Showing posts with label Bukit tinggi. Show all posts
Showing posts with label Bukit tinggi. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Jalan-Jalan Di Pekan Baru, Indonesia.

Sebelum ini saya pernah bercuti di Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. Kali ini saya bersama keluarga Bercuti sekali lagi, kali ini di Pekan Baru, Riau Indonesia selama 4 hari 3 malam.

Jalan-Jalan Di Pekan Baru, Indonesia.
sekadar gambar hiasan

Kami sekeluarga pergi ke Pekan Baru, Indonesia kerana melihat tiket Air Asia menawarkan harga yang murah pada masa itu. Terus kami tidak berfikir panjang dan tempah tiket tersebut sebelum kehabisan.

Sebelum ini dengar juga ada rakan-rakan yang lain dah pergi Pekan Baru ini, jadi itu yang teringin nak ke sana melihat pemandangan di sana pula.

Kami sekeluarga bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi dan sampai di LCCT pada pukul lebih kurang dalam 12.ooPM. Sampai sana sahaja terus mengurskan segala tiket semua dan menunggu sebelum berlepas ke Pekan Baru, Indonesia.

Berlepas ke sana dalam pukul 2.30PM. Perjalanan KL ke Pekan Baru tidak jauh hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Tidak sempat tidur, Kapal terbang sudah landing ke Pekan Baru. Baru nak feel tidur dalam kapal terbang. Sampai sana dalam pukul 3.40PM


Hari Pertama Di Pekan Baru, Indonesia.


Perkara yang paling mengejutkan bila sampai di sana ialah suasana airport Pekan Baru, Indonesia. Kerana bangunan tersebut tak ubah seperti tempat bangunan lama stesen bas.

Dengan kaunter masih berkayu dan mozek kecil seperti zaman saya masa kecil-kecil. Belum sempat kami masuk bangunan tersebut dah beratur panjang untuk urusan passport. Nak tak nak, terpaksa tunggu di bawah matahari yang terik.

Selesai semua urusan, kami panggil teksi untuk menuju destinasi seterusnya iaitu hotel yang telah kami tempah secara online.

Hotel yang kami tempah sangat selesa dan menarik. Reka bentuk seperti bangunan Eropah dan Rusia. Selepas check in hotel, kami tidak berehat tetapi kami mencari tempat untuk di makan dan juga mencari kereta serta pemandu untuk di sewa.

Kalau korang lihat gambar di bawah, itulah tempat kami sekeluarga makan. Perkataan baru jumpa iaitu Es lapangan tembak (ABC) 

kemudian mencari kereta sewa serta pemandu untuk ke Bukit TInggi pada hari keduanya (esok) nanti. Gambar di bawah merupakan salah satu pemandangan di sana.

Pada waktu malam, kami sekeluarga berehat bagi mengembalikan tenaga untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke Bukit TInggi.


Hari Kedua: Bukit Tinggi, Indonesia.


Seawal 7 pagi kami sudah gerak menuju ke Bukit TInggi dengan menaiki kereta Toyota Kijang Innova.  Bayaran sewa kereta berserta pemandu adalah dalam 900,000 Rupiah.

Kami bergerak ke Bukit Tinggi awal kerana perjalanan ke sana mengambil masa dalam 6 ke 7 jam. Jalan menuju ke sana pula tidak seperti lebuh raya di Malaysia tetapi seperti jalan kampung. Penuh dengan selekoh seperti gambar di bawah.

Pada masa yang sama kami sekeluarga dapat menikmati pemandangan sepanjang dalam perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.

Dalam pukul 10 pagi, kami sekeluarga berehat sebantar dan berserapan. Gambar di bawah antara pemdangan yang cantik. Tempat di sana pula sejuk walaupun cahaya matahari sedang memancar.

Setelah menempuh perjalanan yang panjang, Kami sampai juga ke Bukit Tinggi. Tempat pertama kami singgah ialah tempat bersejarah di sana. Nak masuh ke sana kena bayar dalam 2000 Rupiah.

Korang boleh lihat gambar di bawah yang merupakan terowong tempat jepun menjalani latihan dan berteduh. Untuk masuk ke terowong tersebut dikenakan bayaran tapi kami sekeluarga tidak masuk. Cukuplah sekadar melihat pemandangan di sana yang cantik.

Gambar di bawah tersebut merupakan tempat solat lelaki. Kebanyakan tempat solat di sana begitu terbuka dan tidak tertutup. Jadi jangan hairan dan terkejut.

Penat berjalan-jalan dan ambil gambar semua, terus kami berehat dan minum sebentar sebelum kami memulakan aktiviti membeli barangan di Bukit TInggi.

Selesai minum semua, kami sekeluarga ke pasar Bukit Tinggi. Di sana, pasar terbahagi kepada dua iaitu pasar atas dan Pasar bawah.

Kami hanya membeli barangan di pasar bawah sahaja sebagai ole-ole. Pasar bawah sudah cukup panjang dan besar dengan orang ramai yang yang penuh sesak di pasar bawah.

Tidak ada tenaga untuk ke pasar atas, cukuplah dengan barangan yang sudah dibeli di pasar bawah. Pasar atas lebih kurang sama sahaja dengan di pasar bawah.

Sempat lagi kami bergambar jam gadang seperti gambar di bawah. Jam Gadang merupakan hasil peninggalan Belanda pada zaman dulu.

Sebelum pulang ke Pekan Baru, kami sekeluarga singgah sebentar membeli kerepak untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami sekeluarga membeli kerepak yang tidak ada di Malaysia.

Setelah siap memilih dan membeli, kami membungkus segala kerepek di dalam kotak. Senang untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti.


Hari ketiga: jalan-jalan di Pekan Baru


Untuk hari ketiga, kami berjalan-jalan sekitar Pekan Baru sahaja. Kami pergi ke shopping mall (lupa nama shopping mall tu)  dan pasar Bawah yang cukup terkenal di Kota Pekan Baru ini.

Antara barangan yang kami beli ialah fridge magnet, bag, pakaian yang ada tulisan pekan baru dan banyak lagi.

Kalau lihat gambar di bawah, saya sedang memakai topi keledar. Tanpa fikir panjang terus beli topi keledar tersebut kerana ada tawaran iaitu beli satu percuma satu. Harganya murah dalam 80,000 Rupiah.

Banyak tempat menarik di kota Pekan Baru, tetapi disebabkan kami sekeluarga sibuk dengan ber'shopping' di pasar bawah dan juga di shopping mall, jadi tidak ada masa untuk singgah ke tempat lain.

Hanya berlegar di tempat yang berhampiran dengan hotel kami.


Hari Keempat Masa untuk Pulang Ke Malaysia


Setelah 4 hari berada di Pekan baru, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Takkan nak menetap lama pula di Pekan Baru. Banyak duit nak stay lama kat sana.


Best ke tidak Pekan Baru, Indonesia?


Best ke tidak Pekan Baru, Indonesia ni? serius saya cakap memang best dan seronok. Cuma jangan expect terlalu tinggi lah kat sini. Terdapat banyak barang yang murah boleh di dapati di sana, sewa kereta pun boleh di katakan murah sekali, banyak shopping mall yang ada di sana, terdapat pelbagai pilihan di sana sampai saya tidak tahu untuk memilih mana satu kedai yang terbaaik dan yang paling cantik.

Tidak rugi untuk datang ke sana serta mencuba pengalaman baru ke sana pula. Secara keseluruhan, sangat berpuas hati. Ada duit dan hari, boleh datang lagi sekali.

MAAF GAMBAR TELAH DIKELUARKAN ATAS SEBAB TERTENTU