Tuesday, 24 September 2013

Apa Yang Hebatnya Samsung Galaxy Note 3?

Sebenarnya sudah lama nak post berkenaan dengan galaxy note 3 selepas perlancaran galaxy note 3 tapi banyak pula halangan.  Ada je idea datang nak tulis pasal benda lain selain galaxy note.

Jadi hari ini tak ada benda nak post, jadi aku kongsi sedikit pasal galaxy note 3 yang aku tahu. Kenapa aku nak ambil tahu pasal galaxy note 3 pulakan? Aku pengguna Galaxy Note 1 sah-sah aku kena ambil tahu pasal galaxy note 3. Best ke tidak galaxy note 3 ni, nak tahu juga apa yang bestnya pada galaxy note 3.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Sambil-sambil itu boleh tambah pengetahuan sedikit pasal perkembangan Samsung. Meh tengok dulu gambar galaxy note 1 di bawah. Bukan aku beli, tapi mak aku yang baik hati telah menghadiahkan galaxy note 1 pada aku dengan menggunakan package DiGi masa itu.

Apa yang bestnya pada galaxy note 3 ini? 


Berdasarkan pemerhatian aku setelah memerhatikan mereka yang mereview pasal galaxy note 3 ni, aku boleh simpulkan reka bentuk sudah kembali kepada galaxy note 1, itulah yang aku suka berbanding reka bentuk galaxy note 2 yang tidak menarik untuk dilihat.



Kebesaran pula tidaklah terlalu besar sehingga melebihi 6 inci setakat hanya 5.7 inci sahaja berbanding galaxy note 1 dengan 5.5 ini. Kira sedaplah dipegang Note 3 ni. Galaxy note 3 dikatakan lebih ringan berbanding Samsung Galaxy note sebelumnya..

Samsung galaxy note memang tidak sah kalau tak ada S-pen begitu juga dengan note 3 dengan s-pen yang lebih menarik.  Dengan s-pen akan terkeluar air command dengan 5 ciri iaitu scrapbook, action memo, screen writer, s-finder dan pen window. Setiap ciri-ciri tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri. Perkara yang memang tidak ada pada galaxy Note 1.

More multitasking, bermaksud kita boleh buka beberapa app dalam satu masa. Kalau pada galaxy note 1 hanya boleh buka 2 app dalam satu masa tapi galaxy note 3 boleh buka lebih dari 2 app dalam satu masa. Hebatkan?.  Tapi aku jarang guna multitaksing ni.

Harga dikatakan sekitar RM2399. Mahal tak mahal note 3 ni. Nak murah beli package Digi dengan harga RM13++  siap pecuma Galaxy Gear. Mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Satu je kekurangan pada semua galaxy note ialah Speaker. kalau speaker macam Samsung Gt-3303. Memang terbaik!

Untuk mengetahui Info lanjut tentang Galaxy Note 3 boleh klik sini -> Spesifikasi Galaxy Note 3

Kenapa Suka Phablet?

Bila Note pertama dilancarkan mata aku dah bersinar-sinar dengan kecantikan galaxy note 1. Bila mata aku selalu bersinar-sinar dengan iklan galaxy note 1 sampai tempias cahaya kat mak aku terus mak aku belikan galaxy note untuk aku. Baikkan? Beli menggunakan Package Digi memang murah.

Aku suka phablet sebab tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, puas kot tengok dan tangan aku besar jadi kena pegang phone yang besar. Taip mesej kat galaxy note pun senang tak banyak typo berbanding sebelum ni aku guna samsung galaxy Gt-3303 yang kecil sangat plus comel.

Nak beli galaxy Note 3, kena fikir-fikir balik tapi kalau ada orang nak belanja aku note 3 ok je. Mimpi lebih siot aku!.

56 Comments

kalau saya sendiri sudah punya samsung galaxy tab 2 sob kiriman rekan saya yang bekerja di malaysia sama ponsel HTC One

Memang menarik spec Note III ni. Tapi tang harga tu yang fikir berpuluh kali nak beli. Haha

jeles plak tengok orang ada handset besar-besar nih. hehe

barang baru keluar mesti hebat..bila ada lama di lupakan.

Assalam. Belum pernah guna sebarang Galaxy's. Tapi mestilah best..
Canggih-canggih tu :)

begitu juga dengan khidupan kan?..hehe,

INSYA ALLAH , ada rezeki dapat juga tu..

Telefon pintar keluaran Samsung memang berbaloi untuk dibeli. Tapi sedar-sedar jer dah keluar model baru. Cepat betul kemajuan teknologi.

aku bukan tauke, pg minta kat kedai tauke smartphone

Memang takkan terbeli, kalo nak beli pun tggu harga jatuh..

Teknologi sekarang dah laju macam ribut..

phone phaplet ni aku x pernah pakai lagi

penggunaan s pen tu nampak best, mudah nak guna.

WAH....bestnya mak bagi samsung galaxy lagi....saya anak bagi blackberry Bold sebelum di training di PUSASDA.....

setuju bro. sekarang makin kembali kepada style besar balik.hehe

bolehlah minta suami utk hadiahkan besday nanti...hehehehe

Idaman aku ni.....senang nak update blog

ada duit lebih boleh beli terus, aku yg pakai galaxy note 1 pun tak pernah update blog pakai phone.

biasa2 jer note 3 nie..
xdek yg menarik.
tp kalu nk upgrade dr note 1 ke note 3 mmg berbaloi ler.
hehe..

Hehe..belum sempat nak merasa..1,2 dan 3 semuanya belum rasa kehebatan..hehe

Note 3 ni memang biasa je cuma tambah ram dan yg lain2x je.

tak terkejar dengan kecanggihan handphone mahupun tablet sekarang nih...

Mmg tak terkejar dgn produk samsung nih..!! Dlm koleksi mak setakat ni mak guna 3 galaksi so, tak terasa nak pakai yg baru lg. So, tgk ajelah ni....*pdhal xde duit* Ahahaha..

Woww lama nak angkat tepon ni.. huhuhu sekali tu Iphone pun keluar jugak.. ntah la, ada budget ..

untungla sama kamu punya teman di malaysia belikan Samsung galaxy tab...

penat nak kejar gadjet dah pakai je yg mane ade huhu

kurang berkenan dengan produk samsung galaxy..kat rumah dah banyak alat elekronik jenama Samsung

wahh hebatnya.. boleh beli nie :) kalau ada duit lebih

Suami pengguna note 2. Setakat ni tak pernah mendatangkan masalah. Jangan dia nak tukar note 3 sudah la hehehh.

Saya dah jatuh hati dgn S4. so phone mana2 pun dah tak pandang.

den dapat je komisyen memang terus angkat ini note :D

hehe, S4 pun nampak menarik harap apa yang diimpikan tercapai.

ada duit lebih, angkat je terus kalo berkenan.

Pandangan masing-masing terhadap samsung, ada yang suka ada yang tidak. Mana ada benda yang sempurna kan?

Takpe, rehat dulu hilangkan penat dulu. hehe

ada budget belilah mana yang berkenan.

haha, tak ada duit hanya mampu tengok produk baru kuar macam saya.

kebetulan aku sekarang pakai tablet galaxy note 8 inchi, jadi pengen coba pake galaxy note 3...

nak angkat macam mana..rezeki belum ada yang lebih lagi..haha

untung dapat mak hadiahkan smartphone...huhu
tapi memang orang kata note 3 lagi best daripada note 2
saya penyokong tegar sony...huhu

Benda baru mesti hebat...sony pun tak kurang hebatnya, kalis air.

tetap ketengahkan pad tu hee... touch . kita ada satu tapi tak tahu guna anak guna main game hua..

tak apa kita masih ada masa untuk kumpul wang jadikan semangat ya bro

jeles plak tengok orang ada handset besar-besar nih. hehe

Saya da guna da note 3.best..

Bestkan, Banyak improve dari note yang sebelumnya. :)

biasa2 jer note 3 nie..
xdek yg menarik.
tp kalu nk upgrade dr note 1 ke note 3 mmg berbaloi ler.
hehe..
shark telah update entry terbaru–>lelaki dayus !

Kebetulann nak cari HP baru...nice info.

semoga dapat membuat pilihan dengan tepat. :D