Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ketibaan bulan Ramadhan pasti disajikan dengan rancangan masakan di kaca tv tidak kiralah sama ada tv Kerajaan mahupun Swasta.
Namun, rancangan masakan yang masih menjadi pilihan serta mengekalkan popularitinya setiap tahun setiap kali apabila Ramadhan tiba iaitu Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014. Rancangan KKR telah menerima jolokan rancangan masakan No 1 di Malaysia sehingga kini.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan telah pun bermula pada 28 Jun 2014 setiap hari pada pukul 12.30 PM. Pada tahun ini tema warna logo KKR14 ialah oren dan berlangsung di dalam Tesco dengan tajaan Saji. :)
Apa yang Bestnya Ketuk-Ketuk Ramadhan?
Rancangan masakan ketuk-ketuk Ramadhan sudah pasti membuatkan penonton berasa teruja untuk melihat aksi lincah pengacara Ketuk-ketuk ramadhan iaitu Sheila Rusly bersama selebriti-selebriti jemputan yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelawak, Pengarah dan selebriti yang dikenali ramai.
Pada tahun ini, Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014 telah menjemput beberapa selebtiri terkenal seperti Sharifah Sakinah, Mark Adam, Zoey Rahman, Rebecca Islam, Alif Aziz, Mawi, Nad Zainal dan banyak lagi.
Ketuk-Ketuk Ramadhan (KKR) Best Sebab:
- Program Santai BersahajaProgram yang dikendalikan Js Production berkonsepkan santai dan tidak terlalu formal. Di tambah pula, pengacara KKR yang sporting dan bijak mengendalikan rancangan tanpa perlu mengikut skrip 100%.
- Kerana Terpaksa aku Relakan
Dalam kebanyakan setiap awal episod KKR, pasti berlaku babak di mana Sheila Rusly mengajak dan memaksa selebriti jemputan untuk memasak. Dari situ, kita dapat lihat pelbagai telatah dan alasan yang dilakukan oleh selebriti untuk menolak tawaran memasak dalam Ketuk-ketuk Ramadhan. - Mengetahui Perkembangan Terkini SelebtritiSelebriti jemputan sebenarnya memeriahkan lagi suasana KKR dengan berkongsi resepi di samping mengetahui perkembangan terkini. Sebab itu, rancangan masakan ini digemari oleh orang ramai kerana selebriti jemputan.
- Gaya tak Kena TempatDapat lihat artis bergaya yang tidak kena pada tempat. Bayangkan selebriti pergi pasar dengan kasut tumit tinggi itu belum campur lagi dengan pakaian. Memang teruklah kena sindir dengan Sheila Rusly. :)
- Pandai Masak ke Tak?Yang ini best, pernah tengok orang tumis tak pakai minyak? Tapi artis ni memang power tumis tak payah pakai minyak. Itu baru satu, belum lagi artis yang tak kenal lagi jenis sayur-sayuran.
- Terlupa PuasaPaling best bila mana Sheila rusly kenakan selebriti jemputan untuk merasa makanan yang telah di masak. Bila sheila tegur tak puasa ke? memang terkejut selebriti dibuatnya apabila dia lupa yang dia sebenarnya dalam rancangan masakan untuk bulan Ramadhan nanti. Itu yang kelakar.
Kalau ada kelapangan masa bolehlah tonton rancangan masakan Ketuk-ketuk Ramadhan 2014 dan resepi yang dikongsikan tersangat simple dan mudah untuk dilakukan sendiri di rumah.
Get notifications from this blog
Memang famous rancangan ni. Berbeza dengan rancangan lain yang diterbitkan di RTM. Kualiti yang setara dengan rancangan yang diterbitkan di stesen televisyen swasta lain.
ReplyDeletekalau sempat nak kena tengok nanti ni, dulu waktu siaranya lain rasanya...
ReplyDeleteKETUK JANGAN SAMPAI TAK KETUK...
ReplyDeleteSALAM RAMADHAN..
selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan? selamat menunaikan ibadah puasa
ReplyDeleteTengahari? Bikin goyang iman tengok cerita masak-masak :) hehe..
ReplyDeleteSuka jugak tengok rancanga ni..kelakar..he..he
ReplyDeletesaya tak pernah lagi berkesempatan tengok rancangan ni
ReplyDeletemasa mula-mula ditayangkan dulu aje tengok
salam ramadhan ye
p/s-anyway saya membalas kunjungan =)
Popular dengan rancangannya yang bersahaja diserikan lagi dengan telatah artis. :)
ReplyDeleteYap, dulu waktu siarannya lain pada pukul 2.30PM dan sudah bertukar untuk beberapa tahun yang lepas kepada 12.30PM. ;)
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga untuk bro Fairus. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. ;)
ReplyDeleteMemang terliur kalau tengok lagi-lagi resepi yang dibuat adalah makanan feveret pula. :)
ReplyDeletememang kelakar tengok rancangan ni. :)
ReplyDeleteBoleh pergi tengok kalau ada masa. hehe.
ReplyDeletesepanjang ramadhan nie sebenarnya aku makin jarang dapat melungkan masa depan TV..kalau dapat tengok pun normally, 15 minit sebelum waktu berbuka...hehehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
blom pernah tgk
ReplyDeletetp mcm menarik
Orang yang bekerja memang susah dapat tengok tv apatah lagi ketuk-ketuk Ramadhan 2014. :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan..
ReplyDeletemasa mula2 keudara dulu rajin jugak tengok tapi la ni belum ada kesempatan lagi. Tengoklah..kalau ada masa nanti nak tengok jugak
Bulan puasa ni tak tengok rancangan masakan...nanti asyik meleleh jer air liur, hehe...
ReplyDeleteSetahu saya memang rancangan ini menghiburkan.
tau rancangan ketuk-ketuk ramadhan nie sempoi dan kelakar... tp selalu tak dapat tengok... bukan main laser mulut sheila rusly kenakan artis2 tuu... ekekeke.... kena lah set reminder dlm astro nak tgk bila hujung minggu... :D
ReplyDeletesetuju dnegan kenyataan admin heee..masa baca siap saya senyum lagi
ReplyDeleteBelum sempat tengok lagi..tapi teringat pula tahun lepas puasa pertama kena ketuk..hehehe
ReplyDeleteDah biasa tengok rancangan masakan ni, ada part memang meleleh habis. ;)
ReplyDeleteSA dah lama terlepas rancangan KKR ni...memang x dapat nak tengok...kerja kan...nak plak sekarang memang x dan nak tgok tv...x sampai 15 minit tv tgok SA
ReplyDeleteMulut sheila memang laser dan pandai menyindir artis. Dalam laser pun ada lawaknya. :)
ReplyDeletesenyum suri ya. :)
ReplyDeletekena ketuk ngan siapa tu? :)
ReplyDeleteOrang bekerja memang susah nak tengok tapi boleh tengok secara online KKR ni :)
ReplyDeletemacam menarik je rancangan ni. tapi sejak masuk kampus ni, hurm takde tv la pulak nak layan. :(
ReplyDeleteMemang layan jugak KKR ramadhan ni...host nyer pulak giler2...ahahahahaha... tahun ni takde masa nak tgk KKR ni...tahun2 sudah ada jer layan... :D
ReplyDeleteseronok juga tengok artis memasak. macam2 gelagat ada.. :D
ReplyDeleteaku pom suka tgk rancangan ni..syok tgk gelagat artis...lagi2 bila di usik oleh sheila rusli
ReplyDeletemasa slot sebelum ini ada tengok juga sungguh tercuit hati.pengacara shila lincah sahaja mulutnya
ReplyDeleteKerna terpaksa aku relakan(KKR) tu macam tajuk drama yang faymes sekarang ni je..
ReplyDeleteKini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online
dah lama betul x tgk rancangan tuh, tgk youtube jer la, ada x
ReplyDeleteSalam !! Nk tnya knp kt guide astro xkluar tajuk rncagn ni ??? Nk record sbb 12:30 msih kt skolah!!
ReplyDeleteProgram yang menarik...
ReplyDeleteKena tengok ni...
top acaranya santai
ReplyDeletemenarik r rancangan ni..dapat mencuit hati..sesuai untuk semua pringkat umur,,
ReplyDeleteBoleh layan video secara online. :)
ReplyDeleteUtamakan dulu yang penting, KKR tengok video online pun boleh :)
ReplyDeletememang kelakar. :)
ReplyDeleteDI usik sheila rusly sampai nervous nak masak. haha ;)
ReplyDeleteMulut dia memang laju je cakap. Kalau artis lain memang tersasul dibuatnya.
ReplyDeletehahaha, aah drama slot akasia yang tengah popular sekarang ni.
ReplyDeleteComform ada tetapi mungkin sebahagian sahaja.
ReplyDeleteWaalaikumussalam, itu saya tak pasti kenapa, mungkin Zee boleh tanya servis perkhidmatan astro sendiri untuk penjelasan lebih lanjut. :)
ReplyDeleteAcaranya memang santai banget. :)
ReplyDeletetengok jangan tak tengok. ;)
ReplyDeleteYa, betul tu. Sesuai untuk semua golongan.
ReplyDeleteSaya suka tengok citer ni..celoteh pengacara dan artis jemputan tu, memang syok habis..kelmarin mark adam..best sangat..huhu
ReplyDeleteBab Mark Adam tu yang kelakor habis. Memang teruk kena kacau dengan Sheila Rusly dengan percakapan mark Adam yang macam pakistan. :) baru tahu rupanya Mark Adam ni orang Filipina dan baru berada di Malaysia 13 tahun.
ReplyDeletepernah juga tertengok KKR ni...layan juga...tahun ni je belum berkesempatan nak tengok lagi...hee
ReplyDeleteBoleh tengok secara online. :)
ReplyDeleteMacam tak berapa setuju pulak dengan jolokan rancangan masakan no 1 di malaysia tu. Rasanya Sheila Rusly terlebih perasan dengan memberikan tagline sendiri kot. Haha. Minat lagi rancangan masakan Chef Ammar, Masak dari hati, Masak dengan iman.
ReplyDeletehaha, ni first time ada orang yang tak setuju dengan jolokan tersebut. owh, masakan Chef Ammar masak dari hati masak dengan iman program Tv al-Hijrah kan? Tak pernah kesempatan tengok. :)
ReplyDeletebila agaknya nak panggil saya jadi tetamu ketuk-ketuk kepala eh ramadhan ;)
ReplyDeleteBoleh terus hubungi Js Production. hehehehe. :)
ReplyDeleteHello There. I discovered your weblog the usage of msn. This
ReplyDeleteis a really well written article. I'll make sure to bookmark it and come back to read extra of your useful info.
Thank you for the post. I will certainly return.
Memang best KKR ni. Masa tempoh pantang tahun lepas memang tak pernah miss sebab berpantang di bulan ramadhan ;)
ReplyDeleterncngn ni mmg best coz telatah pengacaranya,biasanya rakaman dibuat brp bulan sblm ramadan?Yelah x kan nk buat masa bulan puasa lagi satu artis tu biasanya dah berbincang jln cerita
ReplyDelete