Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, 26 September 2016

Aqua Pet Malaysia 2016 Himpunan Haiwan Peliharaan

Aqua Pet Malaysia 2016 : Wow bestnya ada event Aqua Pet bolehlah jumpa haiwan yang menarik kat MINES, Serdang, Selangor.


Aqua Pet Malaysia 2016 Himpunan Haiwan


Hari tu pergi event HalalFest hari ni pula pergi event Aqua Pet di tempat yang sama.


Belum masuk lagi dewan dah jumpa anjing2x yang comel dengan banyak karenah dengan tuannya.


Nak masuk dewan Aqua Pet kena bayar RM5 dan akan dipasangkan gelang kertas as a ticket masuk ke dewan Aqua Pet.


Semasa dipasangkan gelang kertas tu abang cina siap tanya member ada kucing tak?  member jawab tak ada kucing, just saja2x datang tengok.




Diri sendiri pun tak terjaga ini kan nak bela kucing. hahaha.



Ada Apa Kat Aqua Pet Malaysia 2016


Bila dah masuk dewan tu memang meriah dengan booth yang jual pelbagai makanan dan barangan untuk haiwan peliharaan. Kita yang tak ada haiwan peliharaan mampu tengok je la booth yang dorang jual.


Pastu ada 2 pertandingan besar dalam dewan ni iaitu pertandingan Kucing dan anjing.


First tengok pertandingan anjing, lawa2x semua anjingnya serupa macam serigala pun ada tengok. Gigih dorang groom-kan anjing dorang nampak comel. Cuma tak berapa faham dengan konsep pertandingan anjing macam mana sebab tengok ada yang kena lari semua. kita pun buat2x fahamla tengok pertandingan tu. haha


Aqua Pet Malaysia 2016 Himpunan Haiwan Peliharaan


Second tengok pula kucing, hampa semua kucing tidur memanjang. Cam nak gegar je sangkar dorang kasi bangun. hahaha. Tak dapat nak tengok gelagat kucing. Takpelah dapat tengok kucing pun jadilah.




[caption id="attachment_5998" align="aligncenter" width="720"]Aqua Pet Malaysia 2016 Himpunan Haiwan Peliharaan Ini antara kucing yang tak tidur.[/caption]

Then tengok pula ikan dengan akuarium yang menarik. Pastu adalah skit haiwan peliharaan lain macam kambing, itik dan exotic lizard.




[caption id="attachment_5995" align="aligncenter" width="720"]Aqua Pet Malaysia 2016 Himpunan Haiwan Sumber gambar dari fb PetWorldMalaysia[/caption]

Paling banyak anjing, kucing dan ikan kat event ni. Tak banyak haiwan peliharaan lain yang ada kat sini kalau nak dibandingkan event Hobby. Masuk je dah kena bayar RM5 tapi apa yang dapat? kucing tidur? haha. tengok anjing.. Siapa yang ada haiwan peliharaan tu bolehlah datang nanti next year kalau event ni buat lagi.