Tuesday 11 February 2014

Status Halal Produk Yeo's Diragui?

Produk Yeo's sememangnya sudah sinonim dan popular di negara Malaysia dengan produk minuman yang berbagai-bagai perisa antaranya ialah susu soya, susu soya hitam, teh kundur, teh bunga kekwa, yogurt dan laici. Namun, produk yeo's tidak terhad pada minuman sahaja malah juga menyediakan makanan seperti seri kaya, sardin, kari ayam dan sebagainya.



Menarik Tentang Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad


Sebelum kita pergi jauh tentang kelebihan produk dari Yeo's, apa kata kita terjah tentang apa yang menarik pada Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad. Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Yeo's pilihan dihati[/caption]

Banyak sejarah tentang Yeo Hiap Seng dari awal penubuhannya dengan kejayaan membotolkan susu soya bean sehinggalah berkembang kepada kepelbagaian minuman yang penuh asli seperti teh bunga, teh kundur dan sebagainya di Malaysia khususnya.


Menariknya tentang Yeo Hiap Seng Malaysia ialah kerana pernah memperkenalkan minuman penciptaan baru apabila menjadi yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak serta yang pertama dalam negara Malaysia memperkenalkan jus campuran buah-buahan 100%. Pencapaian yang begitu membanggakan buat Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad.



Status Halal Produk Yeo's Diragui?


Sememangnya rakyat Malaysia yang beragama Islam sangat menitikberatkan dalam isu halal dan haram dalam pemakanan dan juga minuman.


Isu ini hangat pada tahun 2007 di mana Produk Yeo's telah dikatakan tidak mendapat status halal dari Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun, Pihak Yeo's menafikan tentang perkara ini dan mengesahkan bahawa produk Yeo's telah mendapatkan status halal dari JAKIM dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak media agar dapat menyiarkan di surat khabar kepada orang ramai tentang Isu ini.




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Bukti logo halal dari JAKIM[/caption]

Jadi selepas ini tidak perlu diperbesarkan lagi isu ini terhadap produk Yeo's kerana sudah terbukti bahawa produk yeo's memiliki status halal yang sah dari JAKIM.



Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s


Bagi mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan, produk yeo's amat sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat yang berpanjangan. Inilah salah satu kelebihan pada produk yeo's berbanding produk-produk yang lain.




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Gembira bersama Yeo's[/caption]

Produk yeo's sangat mementingkan kualiti pada produk yeo's  kepada pengguna. Perisa minuman pada produk yeo's mempunyai banyak khasiat seperti Teh Hijau.


Teh Hijau mempunyai banyak khasiat antaranya ialah:




  • Mengurangkan paras kolestrol

  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

  • Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan

  • saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang (sesuai untuk diminum Pesakit Jantung)


Itu baru khasiat pada Teh Hijau belum lagi pada perisa lain yang mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan dalam tubuh badan kita.


Tambahan lagi, minuman produk yeo's juga mengambil pendekatan dengan mengurangkan kadar gula dan tiada bahan pengawet yang digunakan. Begitu juga dengan makanan dengan kadar rendah lemak dan tiada bahan tambahan Monosodium glutamat (MSG).


Ini sudah terbukti bahawa produk yeo's sangat mementingkan kualiti dalam minuman dan makanan. Produk yeo's sesuai untuk semua peringkat umur dari budak kecil sehinggalah mereka yang berstatus warga emas. Sesuai dengan tema Yeo's menyihatkan dan menyergarkan.


Untuk mendapatkan berita terkini dari yeo's boleh ikuti melalui beberapa rangkaian sosial media yeo's seperti:


Facebookhttps://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter: https://twitter.com/YeosMalaysia
Google+: https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
Instagram: http://instagram.com/yeosmalaysia
Youtubehttp://www.youtube.com/yeosmsia

yeos-minicontest-300x250

Pengalaman Bersama Minuman Produk Yeo's


Minuman yang aku paling suka dari produk yeo's ialah Teh Kundur, Teh Hijau dan yogurt. Kali pertama minum daripada produk Yeo's ialah Teh kundur. Apabila minum sahaja teh kundur terasa hendak mahu minum lagi Teh Kundur kerana selama ini aku tak pernah rasa Teh Kundur.




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Tidur lena bersama Yeo's[/caption]

Teringat dahulu masa zaman universiti, di mana ada suatu kedai buat satu promosi daripada tin minuman produk yeo's sahaja dengan harga seringgit. Apa lagi, memang aku kaut semua Teh Kundur sampai habis. Sampai rakan aku dah 'masak' dengan karenah aku yang suka dengan minuman Kundur.


Tak semua orang suka dengan Teh Kundur, setiap orang berbeza-beza rasa lidahnya. Serius aku cakap, kalau waktu panas ditambah pula tengah kehausan pula masa tu memang lega kalau dapat minum Teh Kundur. Terasa badan begitu segar sekali. Itulah penangan Teh Kundur.  Sekali-kala tukar selera dengan minuman Teh Hijau, teh bunga dan soya.


Untuk minuman Yogurt pula, kebiasaannya aku akan minum pada waktu pagi. Perisa yogurt paling aku suka ialah asli dan anggur. Kalau ada roti di rumah memang akan di sapu dengan jem seri kaya dari produk Yeo's.


Apa pun, semua minuman dari produk Yeo's adalah yang terbaik dan menjadi pilihan utama dalam kehidupan aku untuk mengekalkan gaya hidup sihat yang berpanjangan.



Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

70 Comments

semoga berjaya bro, comel kucing tu :D

wah kucing pom suka yeos nih yer...eheh anyway good luck bro..

Gambar kucing paling takleh blah. Haha. All the best!

teh kundur memang sedap woo..rasa dia lain dari yang lain. hoho

suka tengok gambar dalam entri ni..

Terima kasih, gambar biasa-biasa je

Kalau company Yeos ni perlukan QA atau Halal exec jangan lupa iklan kat gua.
Brand dia memang dah masuk dengan orang Malaysia. Btw semoga berjaya :)

serius comel kucing tu... apa2pun gud luck bro :)

wui habis la air tin aku , melekat bulu kucing tuh . hehe

hampir lupa isu tahun 2007 tu, umat Islam sangat sensitif isu ni.
billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

pergh!! terbaiklah entri ini bro..hasil susunan kata dan gambar yang menarik..ada peluang bro akan berjaya nanti! tahniah diucapkan.

tiap kali bukak puasa yeos minuman harian kot masa bukak puasa..hehe

Kalau air nie memang YEO'S bagus laa.... kalau untuk makanan dalam nie masih lagi kena bersaing dengan jenama lain

Betul jugak, sebb makanan pun dah banyak bursa ing.

Kuching tahun dengan kesejukan..hehhe

Kuching tahan dengan kesejukan..hehhe

Good luck Bahrain..tentang status halal tu memang confirm kan..so tak perlu risau...

halal haram memang sensitif......tp selagi jakim dan jabatan agama berfungsi pasti tak ade masalah

menurut saya kalau produkj legal ada di iklan tentu sudah persiapkan segalanya,termasuk sertifikat kehalalan

jangan tergesa2,biasa dalam persaingan bisnis

minuman yang ada di mana sahaja.

produk yeos sangat sedap dan sangat berkualiti...!!

den dah SHARE di facebook ya bro...=)

comel plak en.meow tu jadi model..
semoga berjaya yer untuk contest ini.

setiap kedai mesti ada jual minuman. ;)

Terima kasih akan like dan g+ blog saudara. :)

[…] Salam, blog saya tak ada dalam senarai yang dituliskan atas. http://www.adarain.com/2014/02/status-halal-produk-yeos-diragui/ […]

Belum pernah try teh kundur..biasa teh bunga tu..nak kena try gak ni

jgn minum, terus kendur sudahlah...hahahha

done bro! selamat berjaya

betul tu bro hazman =)

kalau ikut apa yg aku selidik (macam conan plak dah...haha)

mmg kategori soya...mmg 1st..lain2 mmg belum..kena kerja kuat lagilah

Zumal pun suka Teh kundur, manisnya dan baunya tu rasa istimewa sangat.

kucing tu pun minum Yeos juga...hehehe...Good Luck yer

tak minum dia tengok dan pegang je. :)

rasanya memang lain dari yang lain.

kucing pun minum yeos... terbaik
http://www.iuzira.com/2014/02/yeos-pilihanku.html

Produk Yeos sememangnya ada sijil halal yg diiktiraf.

kekadang kalau bab status halal nie orang suka buat khabar angin untuk menjatuhkan sesetengah pihak..tapi dengan maklumat dan info yang betul kita boleh membuat pilihan yang tepat...

Regards,
-Strider-

Itulah yang terjadi pada produk yeo's di mana ada pihak tertentu cuba untuk menjatuhkan produk tersebut.

Salam... artikel yg menarik daripada bro... Dah disahkan oleh JAKIM status halalnya, tak perlu was-was lagi. Semoga bro berjaya.... TQ.

waalaikumussalam. artikel biasa-biasa sahaja. Terima kasih :)

wah~ kucing tidur berbantalkan Yeo's Teh Hijau... huhu~
btw, good luck, ya...
saya support entri ini dgn G+ dan FB Share...

terima kasih ya kerana singgah entri blog ni yang tak seberapa.

mantap entri ni.. smoga berjaya..

kami akan menjadi photo dan video rasmi event SBB nanti. ada live update di instagram. so, make sure singgah blog kami dan follow kami di instagram ye! :)

terbaiklah gambar kucing tu..comel je

lepas komen ni terus tekan +1 and like

goodluck!!!

nak ke titan..?? aku ada 10 botol ni.. hehehe

Baru tengok video SBB2014. Memang terbaik!

Produk keluaran Yeo's ini mudah untuk diperolehi.

chomel je kucing tu. ahhah saya everyday minum soya yeoh's :/

jemput singgah http://iluvtour.com

Teh kundur!!!!

antara minuman kegemaran aku jugak

Ohhh tajuk bikin panas aje..hehe..tahanks bro..lepas ni memang pekena yoes selalu lah...haha

Wow, marvelous blog format! How lengthy have you ever been blogging
for? you made running a blog glance easy. The overall glance
of your web site is great, as smartly as the content!

ihhhhh .... kucingnya lucu Binggo
thanks yo infonya ^_^b