Showing posts with label Thor. Show all posts
Showing posts with label Thor. Show all posts

Thursday, 7 November 2013

Pertarungan Hebat Dalam Filem Thor - The Dark World

Nampaknya filem Thor - The Dark world sudah pun berada di pawagam Malaysia sejak 1 Oktober 2013 yang lalu. Aku tidak terkecuali untuk mengambil peluang ini untuk menonton filem ini di panggung wayang di aeon Melaka.

Tidak menyangka bahawa filem Thor ini akan mempunyai kesinambungannya ke Thor 2 iaitu The Dark World. Mari kita sama - sama melihat apa yang bestnya pada filem Thor - The Dark World kali ini.

Sinopsis Thor - The Dark World


Pada kali ini Thor (Chris Hermsworth) berjumpa sekali lagi dengan kekasihnya Jane Foster (Natalie Portman) yang berada di bumi setelah 2 tahun tidak berjumpa serta membawa pulang Kekasihnya dan melindunginya dari serangan Malekith (Christopher Eccleston)

Malekith telah sedar dari tidur setelah Jane Foster menjumpai benda yang berwarna merah yang sebenarnya hak milik musuh yang sungguh berkuasa dan benda tersebut telah menyerap ke badan Jane foster.

Malekith kini yang telah bangkit dari tidur berusaha untuk mendapatkan benda yang berwarna merah yang ada di dalam badan Jane Foster dengan memusnahkan beberapa tempat di istana Asgard.

Demi melindungi Jane Foster, Pemaisuri Asgard iaitu ibu kepada Thor telah mati ditikam oleh Malekith.

[caption id="attachment_1022" align="aligncenter" width="379"]Thor - The Dark World Sumber gambar dari sciencefiction.com[/caption]

Rokok Paling bahaya di dunia


Setelah melihat Asgard semakin lemah, maka thor telah memikirkan rancangan di mana rancangan tersebut memerlukan Loki (Tom Hiddleston) untuk berkerjasama dan pada masa yang sama perlu menderkaha kepada ayahandanya.

Adakah perancangan Thor berjaya untuk menumpaskan Malekith? dan Adakah Loki yang telah melakukan jenayah yang paling besar sebelum ini boleh dipercayai untuk bekerjasama?

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam yang berdekatan untuk mengetahui jawapannya.

Filem Review Thor - The Dark World


Sememangnya filem dari Marvel Studio tidak pernah mengecewakan dari filem Captain America, Iron Man, The Avengers termasuklah filem Thor sendiri.

Hollywood bila menghasikan satu filem yang memerlukan CGI atau pun secara digital sememangnya menjadi dan tidak nampak seaakan-akan seperti kartun.

Antara babak--babak yang menarik sekali ialah apabila Dr Eric dengan berbogel telah melakukan kajian di tempat kejadian pada filem Thor yang pertama, Loki bergurau dengan Thor dengan menukar fizikalnya menjadi Captain America, serangan puak-puak Malekith ke atas Istana Asgard dan banyak lagi babak-babak menarik.

[caption id="attachment_1021" align="aligncenter" width="600"]Thor - The Dark World Adakah loki benar-benar memberikan kerjasama dalam menentang Malekith?
sumber gambar dari sciencefiction.com[/caption]

Pelakon semua sama cuma penambahan watak yang membawakan watak secara antagonis seperti Malekith bersama puak-puaknya.

Jalan cerita pula senang difahami dan secara keseluruhannya untuk filem ini sangat berpuas hati. Filem ini kalau korang tidak pernah menonton Thor yang pertama dan filem The  Avengers  pun tidak mengapa kerana tidak ada babak flash back yang memerlukan kita untuk mengingati kembali. Hanya perlu ingat Loki telah melakukan jenayah itu sahaja sudah cukup.

4.5/5 bintang untuk diberikan pada filem ini.