Aplikasi Telegram Messenger Terbaik - adarain

Sunday, 24 August 2014

Aplikasi Telegram Messenger Terbaik

Apa Itu Telegram?


Aplikasi Telegram adalah seperti SMS dan e-mail yang telah digabungkan - fast, versatile and powerful. Fungsi Telegram sama seperti Whatsapp.  Pengguna boleh menghantar mesej, gambar, video dan fail dari pelbagai jenis (doc, zip, mp3, dan lain-lain) kepada orang-orang yang berada dalam kenalan telefon yang mempunyai akaun Telegram.




[caption id="attachment_2752" align="aligncenter" width="700"]Aplikasi Telegram Messenger Terbaik sumber gambar dari google.com[/caption]

Pengguna juga boleh buat group sehingga 5000 ahli. Aplikasi Telegram tidak terhad kepada smartphone sahaja malah pada versi dekstop juga diwujudkan bagi memudahkan pengguna berinteraksi dan menghantar pelbagai mesej kepada rakan-rakan.



Beza antara Aplikasi Telegram dan Whatsapp


Tidak seperti Whatsapp mesengger, Telegram mesengger adalah berdasarkan Cloud dan heavily encrypted. Pengguna boleh mengakses mesej daripada beberapa peranti termasuk Komputer atau laptop. Telegram juga lebih cepat, selamat dan percuma.


Aplikasi Telegram Messenger Terbaik



Siapa Pencipta Telegram?


Pavel dan Nikolai Durov, adik beradik dari Rusia telah bekerjasama mencipta aplikasi telegram dan mereka berdua pakar dalam bidang matematik dan juga programmer.  




[caption id="attachment_2754" align="aligncenter" width="665"]Aplikasi Telegram Messenger Terbaik - adarain Pavel Durov[/caption]

Pavel menyokong dari segi kewangan dan ideaologi Telegram, manakala Nikolai memberi input tentang teknologi. Untuk mencipta Telegram, Nikolai telah membangunkan protokol data yang unik, terbuka, selamat dan dioptimumkan dengan pelbagai data. Hasilnya, Telegram menggabungkan keselamatan, kebolehpercayaan dan kelajuan di mana-mana rangkaian. Pusat Utama Telegram di Berlin.



Review Tentang Aplikasi Telegram


Saya telah cuba aplikasi Telegram dan cuba mengajak rakan untuk mendaftar akaun Telegram serta merasai pengalaman sendiri bermesej melalui telegram dan berikut adalah review dari saya tentang telegram.


Aplikasi Telegram Messenger Terbaik



Kelebihan Telegram



  1. Lebih smooth daripada whatsapp. 
    Memang sangat smooth apabila dibuka sahaja aplikasi Telegram ini walaupun terdapat beribu-ribu notification @ mesej sama ada daripada personal mahupun group. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa menyebabkan smartphone hang mahupun stuck.

  2. Security
    Telegram memberi jaminan tentang keselamatan buat pengguna Telegram. Malah Telegram dengan berani membuat tawaran kepada orang ramai untuk hack Telegram dengan ganjaran wang yang menari. Data Encryption yang sangat bagus dan lebih baik dari Whatsapp berdasarkan pakar teknologi.

  3. Secret Chat
    Wujud fungsi Secret Chat. Sebenarnya saya masih lagi belum mencuba fungsi Secret Chat namun menurut telegram ialah mesej yang terkandung dalam secret chat tidak terdapat pada cloud dan tidak boleh diakses pada peranti lain.

  4. Maksimum 30k ahli (Supergroup)
    Kalau Whatsapp maksimum ahli terhad pada 230 ahli tetapi tidak pada Telegram yang lebih daripada 230 ahli sehingga maksimum kepada 30k ahli. Sesuai bagi mereka yang mahu mencipta group dengan berskala besar.

  5. Telegram Wujud pelbagai Peranti
    Telegram bukan sahaja boleh wujud pada smartphone tetapi boleh download pada dekstop (PC) pengguna.

  6. Mute
    Bising dengan bunyi group telegram, pengguna boleh mute dengan disable alert pada bahagian group notification dan sounds. Hasilnya, tidak keluar satu pun notification pada Homepage smartphone. Hanya muncul notification apabila dibuka aplikasi Telegram. Sistem Mute Telegram sangat berlainan dengan Whatsapp.

  7. Limit sehingga 1.5gb Fail. 
    Limit paling tinggi yang dikenakan bagi menghantar gambar, video dan pelbagai fail.

  8. Sticker
    Pelbagai Sticker menarik untuk pengguna Telegram bagi menggantikan emoji lama bagi memeriahkan lagi dunia messenging.


Telegram Berwajah Baru



Kekurangan Telegram


Setakat ini saya baru jumpa tiga (3) kekurangan pada Telegram




  1. Tidak simpan dalam Gallery (Terbaru: Sudah boleh Simpan Dalam Gallery)
    Apabila pengguna menerima video atau gambar, video dan gambar tersebut tidak tersimpan dalam gallery smartphone berlainan dengan Whatsapp yang siap tersimpan pada gallery. Untuk melihat video dan gambar tersebut dalam aplikasi telegram, untuk pengguna android perlu mencari dengan membuka dan klik pada myfiles/android/data/org.telegram.messenger/cache

  2. Pada dekstop kekurangannya yang saya jumpa ialah tidak boleh menukar chat background. (Terbaru: Sudah boleh menukar chat background pada dekstop)

  3. Tiada ruang status diwujudkan.


Telegram Malaysia


Aplikasi Telegram masih baru lagi dan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Telegram ini. Kemungkinan lain, beranggapan telegram adalah cap ayam kepada Whatsapp menyebabkan ramai yang tidak mahu download. Tanggapan seperti itu adalah salah kerana sistem pada telegram memang terbaik berbanding Whatsapp. Sekali anda menggunakan Telegram pasti anda akan jatuh hati pada kehebatan Telegram.


Bagi korang yang tidak berapa faham dengan Telegram dan mungkin ada masalah tentang Telegram boleh follow twitter Telegram -> Telegram Messenger

Comments

60 komentar

Mungkin ramai yang akan beralih kepada telegram pula nanti.

Eloklah beralih pada telegram

FB dah beli whatsapp ni

Entah2 lepas ni kena bayar

mmasih baru dilancarkan pada tahun 2013 dan ambil masa. :)

Setakat ni saya belum pernah bayar lagi untuk whatsapp..hehe

ada install hari tu tapi kejap je..sebab tak ramai member guna ni

terbaik
aku dah guna telegram pada laptop sejak awal tahun
tak ada masalah

Kami di sekolah memang gune ni, sebab whatsap boleh 50 orang je, jadi semua pakat instal telegram... tp kalau untuk family gune whatsap lg best..

mcm2 apps sekarang ni....wechat pom terbalas lagi..

Menarik. Tapi boleh mula guna bila ramai rakan-rakan dah beralih ke aps ni.

eloklah beralih kepada telegram. heavy sangat guna watsapp ni.

Ohhh macam menarik dari wasap lagi ni..hehe..

Smartphone saya masih belum cukup bijak untuk install social app ni. Install twitter saje, dah dekat nak penuh internal memory.

eh untuk saya tak ada add ker hii...sungguh teknologi ya

aku pun baru install apps Telegram ni...mungkin akan mencetuskan fenomena satu hari nanti...:D

Saya dah cuba Telegram ni dalam 2 bulan lebih , memang terbaik la setakat ni

macam menarik...
Kena try download nanti...

Terbaik juga telegram ni. Tp biasalah apabila orang dah biasa dgn Whatsapp. Mungkin sukar nak terima benda baru. Boleh la kot pujuk2 member pakai telegram.

apa benda telegram ni? haduii..

Sejak whatsap tak boleh pakai, aku beralih ke telegram. Hampir sama mcm whatsapp. Pasal save gambar tu, utk iOS dia terus save ke gallery. Ok la.. so far, takda masalah

Kalau sekolah memang ramai jadi memang sesuai guna telegram boleh muat 200 ahli. :D

WeChat jarang guna macam tak ada function dalam phone.

Kita dah boleh mulakan sekarang lepas tu ajak membe yang lain, kompom join juga. :D

Bila pakai telegram lepastu beralih ke whatsapp rasa macam heavy juga. :D

Lagi advance dari Whatsapp. :D

Ada rezeki boleh tukar smartphone yang lebih baik :D

tak ada no macam mana nak add. :D

ya, ambil masa tapi tak mustahil jadi popular. :D

Laju dan smooth, app messengger memang terbaik.

download jangan tak download. menarik habis. haha

nanti lama-lama orang akan terima telegram ni nanti. siapa tahu kan. :D

owh, kalau iOS terus simpan gallery, baguslah lain pula dengan android.

Masaalahnya dari segi privacy kurengg sikit. Plus, bila dah terlalu ramai, siaplah berjela-jela msg yg x perlu dan kena fwd dari sana sini.
Selain dari itu, sesiapa pun boleh add dalam group, tak mcm Whatsapp yg admin je boleh add.

Ramai ahli dalam group itu tak menjadi masalah sebab boleh mute dengan disable alert pada setting telegram. Soal tentang semua ahli group boleh masuk mungkin perlu dikemaskini agar hanya admin sahaja yang boleh masukkan ahli dalam group serta ada perkataan admin.

Kalau aku menang iPhone 5s (denaihati) bolehlah install dan cuba2 perkara yg asyik dok dengar orang cerita jer sblm ni... :)

ok nampak jelas dengan fungsi benda ni. tak teragak2 nak install bila dah dapat iphone dari denaihati..hehehehe

Kawan kata tidak jadi kerja kerana sibuk dengan media sosial. :-)

Semoga dapat gajet impian iPhones 5s. :D

Semua menanti gajet impian dari denaihati.

Menarik bunyinya, tapi harap tak disalahgunakan secret chat tu ...;

App ni memang menarik, harapnya begitulah. :D

sudah ramai yang guna app ni termasuklah saya. Masih bertahan dan bakal menyaingi whatsapp. Cuma masih menunggu app keluaran tempatan je yang masih tiada :)

Mungkin ada suatu hari nanti, app mesengger yang ada pun tak terpakai ni. :D

Baru bertukar dengan telegram ni, best! memang smooth dan laju ja tak macam whatsapp

Memang sangat berbaloi untuk download telegram ni. Belom cuba belum tahu kan. :D

Instagram memang bagus. Alternatif kepada whatsapp.

Dengan beberapa keupayaan yang lebih bagus

[…] Aplikasi yang memberi saingan terhebat whatsapp. klik [DISINI] […]

aku lebih prefer Telegram sebab gambar tak akan download dlm phone. tak de la habis memory phone :) tapi masih ramai yang gemar guna whatapps dr telegram ...

[…] tahun yang lepas, ada tulis satu post yang menerangkan mengapa perkhidmatan messenging Telegram lebih baik berbanding dengan Whatsapp. […]

[…] Tahu tahu apa itu Telegram? Boleh klik di sini -> Aplikasi Telegram […]

Udah saya coba, sejauh ini cukup baik di banding WA..
kerensii heheh thanks infonya yaa

ya, semoga bermanfaat dan sebarkan kepada yang lain :D

Aku juga pakai, chat lebih baik dari yang lain.

[…] memang jarang telefon inikan lagi ber-SMS. Zaman sekarang, Telefon dan SMS lebih kepada Whatsapp/Telegram kerana kedua-dua tersebut menawarkan messenging serta voice note secara […]


EmoticonEmoticon