Sunday, 9 March 2014

Spekulasi Kehilangan Pesawat MH370

Berita tergempar pada hari ini pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dikatakan hilang apabila tidak dapat dikesan oleh Pusat kawalan trafik udara di Subang sejak 2.40 pagi menurut laporan. Pesawat MH 370 sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu tempatan. Serama 239 penumpang pesawat MH370 termasuk 14 kru berlainan negara. 

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Pesawat MH370 dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun & memiliki rekod 18,365 jam penerbangan. Menyertai MAS sejak tahun 1981. Seorang pilot yang sangat berpengalaman. Di sebelahnya pembantu pilot, Fariq Ab Hamid berusia 27 tahun. Menyertai MAS sejak 2007. Fariq Ab Hamid mempunyai rekod penerbangan 2,763 jam.

Senarai Penumpang MH370 Mengikut Warganegara


Berikut adalah senarai penumpang MH370 mengikut warganegara menurut laporan MAS.

  • China - 152 dan seorang bayi

  • Malaysia - 38

  • Indonesia - 12

  • Australia - 7

  • Perancis - 3

  • Amerika Syarikat - 3 dan seorang bayi

  • Ukraine - 2

  • New Zaeland - 2

  • Kanada - 2

  • Itali - 1

  • Austria - 1

  • Taiwan - 1

  • Rusia - 1

  • Belanda - 1

Spekulasi Tentang Kehilangan Pesawat MH370


Sejak kehilangan pesawat MH370 dilaporkan, ada spekulasi yang tidak benar dan belum dapat dipastikan lagi dari pihak MAS. Berita spekulasi yang tersebar ialah pesawat MH370 selamat mendarat di Nanning, China akan tetapi menurut pihak Negara china, mereka menafikan dan tidak menerima sebarang laporan dari pesawat MH370.

Tiada laporan rasmi dari mana-mana negara yang terbabit bahawa kapal terbang yang hilang itu disahkan telah terhempas.  Semua negara yang terlibat juga menafikan mereka ada melaporkan berita bahawa kapal terbang yang hilang itu telah terhempas. Kapal terbang yang hilang itu masih lagi dalam status HILANG dalam RADAR = TANPA DIKESAN.

Perdana Menteri memberitahu pencarian akan tetap dilakukan seberapa lamapun ia patut dijalankan. Beberapa buah negara seperti Vietnam, Singapore dan USA turut menawarkan kapal dan pesawatnya untuk membantu mengesan pesawat terbabit. Aktiviti kini giat dilaksanakan bagi mencari pesawat MH370.

Berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga maklumat tepat dari MAS akan diberikan secara umum

Teruskan Berdoa


Sebagai insan yang memerhatikan dari jauh tentang perkembang tersebut berharap agar kita mendoakan yang terbaik buat mangsa pesawat MH370 dan berharap keluarga mangsa tabah menerima dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan dari ALLAH S.W.T.

28 Comments

jom berdoa bersama semoga pesawat dan semua penumpang ditemukan selamat Amin

moga Allah permudahkan semua urusan
amin

Kita doakan yang terbaik semoga semua MH370 masih selamat..

huh memang banyak spekulasi, mengharapkan yang terbaik utk keluarga mangsa #Pray4MH370

semuga ALLAH permudahkan usaha mencari dan ALLAH beri kesabaran kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat

Terlalu banyak spekulasi yang dibuat-buat. Mengharapkan yang terbaik.

Semakin banyak spekulasi menjadikan keadaan semakin huru hara.. kesihan kpd keluarga mangsa.
Sama2lah kita doakan agar dipermudahkan segala usaha pencarian & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi yg tak diduga ini... aamiin..

hanya pada-Nya kita meminta, hanya pada-Nya kita berdoa

Pening jugak dengan kes MH370 ni kan! banyak sangat berita tak pasti...

sabarlah hendaknya.ayuh doakan untuk mereka

Semoga MH370 segera ditemui dan mengharapkan sesuatu yg positif, semuanya selamat...amiin

Ramai sangat pahlawan papan kekunci, penyiasat gaji sendiri n bomoh syok sendiri kat Malaysia nie. Masing-masing nak tunjuk hebat buat andaian bukan2. Kalo kene kat keluarga sendiri baru tau.

Banyak spekulasi yang muncul akbiat daripada banyaknya persoalan dan kurangnya jawapan. Kita hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka.

fuhhh..macam-macam berita sekarang ye..

buat keluarga yang terlibat , memang besar dugaan mereka...huhu

Hanya doa yang mampu kita lakukan untuk mereka. Kehilangan misteri yang hampir memasuki hari keempat...

ko bisa ya pesawat hilang tanpa diketahui rimbanya, apakah tekhnologi sudah tidak mampu lagi melacak keberadaan pesawat tersebut ? memang tak masuk akal...semoga saja pesawat segera diketemukan, kasihan keluarga 2 korban ..

kita berdoa semoga pesawat MH370 di jumpai itu lebih baik dari buat sebarang spekulasi ^_^

kita berserah saja pada Yang Maha Kuasa...

sama-sama kita berdoa semoga mendapat berita yang mengembirakan..

InshaAllah, semakin ada sinar :)

alang2 kita wat solat hajat untuk sendiri..tambah je doa utk mereka kan....

dalam banyak2 kes, kali ni lah yang aku rasa paling susah. paling sedih bila perdana menteri sendiri mengesahkan MH370 mungkin terhempas kat Lautan Hindi tapi masih melakukan pencarian di Laut China Selatan. bukan nak salahkan najib tapi cara kita tangani krisis tu sendiri, cukup lemah.

[…] 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. Seramai 239 penumpang pesawat MH370 termasuk 14 kru berlainan negara yang berada di dalam kapal tersebut. Sehingga kini kapal masih […]

sama-sama kita berdoa semoga mendapat berita yang baik