Transformers 4 : Age of Extinction - adarain

Sunday, 29 June 2014

Transformers 4 : Age of Extinction

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Dah tengok belum filem Transformers yang keempat Transformers : Age of Extinction? Saya jamin filem ini adalah terhebat untuk tahun 2014.



Sinopsis Transformers : Age of Extinction


Kerajaan AS telah terputus hubungan dengan Autobots dan menganggap Autobots sudah berhijrah ke tempat lain sejak empat tahun lalu selepas pertempuran Autobots dengan The Decepticons yang telah menyebabkan bandar Chicago berada dalam keadaan yang teruk dan meragut nyawa lebih seribu orang awam.




[caption id="attachment_2410" align="aligncenter" width="700"]Transformers 4 : Age of Extinction Optimus Prime selaku ketua autobots[/caption]

Kumpulan CIA elit yang dikenali sebagai "Cemetery Wind"  telah diketuai oleh Harold Attinger dengan niat untuk memburu dan menghapuskan Autobots yang masih hidup dengan bantuan pemburu Transformer 'Lockdown'.


Sebagai ganjaran jika berjaya menangkap Optimus Prime, pemburu transformer akan memberikan benih iaitu sebuah bom yang boleh meletup di kawasan yang besar dan menyebabkan manusia dalam kepupusan.


Sementara itu, dengan menggunakan data yang diperolehi daripada Transformers yang telah dimusnahkan, Joshua Joyce yang seorang jutawan dalam perniagaan bersama syarikat teknologi beliau iaitu Kinetic Sciences Institute (KSI) telah menemui "Transformium" iaitu sel robot yang boleh megubah pelbagai bentuk.


Penciptaan terbaru dan terhebat Joshua adalah Galvatron iaitu transformer yang dicipta daripada data di dalam kepala Megatron (ketua Kumpulan The Deception) yang terputus.




[caption id="attachment_2412" align="aligncenter" width="700"]Transformers 4 : Age of Extinction Telatah bumblebee yang kelakar dan sempoi[/caption]

Dapatkah Optimus Prime bersama rakan-rakannya daripada menyelamatkan benih tersebut dari meletup? Bagaimana Autobots yang hanya terdiri daripada 5 sahaja boleh mengalahkan berpuluh-puluh transformer jahat yang lain. Nak tahu, Saksikan sendiri di pawagam berdekatan.



Review  Transformers : Age of Extinction


Filem yang berdurasi 2 jam 45 minit ini diarahkan oleh pengarah terkenal Hollywood iaitu Michael Bay dan dilakonkan oleh pelakon yang popular antaranya Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Jack Reynor dan ramai lagi.


Filem pada awalnya, mengingatkan saya tentang suasana Jurrasic Park dengan kewujudan beberapa ekor dinosour dan ada beberapa babak lain di rumah cade yang berada di Texas mengingatkan saya tentang filem Superman.


Filem ini memang tak rugi kalau pergi tengok sebab banyak aksi yang dipaparkan tanpa drama yang telalu meleret dalam Transformers 4 ini.  Paparan kekeluargaan ayah bersama anak ditunjukkan bagaimana ayah cuba untuk menyelamatkan anak dalam pelbagai keadaan yang terpaksa diharungi.




[caption id="attachment_2408" align="aligncenter" width="700"]Transformers 4 : Age of Extinction Detik cemas perlawanan hebat antara Optimus Prime dan Dinobots[/caption]

Dari filem ini, kita akan dapat jawapan penuh yang menarik berkaitan trailer yang ditunjukkan. Persoalan, bagaimana trak yang buruk menjadi cantik?, bagaimana pula dinosour versi robot boleh wujud? Kenapa selepas 4 tahun selepas peperangan baru optimus Prime muncul dan tak tinggalkan bumi? Mana pergi autobots yang lain?


Dan yang tak bestnya filem ini sebab ada kesinambungan.


Saya beri 4.2/5 bintang

Comments

20 komentar

hmm tinggi juga review yang bro bagi ni ...

Tapi banyak review menyatakan filem ini kureng sikit... Apa2 pun kena lihat sendiri barulah boleh menilainya...kan.

Assalamualaikum...Bahrain
Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Terpulang kepada penonton untuk menilai. :)

Waalaikumussalam, BM
Salam Ramadhan 1435H, amin~ Saya juga mengambil kesempatan yang sama untuk memohon maaf seandainya ada salah dan silap. Selamat menjalani ibadah puasa. :)

saya dah tengok pada hari pertama...pada saya mmg best..
cuma saya kurang suka bab masalah keluarga dan anak perempuan dlm citer tu.. mcm nak mendidik dan merosakkan pemikiran anak remaja pula..

Mungkin begitulah cara barat mendidik anak.

Bagi saya, filem ni tak membosankan, masih lagi menarik jalan cerita dan aksi.

saya sering lihat transformer 123..

Sama dengan pendapat saya, masih filem yang mantap.

Boleh lihat nanti Transformers 4 lagi best. ;)

gua rasa macam best dan gua rasa kena tengok gak nanti nih.

Transformers kali ini lebih banyak aksi. Lakonan Mark Wahlberg lebih mantap dari Shia LaBeouf.

Tengok jangan tak tengok. ;)

banyak aksi pun kadang-kadang buat saya pening yang penting filem ni best!.

Kawe belum tengok so kawe baca sikit2 jer..
P/s: Tunggu tiket murah he he.. S

Bila dah lama ditayangkan, tiket jadi murah sikit. strategi bijak ni. :)

Ari tu dah plan nak tgk citer ni, tup tap tak jadi .. anak saya tak nak gi tengok. Saya terkinja ... anak tak teruja. hoho .. bapak lebih dari anak.

Tapi setakat nie, saya lebih suka tgk sendiri dari baca review. Citarasa tak sama.

anak pula tak teruja nak tengok transformer. Biasanya anak-anak ni minat benda yang fantasi macam transformasi. Memang betul, lain orang lain pandangannya. :)

Nak kena tengok sekali ni...memang dah lama jatuh hati pada cerita transformer ni..haha

bagi aku best je Transformers 4 kali ni...yela kan...pendapat lain2 kan...ada yang kata best...ada yang kata tak best...yang belum tengok pula, terpengaruh dengan komen negatif pasal movie sebelum tengok sendiri...huhu

Lain orang lain pendapatnya. Yang transformers terbaru ni memang terbaik!


EmoticonEmoticon