Ramai orang pasang impian nak pakai braces. Ada yang nak betulkan susunan gigi, ada yang nak senyum lebih yakin, dan ada juga yang sekadar ikut trend. Tapi bila sampai ke klinik gigi, tak semua orang dapat jawapan yang diharapkan. Ada yang terkejut bila doktor kata “tak boleh pakai braces lagi” atau “kena tangguh dulu”.
Persoalannya, kenapa?
Bukankah braces itu untuk rawat masalah gigi?
Hakikatnya, braces bukan rawatan kosmetik semata-mata. Ia melibatkan pergerakan gigi yang besar dan tekanan berpanjangan. Kalau asas mulut terutamanya gusi dan tulang sokongan gigi tak sihat, braces boleh membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.
Di bawah adalah cara penjagaan gusi dan gigi yang betul, terutamanya untuk yang bercadang nak pakai braces atau sedang menjalani rawatan braces.
1. Salah Faham Paling Besar Tentang Braces
Ramai orang fikir:
“Asal gigi senget, pasang braces, selesai.”
Sedangkan dalam dunia pergigian, braces ialah rawatan ortodontik yang memerlukan, gusi yang sihat, tulang sokongan gigi yang stabil serta kebersihan mulut yang konsisten.
Tanpa semua ini, pergerakan gigi boleh jadi berbahaya. Gigi boleh bergerak, ya tapi sokongannya mungkin tak mampu menahan tekanan tersebut.
2. Kenapa Kesihatan Gusi Sangat Penting?
Gusi berfungsi sebagai “tapak sokongan” untuk gigi. Jika gusi meradang, berdarah, atau mengecut:
- Gigi mudah goyang
- Braces boleh mempercepatkan kerosakan sokongan gigi
- Risiko penyakit periodontal meningkat
- Sebab itu doktor gigi selalunya akan rawat gusi dulu sebelum benarkan braces dipasang.
3. Tanda-Tanda Gusi Tidak Sihat (Jangan Abaikan)
Jika anda alami salah satu tanda ini, ia petanda gusi perlukan perhatian:
- Gusi mudah berdarah ketika gosok gigi
- Nafas berbau masam atau busuk berpanjangan
- Gusi nampak merah, bengkak, atau surut
- Rasa ngilu atau tak selesa walaupun tiada lubang gigi
Dalam keadaan ini, braces perlu ditangguhkan dahulu.
![]() |
| Perbezaan antara kesihatan dan masalah gusi gigi. |
4. Cara Penjagaan Gusi & Gigi Sebelum Pakai Braces
- Scaling & pemeriksaan gusi
Scaling bukan sekadar buang karang gigi, tapi bantu kurangkan radang gusi. Kadang-kadang perlu dibuat lebih dari sekali. Biasa 2 kali setahun perlu dilakukan. - Teknik gosok gigi yang betul - Gunakan berus gigi soft / extra soft. Gosok secara lembut, sudut 45° ke arah gusi. Jangan tekan kuat (lebih kuat ≠ lebih bersih)
- Floss atau interdental brush - Ramai skip langkah ini, padahal plak di celah gigi paling mudah buat gusi radang.
- Elakkan rokok & vape - Walaupun tak sakit, rokok boleh “menyorokkan” penyakit gusi dan buat ia jadi kronik
5. Apa Yang Boleh Dibuat Jika Tak Dibenarkan Pakai Braces?
- Fokus rawat gusi dulu
- Ikut jadual scaling & rawatan
- Perbaiki rutin penjagaan mulut
- Beri masa untuk gusi stabil
6. Penjagaan Gusi Semasa Pakai Braces
Braces memang cabaran besar untuk kebersihan mulut, tapi boleh dikawal jika konsisten.
- Berus khas braces - Gunakan berus orthodontic dan Interdental brush (untuk celah bracket & dawai)
- Gosok lepas setiap kali makan - Sisa makanan mudah tersangkut dan jadi punca gusi bengkak.
- Kumur bila perlu (bukan berlebihan) - Kumur antiseptik boleh bantu, tapi jangan terlalu kerap tanpa nasihat doktor.
- Pantau gusi sendiri - Jika gusi mula berdarah berterusan dan bengkak tak surut serta sakit atau rasa tekanan pelik, jumpa doktor awal, jangan tunggu sampai teruk.
![]() |
| Contoh gusi yang sihat dan bermasalah |
7. Kesilapan Biasa yang Ramai Buat
❌ Terus pasang braces walaupun gusi belum stabil
❌ Anggap berdarah itu “normal”
❌ Gosok terlalu kuat sebab takut gigi kotor
❌ Tak buat scaling berkala semasa braces
Ingat: braces ialah rawatan jangka panjang, kesihatan gusi menentukan hasil akhirnya.
8. Braces Bukan Perlumbaan, Tapi Proses Jangka Panjang
Ada orang kecewa bila:
- Kawan boleh pakai braces
- Influencer pasang braces tanpa masalah
- Orang lain nampak “ok je”
Tapi setiap mulut berbeza, keputusan doktor bukan untuk menyekat, tapi untuk elakkan penyesalan jangka panjang.
Kesimpulan Gusi dan Braces
Braces bukan sekadar soal gigi lurus dan cantik. Gusi yang sihat adalah ASAS UTAMA. Jaga gusi dengan betul sebelum dan semasa rawatan braces bukan saja mengelakkan komplikasi, malah memastikan hasil braces lebih selamat dan tahan lama.
Ingat ni, kesihatan gusi lebih penting daripada kosmetik. Kalau gusi sihat, barulah boleh pakai braces tu betul-betul lagi berbaloi. Keputusan doktor bukan menolak tapi adalah perlindungan jangka panjang.

