Wifi Lembab Jadi Laju
Wifi Lembab kerana Jarak Jauh
Sesiapa yang belum baca lagi berkenaan dengan post sebelumnya boleh baca di sini. Memang teruja dapat komputer baru tetapi kalau wifi lembab pun susah juga. Komputer tanpa internet memang membosankan.
Lainlah kalau pengguna itu ada install game berat seperti PES, The SIM dan sebagainya, dapat juga menghilangkan kebosanan tatkala internet tiada. Kalau macam aku ni, baru dapat komputer, software dan game pun tak terpasang lagi.
Dapat 2 komputer, komputer pertama letak di dalam bilik adik aku, komputer yang kedua letak di kedai berhadapan dengan rumah aku. Jaraknya sejauh 10 meter sahaja berhadapan dengan rumah.
Komputer pertama boleh terima wifi tetapi komputer yang kedua ni tetiba lembab dan adakalanya tiada terus.
Penat juga aku mencari punca kelembaban line internet, tak mungkin disebabkan server sebab kalau guna laptop ok je tak ada masalah, jauh tak jauh kelajuan memang sama. Mungkin disebabkan terlalu jauh walhal jauh dalam lebih kurang 10 meter sahaja.
Sampai pergi ke kedai komputer berkali-kali tak juga elok-elok. Siap format komputer. Keputusannya tetap sama.
Selepas itu, aku tanya group-group facebook yang mungkin lebih arif berkenaan dengan IT. Ada yang bagi cadangan pakai modem router yang ada 2 sesungut, ada juga memberikan cadangan supaya memasang signal king dan tak kurang juga kata suruh beli WLAN switch N+.
Terus aku pergi ke kedai komputer lagi sekali bertanyakan tentang masalah sebenarnya dan terus tauke itu mencadangkan router seperti gambar di bawah. Dah berkali-kali aku pergi kedai komputer yang sama. Baru inilah tauke kata ini router Tp-Link terbaik yang boleh tarik wifi yang jauh menjadi laju.
Mula-mula rasa ragu-ragu nak beli tetapi bila tauke kata:
lu beli ini dulu, kalau sama juga boleh trade ini balik ini router.
terus aku beli dengan yakin dan pasang terus di kedai. Harga sebenar RM90, bila minta kurang dapatlah RM80 sahaja. Kecil je pun mahal. Nak tarik wifi punya pasal. Router Tp-Link yang aku beli seperti gambar di bawah.
Cuma sebuah router yang kecil plus comel. Dalam kotak tu ada batang signal, router kecil dan wayar usb yang akan disambungkan kepada komputer. Bila hendak disambungkan kepada komputer, macam biasa kena install driver.
Install pun senang sahaja macam kacang goreng. Klik dan klik and DONE. Dah biasa install guna TP-Link sebab router atau modem wifi pun pakai jenama Tp-Link. Kalau rosak pun beli modem jenama Tp-link juga. Kiranya hanya percaya pada produk Tp-link.
Jadi lepas ni, bolehlah install mana patut yang berguna pada komputer. Antivirus mesti letak kalau tak letak jahanam komputer diserang virus.
Hati pun dah lega memikirkan masalah wifi sudah selesai dan mood nak blogging pun bertambah semangat.
Get notifications from this blog
leh la layan youtube lepas nih. hehe..
ReplyDeletewah saya juga tak bisa bantuin sob, soalnya saya juga tidak mengerti soal jaringan internet, apalagi yang teknologi wireless, semoga saja sih masalahnya cepat terselesaikan, dan koneksi internet kembali lancar lagi
ReplyDeleteteringat dulu masa kerja. bilik tempat kerja saya tak der internet. jadi geng2 lelaki pakat beli benda nih utk 'sebat' wifi dari bilik boss.. huhu~
ReplyDeleteDah laju balik ke bro? Kira ok la tu. Boleh berblog balik.
ReplyDeleteinternet dan komputer tak dapat dipisahkan
ReplyDeleteZaman sekarang klu x de internet, mcm x bersemangat kehidupan kan hehee :)
ReplyDeleteselamat memulakan hari yang baru...
ReplyDeleteohhh...boleh tarik wifi ker guna nie, baru tahu...sure komputer laju ker...? Kalau nak lajukan komputer macam mana sebab saya guna modem TM tapi internet slow sangat nak blogwalking pun lambat.......
ReplyDeleteMurah juga harganya tu,mesti prestasi baik punyer
ReplyDeletePreatasi setakat ni sangat memuaskan.
ReplyDeleteyah! semangat membara.
ReplyDeletememang tak bersemangat. Macam tak ada kerja kalau internet tak ada walhal boleh je buat aktiviti lain.
ReplyDeleteMemang tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing. haha
ReplyDeleteDah laju balik, memang puas hati. Senang hati untuk berblog.
ReplyDeletewow!, kalau bos tau mesti mengamuk..benda lama bila dikenang balik seronok juga kan?..
ReplyDeleteMasalah wireless sudah selesai..
ReplyDeletebukan youtube je bro banyak lagi web boleh dilayari.
ReplyDeleteYah! itulah fungsinya, memang laju ikut package Internet yang dibeli. Internet slow mungkin ada masalah server dan cuba telefon pihak TM kenapa internet lambat ataupun mungkin saudara mengambil package yang paling bawah sekali iaitu low punya.
ReplyDeletebrand tp-link nih ok ke?
ReplyDeletesaya selalu pakai yang d-link tu...reliable jugak brand dia...
satu kelebihan ada wifi laju ialah urusan blogging lebih lancar
ReplyDeleteEntri terkini saya Misi 'Do Or Die' Dalam Blogwalking
Yeah... nak blogging pun happy kan bila line tenet lancar je kan.....
ReplyDeletemod blogging pun kembali kan..hu3
ReplyDeletemcm repeater je benda ni.hehe. ataupun mcm reciever. kat sekolah pakai benda ni la.hehe
ReplyDeleteBoleh blogwalking dengan penuh bergaya bila wifi dah laju..
ReplyDeleteWaaaaaaa...berdesup2 la laju internet lps ni bro!!
ReplyDeleteP/s: mak pun pernah gak alami masalah gini / xdpt connection internet tp mak gunakan jenis mcm pendrive. cap top link ni la jugak..
owh, macam pendrive Tp-link. Itu saya tahu. Saya pun pernah pakai dulu.
ReplyDeleteBolehla selalu berblogwalking.
ReplyDeleteAku pun tak tahu sebenarnya tapi aku agak macam reciever..
ReplyDeleteNak blogging senang hati.
ReplyDeleteInternet lancar, hati pun senang.
ReplyDeleteYah! betul tu.
ReplyDeleteD-link pun saya pernah dengar, tp sebab masa dulu beli tp-link jadi sampai sekarang pun beli tp-link.
ReplyDeletetu dia...mesti berdesup lepas ni..
ReplyDeletekecil jer...mmg sonanglah!
Dah agak pasti masalah dy adlh wireless adapter.
ReplyDeletekecil tapi berbisa.haha
ReplyDeletebaru jugak tukar brand TP link nie..Tapi yg warna putih tu...hehehehe...
ReplyDeletesy suka dgn wifi skrg nie...bebas nak duduk kat mana jerk dalam rumah tu..
seonok kalo ada wifi boleh kemana-mana berbanding guna yang wayar.
ReplyDeleteyups, masalah memang boleh diselesaikan
ReplyDeletetahniah
Uiks... simple jer solution dia! Tak pernah terfikir sampai kena tambah perkakas untuk lajukan wifi. Terima kasih atas tips!
ReplyDeleteYap, betul! setiap masalah ada penyelesainnya.
ReplyDeleteMemang simple je, beli router kecil ni INSYA ALLAH, selesai masalah wifi.
ReplyDeleteok.. baru tau benda alah ni..
ReplyDeleterouter paling femes dan biasa org guna memang jenama TP link..
bagus tuh..
Assalam.
ReplyDeleteYa. Bila internet sudah laju , berblog tentunya penuh semangat.
Bilalah internet saya ni nak berdesup :(
settle sudah masalah... apa lagi... terjah menerjah..hehe
ReplyDeleteWoik, kawe pun pakai bende ni jugak. Memang ada kesan betul dan ketara di rumah dua tingkat. Pelaburan yang baik ehhh...
ReplyDeletemmg femes, agak slow pastu jauh dari router boleh pakai benda ni.
ReplyDeletehaha, langgan lah internet yg laju.
ReplyDeletepakai router ni tuk lajukan broadband leh ke? haha
ReplyDeletepatutlah sekarang ni nampak mcm bersemangat jer blogging..kes tplink ni la..hahaha..
ReplyDeletesaya dulu beli tplink yg putih tu kecik lagi dari ni. tarik signal memg kuat tapi slow jugak. sebab wifi kampus sendiri dah memang lembab. lagi plak dak2 ni pakai tarik wifi yg antena besar giler tu memang kalah la. haha
ReplyDeletewifi dan internet adalah nyawa bagi blogger..
ReplyDeleteGreetings admin
ReplyDeleteI like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference . I hope others can feel the same benefits as me I will wait for your next article updates. Thank you for sharing