Dah tengok belum filem Transformers yang keempat Transformers : Age of Extinction? Saya jamin filem ini adalah terhebat untuk tahun 2014.
Sinopsis Transformers : Age of Extinction
Kerajaan AS telah terputus hubungan dengan Autobots dan menganggap Autobots sudah berhijrah ke tempat lain sejak empat tahun lalu selepas pertempuran Autobots dengan The Decepticons yang telah menyebabkan bandar Chicago berada dalam keadaan yang teruk dan meragut nyawa lebih seribu orang awam.
![]() |
Transformers 4 : Age of Extinction |
Sebagai ganjaran jika berjaya menangkap Optimus Prime, pemburu transformer akan memberikan benih iaitu sebuah bom yang boleh meletup di kawasan yang besar dan menyebabkan manusia dalam kepupusan.
Sementara itu, dengan menggunakan data yang diperolehi daripada Transformers yang telah dimusnahkan, Joshua Joyce yang seorang jutawan dalam perniagaan bersama syarikat teknologi beliau iaitu Kinetic Sciences Institute (KSI) telah menemui "Transformium" iaitu sel robot yang boleh megubah pelbagai bentuk.
Penciptaan terbaru dan terhebat Joshua adalah Galvatron iaitu transformer yang dicipta daripada data di dalam kepala Megatron (ketua Kumpulan The Deception) yang terputus.
Dapatkah Optimus Prime bersama rakan-rakannya daripada menyelamatkan benih tersebut dari meletup? Bagaimana Autobots yang hanya terdiri daripada 5 sahaja boleh mengalahkan berpuluh-puluh transformer jahat yang lain. Nak tahu, Saksikan sendiri di pawagam berdekatan.
Review Transformers : Age of Extinction
Filem yang berdurasi 2 jam 45 minit ini diarahkan oleh pengarah terkenal Hollywood iaitu Michael Bay dan dilakonkan oleh pelakon yang popular antaranya Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Jack Reynor dan ramai lagi.
Filem pada awalnya, mengingatkan saya tentang suasana Jurrasic Park dengan kewujudan beberapa ekor dinosour dan ada beberapa babak lain di rumah cade yang berada di Texas mengingatkan saya tentang filem Superman.
Filem ini memang tak rugi kalau pergi tengok sebab banyak aksi yang dipaparkan tanpa drama yang telalu meleret dalam Transformers 4 ini. Paparan kekeluargaan ayah bersama anak ditunjukkan bagaimana ayah cuba untuk menyelamatkan anak dalam pelbagai keadaan yang terpaksa diharungi.
Dari filem ini, kita akan dapat jawapan penuh yang menarik berkaitan trailer yang ditunjukkan. Persoalan, bagaimana trak yang buruk menjadi cantik?, bagaimana pula dinosour versi robot boleh wujud? Kenapa selepas 4 tahun selepas peperangan baru optimus Prime muncul dan tak tinggalkan bumi? Mana pergi autobots yang lain?
Dan yang tak bestnya filem ini sebab ada kesinambungan.
Saya beri 4.2/5 bintang