Family sepakat setuju makanan kat sini memang sedap sangat dan berpuas hati dengan makanan yang dorang sediakan. Semuanya panas-panas, lembut lemak manis semua ada. Potion semua memang banyak sampai kitorang terpaksa bawa balik untuk makan malam nanti. Service semua memang laju dan cepat je sampai. Harga pun itu terpulang kepada individu, rate price mungkin murah mungkin ada orang lain kata mahal. Tapi dengan harga yang dipaparkan tu memang berbaloi dengan apa dorang hidangkan. Cuma suasana kedai je bolehlah.. medan selera kan..  Recommended..

Wednesday, 28 January 2026

Apa Itu Shopee Money+? Ciri Terbaru Shopee Simpan Duit

Shopee kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran Shopee Money+, satu ciri baharu dalam aplikasi Shopee yang memberi peluang kepada pengguna untuk mengurus simpanan dan wang lebihan dengan lebih bijak. Pelancaran ini dilihat sebagai usaha Shopee untuk menjadikan platform mereka bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi juga ekosistem kewangan digital yang lebih lengkap.

Dalam era kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai pengguna mula mencari cara mudah untuk memastikan wang tidak sekadar “tersimpan mati” dalam e-wallet. Shopee Money+ hadir sebagai solusi ringkas, khususnya untuk pengguna ShopeePay yang mahukan sedikit pulangan tanpa perlu melalui proses pelaburan yang rumit.

Apa Itu Shopee Money+?

Shopee Money+ ialah satu ciri yang membolehkan pengguna memindahkan wang daripada ShopeePay ke dalam akaun Money+ untuk memperoleh pulangan harian. Berbeza dengan ShopeePay biasa yang hanya berfungsi sebagai dompet digital untuk transaksi, Money+ direka supaya wang pengguna boleh “bekerja” dan menghasilkan pulangan kecil secara konsisten.

Ciri ini sesuai untuk pengguna yang mahukan alternatif simpanan jangka pendek, tanpa komitmen tempoh yang panjang dan tanpa keperluan pengetahuan pelaburan yang mendalam.

Ringkasnya.

  • Ia bukan e-wallet biasa
  • Lebih kepada akaun simpanan / pelaburan risiko rendah
  • Duit dalam ShopeePay boleh “dipindahkan” masuk ke Money+

Apa Itu Shopee Money+? Ciri Terbaru Shopee Simpan Duit
Shopee Money+

Bagaimana Shopee Money+ Berfungsi?

Konsep Shopee Money+ sebenarnya agak mudah. Pengguna hanya perlu memindahkan sejumlah wang daripada ShopeePay ke Money+. Wang tersebut kemudiannya akan diuruskan melalui dana pasaran wang oleh rakan pengurusan dana berlesen yang dilantik.

Pulangan akan dikira secara harian, dan baki akaun akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pengguna juga boleh mengeluarkan wang daripada Money+ kembali ke ShopeePay pada bila-bila masa, tertakluk kepada terma yang ditetapkan.

Ini menjadikan Shopee Money+ fleksibel, terutamanya untuk pengguna yang memerlukan akses pantas kepada wang mereka.

Fungsi utama

💰 Dapat pulangan harian (daily return)

🔄 Boleh keluar masuk bila-bila (tak lock lama)

🛒 Duit masih boleh digunakan balik untuk beli barang di Shopee

Adakah Shopee Money+ Selamat?

Salah satu persoalan utama yang sering timbul ialah soal keselamatan. Penting untuk difahami bahawa Shopee sendiri tidak menguruskan dana pengguna secara langsung. Sebaliknya, wang tersebut diuruskan oleh rakan pengurusan dana yang berlesen dan tertakluk kepada peraturan kewangan tempatan.

Walaupun Shopee Money+ diklasifikasikan sebagai berisiko rendah, ia tetap bukan simpanan tanpa risiko sepenuhnya. Nilai pelaburan boleh berubah bergantung kepada prestasi pasaran wang. Namun begitu, tahap risikonya jauh lebih rendah berbanding pelaburan saham atau aset berisiko tinggi lain.

Shopee Money+ tidak dilindungi PIDM kerana ia merupakan produk pelaburan dana pasaran wang, bukannya akaun simpanan bank. Walaupun risikonya rendah, pengguna perlu faham bahawa pulangan dan nilai modal tidak dijamin sepenuhnya seperti simpanan bank.

Siapa Yang Sesuai Menggunakan Shopee Money+?

Shopee Money+ sangat sesuai untuk beberapa kategori pengguna, antaranya:

  1. Pengguna Shopee yang kerap menyimpan baki dalam ShopeePay
  2. Seller Shopee yang mahu menyimpan wang pusingan sementara
  3. Individu yang mencari simpanan jangka pendek dengan kecairan tinggi
  4. Pengguna yang mahu mencuba pelaburan ringan tanpa proses kompleks

Namun, ia mungkin kurang sesuai untuk individu yang mencari pulangan tinggi dalam jangka panjang, kerana Money+ lebih menumpukan kepada kestabilan dan kemudahan, bukannya keuntungan maksimum.

Kelebihan Shopee Money+

Antara kelebihan utama Shopee Money+ ialah:

  1. Pulangan harian - wang tidak dibiarkan kosong
  2. Akses mudah - semuanya dalam satu aplikasi Shopee
  3. Fleksibel - boleh keluar masuk wang tanpa tempoh kunci panjang
  4. Mesra pengguna - sesuai untuk pengguna baru dalam dunia kewangan digital

Bagi pengguna yang sudah selesa dengan ShopeePay, Money+ menjadi sambungan logik untuk memaksimumkan penggunaan wang dalam ekosistem Shopee.

Perbandingan Ringkas Dengan Pilihan Lain

Jika dibandingkan secara ringkas:

  • ShopeePay: sesuai untuk transaksi harian
  • Shopee Money+: sesuai untuk simpanan sementara dengan pulangan kecil
  • ASB / KWSP: sesuai untuk simpanan jangka panjang dan lebih stabil

Ini menunjukkan bahawa Shopee Money+ bukan pengganti kepada instrumen simpanan tradisional, tetapi pelengkap yang praktikal.

Kesimpulan Tentang Shopee Money+

Pelancaran Shopee Money+ menandakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan kewangan digital di Malaysia. Dengan konsep yang mudah, fleksibel dan mesra pengguna, ciri ini berpotensi menjadi pilihan popular untuk pengguna yang mahukan cara lebih bijak mengurus wang lebihan dalam e-wallet.

Walaupun pulangannya tidak tinggi, Shopee Money+ menawarkan keseimbangan antara kemudahan, kecairan dan risiko rendah. Bagi pengguna Shopee yang aktif, Money+ boleh menjadi alat tambahan yang berguna untuk memastikan setiap ringgit mempunyai nilai dan fungsi.

Boleh klik link Di sini Tutorial Bagaimana untuk tambah nilai Money+ by Shopee >>> [DISINI]

Ini Adalah Punca Kenapa Doktor Tak Bagi Pakai Braces

Ramai orang pasang impian nak pakai braces. Ada yang nak betulkan susunan gigi, ada yang nak senyum lebih yakin, dan ada juga yang sekadar ikut trend. Tapi bila sampai ke klinik gigi, tak semua orang dapat jawapan yang diharapkan. Ada yang terkejut bila doktor kata “tak boleh pakai braces lagi” atau “kena tangguh dulu”.

Persoalannya, kenapa?

Bukankah braces itu untuk rawat masalah gigi?

Hakikatnya, braces bukan rawatan kosmetik semata-mata. Ia melibatkan pergerakan gigi yang besar dan tekanan berpanjangan. Kalau asas mulut terutamanya gusi dan tulang sokongan gigi tak sihat, braces boleh membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Di bawah adalah cara penjagaan gusi dan gigi yang betul, terutamanya untuk yang bercadang nak pakai braces atau sedang menjalani rawatan braces.

1. Salah Faham Paling Besar Tentang Braces

Ramai orang fikir:

“Asal gigi senget, pasang braces, selesai.”

Sedangkan dalam dunia pergigian, braces ialah rawatan ortodontik yang memerlukan, gusi yang sihat, tulang sokongan gigi yang stabil serta kebersihan mulut yang konsisten.

Tanpa semua ini, pergerakan gigi boleh jadi berbahaya. Gigi boleh bergerak, ya tapi sokongannya mungkin tak mampu menahan tekanan tersebut.

2. Kenapa Kesihatan Gusi Sangat Penting?

Gusi berfungsi sebagai “tapak sokongan” untuk gigi. Jika gusi meradang, berdarah, atau mengecut:

  1. Gigi mudah goyang
  2. Braces boleh mempercepatkan kerosakan sokongan gigi
  3. Risiko penyakit periodontal meningkat
  4. Sebab itu doktor gigi selalunya akan rawat gusi dulu sebelum benarkan braces dipasang.

3. Tanda-Tanda Gusi Tidak Sihat (Jangan Abaikan)

Jika anda alami salah satu tanda ini, ia petanda gusi perlukan perhatian:

  1. Gusi mudah berdarah ketika gosok gigi
  2. Nafas berbau masam atau busuk berpanjangan
  3. Gusi nampak merah, bengkak, atau surut
  4. Rasa ngilu atau tak selesa walaupun tiada lubang gigi

Dalam keadaan ini, braces perlu ditangguhkan dahulu.

Ini Adalah Punca Kenapa Doktor Tak Bagi Pakai Braces
Perbezaan antara kesihatan dan masalah gusi gigi. 

4. Cara Penjagaan Gusi & Gigi Sebelum Pakai Braces

  • Scaling & pemeriksaan gusi
    Scaling bukan sekadar buang karang gigi, tapi bantu kurangkan radang gusi. Kadang-kadang perlu dibuat lebih dari sekali. Biasa 2 kali setahun perlu dilakukan.
  • Teknik gosok gigi yang betul - Gunakan berus gigi soft / extra soft. Gosok secara lembut, sudut 45° ke arah gusi. Jangan tekan kuat (lebih kuat ≠ lebih bersih)
  • Floss atau interdental brush - Ramai skip langkah ini, padahal plak di celah gigi paling mudah buat gusi radang.
  • Elakkan rokok & vape - Walaupun tak sakit, rokok boleh “menyorokkan” penyakit gusi dan buat ia jadi kronik

5. Apa Yang Boleh Dibuat Jika Tak Dibenarkan Pakai Braces?

Jika doktor kata belum boleh:
  1. Fokus rawat gusi dulu
  2. Ikut jadual scaling & rawatan
  3. Perbaiki rutin penjagaan mulut
  4. Beri masa untuk gusi stabil
Ramai yang akhirnya boleh pakai braces juga, cuma selepas asas mulut benar-benar sihat.

6. Penjagaan Gusi Semasa Pakai Braces

Braces memang cabaran besar untuk kebersihan mulut, tapi boleh dikawal jika konsisten.

  • Berus khas braces - Gunakan berus orthodontic dan Interdental brush (untuk celah bracket & dawai)
  • Gosok lepas setiap kali makan - Sisa makanan mudah tersangkut dan jadi punca gusi bengkak.
  • Kumur bila perlu (bukan berlebihan) - Kumur antiseptik boleh bantu, tapi jangan terlalu kerap tanpa nasihat doktor.
  • Pantau gusi sendiri - Jika gusi mula berdarah berterusan dan bengkak tak surut serta sakit atau rasa tekanan pelik, jumpa doktor awal, jangan tunggu sampai teruk.
Ini Adalah Punca Kenapa Doktor Tak Bagi Pakai Braces
Contoh gusi yang sihat dan bermasalah

7. Kesilapan Biasa yang Ramai Buat

❌ Terus pasang braces walaupun gusi belum stabil

❌ Anggap berdarah itu “normal”

❌ Gosok terlalu kuat sebab takut gigi kotor

❌ Tak buat scaling berkala semasa braces

Ingat: braces ialah rawatan jangka panjang, kesihatan gusi menentukan hasil akhirnya.

8. Braces Bukan Perlumbaan, Tapi Proses Jangka Panjang

Ada orang kecewa bila:

  • Kawan boleh pakai braces
  • Influencer pasang braces tanpa masalah
  • Orang lain nampak “ok je”

Tapi setiap mulut berbeza, keputusan doktor bukan untuk menyekat, tapi untuk elakkan penyesalan jangka panjang.

Kesimpulan Gusi dan Braces

Braces bukan sekadar soal gigi lurus dan cantik. Gusi yang sihat adalah ASAS UTAMA. Jaga gusi dengan betul sebelum dan semasa rawatan braces bukan saja mengelakkan komplikasi, malah memastikan hasil braces lebih selamat dan tahan lama.

Ingat ni, kesihatan gusi lebih penting daripada kosmetik. Kalau gusi sihat, barulah boleh pakai braces tu betul-betul lagi berbaloi. Keputusan doktor bukan menolak tapi adalah perlindungan jangka panjang. 

Monday, 26 January 2026

Drama Steal Cetus Tanda Tanya Siapa Sebenarnya Pencuri?

Baru lepas habis tengok cerita drama Steal kat Prime Video. Apa yang membuatkan aku tertarik nak tengok cerita ni sebab ada heroin dia tu pernah berlakon dalam cerita Game of Thrones tu yang rasa nak tengok cerita ni. 

Tajuk drama ni pun tipikal tentang mencuri.. tapi mencuri yang macam mana.. kena godam ke, kena rompak kedai ke tak pun ala2x rompakan skala besar macam cerita Money Heist ke?

Drama Steal Cetus Tanda Pertanyaan Siapa Sebenarnya Pencuri?
Siapa sebenarnya yang mencuri?

First episode je dah mula tegang.. sebab apa? Sebabnya dah mula terus rompak kat salah satu bangunan terkemuka yang terkenal dengan pelaburan menggunakan duit pencen pelanggan. 

Kira dalam episode pertama je takde tunjuk buat rancangan apa-apa ke terus rompak.. takde slow-slow drama semua untuk episode pertama.. Rompak pula bukan sikit duit tu tapi banyak tu 4 billion.

Dalam drama ini juga korang akan tertanya-tanya siapa sebenarnya ketua pencuri atau kita panggil mastermind.  sebab dorang semua tau macam mana nak rompak duit pelaburan step-by step means, nak keluarkan kena ada kelulusan dari lembaga pengarah, kemudian kena ada kelulusan dari staf tertentu kemudian kena ada kelulusan dari pihak bank semua. Ya lah, mesti la bank akan call banyak betul duit korang nak transfer sampai 4 billion. Jadi, perompak ni tahu semua step semua tu. 

Dan rompakan ini pula bukan sahaja melibatkan polis semata-mata tapi melibatkan MI5, korang tau lah kan MI5 ni macam mana.. kerja memang teliti, kena tangkap senyap-senyap, kena soal siasat pun cara kasar dan macam-macam lagi lah.. memang kacaula polis nak buat kerja untuk tangkap perompak ni.. 

ye lah polis mestilah nak jaga nama semua mana boleh biarkan MI5 ambil alih semua..ni dah kira sailang.. kira macam tu lah..

Ringkasan Steal - Buat Kita Ragu Dengan Semua Orang

Drama ini mengisakan berkenaan dengan rompakan terancang berskalah besar kerana melibatkan duit pelaburan bernilai 4 Billion. Dalam pada masa yang sama Zara dan Luke terpaksa akur dengan arahan perompak tersebut. 

Siapa sebenarnya yang mencuri?
Ketika kejadian berlaku


Keesokkan harinya, Zara dan Luke tiba-tiba terima duit transfer bernilai 5 Juta yang boleh menjadi punca mereka terlibat sekali dalam rompakan tersebut. 

Jadi, bagaimana dorang nak handle situasi macam tu, Adakah dorang bagitau polis dorang dapat 5 juta tapi dorang boleh kena tuduh bersubahat.. atau dorang diamkan je dan ambil je duit tu senyap-senyap setel masalah. Persoalan terbesar sebenarnya adalah siapa mastermind atas rompakan tersebut. Ada orang dalam ke atau orang luar punya kerja.. jeng-jeng.. 

Siapa Yang Akan Suka Drama Ini?

  1. Minat jenis drama Rompakan
  2. Kalau suka drama Penuh tanda tanya/plot twist
  3. Minat konflik emosi & psychological tension
  4. Tak kisah cerita yang buat otak berfikir

Kenapa Steal Menarik Untuk Ditonton?

  1. Plot berlapis & susah dijangka
  2. Tema kepercayaan, pengkhianatan, dan motif tersembunyi
  3. Pace sederhana tapi konsisten buatkan rasa “nak tahu lagi”
  4. Sesuai untuk penonton yang suka drama berat & psikologi
Rating: ⭐⭐⭐⭐☆ (4/5)

Saturday, 26 April 2025

Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!

Nak share sikit pengalaman aku pergi jalan-jalan ke Muzium Shah Alam yang baru buka tu! Tak sangka, muzium ni memang lain dari yang biasa aku bayangkan. Ingatkan boring, tapi rupanya penuh dengan benda menarik dan vibe dia pun best gila.

Mula-mula masuk je dah nampak moden dan clean. Tapi bila dah start explore dalam tu, terus rasa macam “eh, ni bukan muzium biasa ni”. Ada banyak pameran interaktif, artifak lama yang dipamerkan dengan cara moden, siap ada ruang 3D/immersive yang bawa kau ke zaman dulu-dulu. 

Antara benda yang paling aku suka:

  • Galeri sejarah Selangor – info padat tapi tak membosankan. Part ni aku suka sebab aku suka membaca sejarah lama-lama dulu.
  • Artifak lama yang dipamerkan dengan lighting lawa, siap ada QR code kalau nak tahu lebih.
  • Ruang "virtual" yang tunjuk suasana zaman silam – gempak!

Kalau korang suka sejarah atau sekadar nak lepak tempat yang tenang tapi best, aku recommend sangat tempat ni. Nak ambik gambar pun banyak port lawa.

Buat masa ini kalau nak datang masuk Muzium Shah Alam percuma. Akan datang tak taulah berapa kena caj mungkin RM2-5 macam tu kot

Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Masuk-masuk je terpampang nama ni



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
hantara kahwin zaman dulu. fair and lovely tau.. ko hadew



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ada pameran warung lama zaman atok moyang kita



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ruang 3D tapi tak banyak


Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ruang pameran haiwan


Thursday, 24 April 2025

Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?

Aeon Bank baru-baru ini telah mempekenalkan Term Deposit-I dengan kadar keuntungan promosi: 3.08% setahun untuk tempoh 6 bulan. Promosi ini sah dari 16 April hingga 31 Mei 2025

Jumlah Minimum Penempatan: RM200 sahaja.​

Tempoh Simpanan: Fleksibel — anda boleh memilih tempoh simpanan mengikut kesesuaian anda. ​Ambil 6 bulan untuk dapat kadar keuntungan 3.08% setahun. 

Perlindungan PIDM: Simpanan anda dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. ​

Patuh Syariah: Menggunakan kontrak Murabahah melalui Tawarruq, menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang mencari pelaburan patuh Syariah. ​


Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?
Term Deposit telah diperkenalkan oleh Aeon Bank


Cara Membuka Akaun Term Deposit-i:

Muat turun aplikasi AEON Bank dari Google Play Store atau Apple App Store.

Buka akaun Savings Account-i dengan deposit permulaan minimum RM20.

Pilih Term Deposit-i dalam aplikasi dan tetapkan jumlah penempatan serta tempoh simpanan yang diingini.

Sahkan dan aktifkan penempatan anda — semuanya boleh dilakukan secara digital tanpa perlu ke cawangan.

Untuk maklumat lanjut atau untuk memulakan penempatan anda, sila layari laman rasmi AEON Bank: https://www.aeonbank.com.my/term-deposit​


Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?


Perbezaan utama antara Term Deposit-i dan Savings Pot di AEON Bank terletak pada fleksibiliti, kadar keuntungan, dan tujuan simpanan. Berikut adalah perbandingan ringkas untuk membantu anda membuat pilihan yang sesuai:​


Term Deposit-i

Kadar Keuntungan: Promosi semasa menawarkan 3.08% setahun untuk tempoh 6 bulan (sah hingga 31 Mei 2025). 

Tempoh Simpanan: Tetap dan ditentukan semasa penempatan (contohnya, 6 bulan).​

Pengeluaran Awal: Tidak digalakkan; pengeluaran sebelum matang boleh menyebabkan kehilangan sebahagian atau keseluruhan keuntungan.​

Tujuan: Sesuai untuk simpanan jangka sederhana hingga panjang dengan pulangan tetap.​

Akses Dana: Dana terkunci sehingga tempoh matang; tidak boleh digunakan untuk transaksi harian.​


Savings Pot

Kadar Keuntungan: 3.00% setahun, dikira harian dan dikreditkan pada akhir bulan. 

Fleksibiliti: Dana boleh dipindahkan masuk dan keluar pada bila-bila masa tanpa penalti.​

Ciri Tambahan:

Boleh mencipta sehingga 20 "Pot" untuk pelbagai matlamat kewangan (contohnya, percutian, pendidikan).

Ciri "Round-up" untuk menambah baki secara automatik dari transaksi harian.​

Tujuan: Ideal untuk simpanan jangka pendek atau sederhana dengan fleksibiliti tinggi.​

Akses Dana: Dana boleh dipindahkan ke akaun utama dengan serta-merta untuk digunakan dalam transaksi harian.


✅ Kesimpulan


Pilih Term Deposit-i jika anda mencari pulangan tetap dan bersedia untuk mengunci dana anda untuk tempoh tertentu.​

Pilih Savings Pot jika anda memerlukan fleksibiliti untuk mengakses dana anda dan ingin menetapkan matlamat simpanan khusus.​

Kedua-dua produk ini adalah patuh Syariah dan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.​

Tapi bagi pendapat peribadi macam berbaloi dengan saving pot berbanding dengan term-deposit sebab kadar keuntungan tidak terikat dengan beberapa bulan atau promosi. Dan boleh keluarkan duit pada bila-bila masa berbanding term-deposit yang perlu menunggu untuk tempoh tertentu.

Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?
Jangan lupa letak referral code untuk dapat ganjara