Macam tak percaya je app Bank Islam GO nak buat perubahan baru.
App Go yang mungkin diberi nafas baru |
Rasa macam baru beberapa tahun Bank Islam Go dilancarkan dah ada pembaharuan yang dibuat. Berdasarkan gambar di atas mungkin app Go nanti mungkin berwajah baru dan lagu.
Sebab macam aku sendiri pun sebagai pengguna Bank Islam pun stress dengan app dia bila waktu kemuncak iaitu bila time gaji atau waktu tertentu macam Sumbangan tunai rahmah. Mesti app dia akan loading lama giler kadang tu tak terbuka langsung. Kira loading je memanjang.
Bayangkan kalau bayar QR tu memang lambat la kadang tu tak terbuka. Nak tak nak kena ada app bank lain sebagai back up untuk Duitnow or QR.
Tapi bila hari biasa ke dah pertengahan bulan tu app dia memang berfungsi baik laju je buka.
So far, MAE by Maybank paling terbaik dan laju lah even waktu kemuncak pun still berfungsi dengan baik smooth je.
Wajah Baru App Bank Islam GO?
Berdasarkan perkongsian komen dari facebook Bank Islam, kemungkinan ini adalah wajah baru App Bank Islam nanti namun tidak mendapat kepastian lagi dari Bank Islam Sendiri
Layout baru App Go? |
Tarikh pelancaran pun masih belum tahu lagi dan Bank Islam sekadar akan mengumumkan dari masa ke semasa di media sosial nanti sekiranya sudah dilancarkan kelak.