Sikap Yang Sangat Dibenci Kawan
Kita akan mula nampak dalam perhubungan kawan ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang. Dari situ, kita akan mula kenal kawan yang sebenar berdasarkan sikapnya.
sekadar gambar hiasan |
Sikap Yang Dibenci Kawan
Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda mungkin adalah salah seorang yang dibenci kawan seperti dibawah.
1. Tamak dan Kedekut
Saya mempunyai kawan yang sangat kedekut dan atas sikap itu telah membuatkan kawan-kawan yang lain membenci dia yang terlalu berjimat sehingga menyusahkan orang lain.
Bayangkan kalau pergi makan selalu minta kawan belanja sedangkan duit sendiri ada malah lebih banyak dari kawan sendiri. Macam mana tu? Maka jauhilah sifat tersebut. Nak berjimat boleh tapi biar beragak.
2. Berlagak dan Suka Mengarah
Sifat inilah yang saya paling benci dan meluat. Berlagak mengalahkan artis antarabangsa dan kebiasaan sikap ini berlaku pada kaum hawa berdasarkan pengalaman saya ketika belajar.
Kawan yang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi tak boleh sesuka hati mengarah tapi diri sendiri tak buat kerja. Macam mana tu? Sikap itu yang dibenci oleh kawan-kawan sehingga kawan sanggup cakap belakang. Kebanyakan kawan, mana-mana pun tidak suka diarah selalu. Be Respect!
Kawan seperti ini selalu mahukan perhatian lebih dan mahu menonjolkan diri agar diri dikenali dan disanjungi.
3. Bohong dan Mengumpat
Bab ni kebanyakan kawan kita sendiri memang suka bohong dan suka mengumpat. Memang tak boleh lari dengan 2 benda alah ni termasuklah saya sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga kepada anda juga agar sama-sama mengurangkan benda ini dari melarat.
Bukan apa, takut jatuh finah bila dah mengumpat ni. Macam-macam cerita disebarkan itu belum ditokok-tambah cerita lain lagi maka dah jatuh fitnah pada seseorang. Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.
Kadangkala, kawan kita mesti ada cerita yang hendak dikongsikan dan cerita tersebut kalau boleh nak kebabom punyalah tapi tak ada papepun isinya. Banyak bohong dari benar. Just Beware!
4. Suka Menonjolkan diri dan Cakap Besar.
Macam biasa, kawan seperti ini sudah dikenali ramai secara umumnya dengan sikap yang suka menonjol. Ada orang suka dengan sikap macam ni tapi sesetengah orang tidak beberapa suka dengan sikap yang suka menonjolkan diri dan adakalanya suka cakap besar.
Kawan seperti ini suka bercerita tentang kehidupan yang agak lebih mewah, barang-barang mewah dan sebagainya yang menyebabkan orang lain jeles dan sakit hati dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk.
Kurangkan bercerita tentang barang-barangan yang berharga atau apa jua dari kawan kita kerana kita telah mengguris hati bagi kawan yang tidak berkemampuan. Dah tunjuk silalah bagi barang 'mewah' tu pada kawan. Boleh tak? Bahagia hati kalau macam itu. haha
5.Over confident
Kawan kita kalau nak confident boleh dan tak salah tapi jangan sampai over confident. Saya bagi contoh kisah MLM, saya yakin mesti salah seorang kawan kita pernah masuk MLM dengan over confident bahawa dia akan menjadi jutawan dengan menyertai MLM akan tetapi sampai sekarang semuanya dah ke 'laut'.
Confident biar kena pada tempatnya serta perlukan usaha yang tinggi dan bukan pada kata-kata sahaja. Setakat ini saya tak nampak kawan-kawan saya jutawan gara-gara Multi Level Marketing (MLM).
6. Plastik
Plastik atau kata seertinya adalah hipokrit. Kebiasaannya selalu nampak baik di mata orang. Ini yang kita kena berjaga-jaga dengan sikap macam ini.
Dengan sikap macam ini seolah-olah mendengar masalah kawan kita walhal dalam hati meluat dengan permasalahan cerita kawan ditambah pula memburuk-burukkan kawan kepada kawan yang lain secara rahsia. Be Careful!
Lebih baik bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu yang boleh buat seseorang tersenyum
Kesimpulan
Sebenarnya sebenar banyak lagi sikap yang dibenci oleh kawan saperti mengadu domba, pemalas, suka marah orang, kurang memberi kerjasama dan sebagainya. Rasanya cukup apa tertera di atas berdasarkan pengalaman ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang.
Apa yang peliknya, mereka seperti di atas tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak disukai oleh kawan yang lain atau mungkin tidak buat kisah. Nobody is perfect enough.
Seronoknya bila berkawan apabila mempunyai sikap dan minat yang hampir serupa dan itulah yang menjadi perhubungan itu kekal lama. INSYA ALLAH.
Get notifications from this blog
setuju bro..sikap kat ats tu memng kita benci..akan membuat org meluat..tambah bab bangga diri..menunjuk dan palastik.. just b our self..jujur pada diri sendiri :P
ReplyDeleteMmg benci & menyampah dgn kawan yg bersikap spt tu.. tp alhamdulillah.. kawan2 saya semuanya ok.. :D
ReplyDeletesikap no 4 paling aku tak suka...cakap besar.
ReplyDeleteAda housemate siap labelkn lagi makanan die dlm peti
ReplyDeletebetul tu...
ReplyDeletedi pejabat sy pon mcmni jgak.. di sebabkan dia ade pengalaman keje yg lama dr sy yg bru jer keje 4 tahun ni... dia berlagak dan ckp besar sebesar besarnya...
Allah hanya menguji, memberi dulu...kan...
* MEMANG PELBAGAI RAGAM KAWAN-KAWAN..
ReplyDeletePlastik dengan bohon memang saya paling benci.
ReplyDeletebetul..betul.. memang tak suka jenis kawan2 mcm tu.. dlm masa sama mintak juga sy dijauhkan dengan perangai2 gitu..
ReplyDeletehaha baru gua tahu apa itu plastik,
ReplyDeleteohh..itu rupanya plastik..
ReplyDeleteNo 3 & 5 tu memang boring..he..he
ReplyDeleteMemang tak suka dengan orang yang ada perangai mcm diatas. Kalau boleh dielak akan cuba elak dr org yg cam ni..lebih2 lagi yg suka mengumpat..tak pasal2 kita dapat dosa gak
ReplyDeleteapabila kawan x mau merasakan dia salah dan tetap dengan pendirian walaupun sbnrnya dia salah tu pun pening gak
ReplyDeleteAkak nak tambah satu lagi. Cepat terasa dan moody. Pun salah satu sikap yg bleh buat kawan menjauhkan diri. Dan satu lagi cakap lepas tak reti jaga hati org.
ReplyDeleteGua yang no 3 memang tak boleh terima... yang lain so far ok..sebab itu tabiat depa hehehe
ReplyDeletekawan yang lebai kalau gitu
ReplyDeletebetul tu bro..kekadang ngan kawan2 kita kena bersikap give and take..tak boleh nak pikir pasal diri kita jer...hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Terimakasih sudah share petuah berguna ini supaya bisa dijauhi agar kawan tak benci dengan kita
ReplyDeleteKawan ada macam perangai becware,sekarang susah nak cari kawan boleh d percayai..ada untuk kita susah atau senang
ReplyDeleteSetuju sangat bro. Sikap-sikap tu adalah antara sikap yang sangat annoying jika mempunyai rakan yang bersikap sedemikian.
ReplyDeleteMemang kalau ada sikap diatas tu, tiada siapa yang ingin berkawan
ReplyDeleteSikap plastik la paling dibenci... ditambah pulak jenis kawan untuk dapat sesuatu... hanya kawan waktu kita berjaya
ReplyDeleteSemua tu tidak patut ada pada diri kita, jika mahu ramai yang ingin berkawan dengan kita. Gua lebih baik diam daripada menceritakan hal-hal org lain, jika berlebihan boleh membawa umpatan. Lidah lebih tajam daripada mata pedang, itu kena ingat selalu.
ReplyDeleteTamak dan kedekut beza dengan berjimat cermat. nak ramai kawan kena buang sifat2 tu.
ReplyDeleteyang paling makan dalam kalau kena tikam belakang...mmg sadis...:(
ReplyDeletesikap tu paling tidak disukai sesangat...
ReplyDeletesatu lagi,, kawan yang suka mempergunakan kawan sendiri,, sakit betul hati,,
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteTerima kasih ya. Perkongsian yang bagus ini. Amat di perlukan untuk panduan.
Perkongsian yang menarik, apa yang di atas semuanya mama setuju, jagalah adab dalam berkawan ni, respek satu sama lain..
ReplyDeletesetujuh yang teramat lah. hewhew
ReplyDeletekalau ikutkan memang tak suka..tapi kita doakan moga mereka berubah
ReplyDeleteSikap plastik paling aku benci,ibarat api sekam padi...perghh
ReplyDeletememang semua tu Fiza pun tak suka.. kita pun kene elak wat perangai mcm tu..
ReplyDeletePaling tak suka kawan yang berlagak. Bajet dia sorang je terbaik!!!
ReplyDelete