√ Pertarungan Hebat Dalam Filem Thor - The Dark World - Adarain

Pertarungan Hebat Dalam Filem Thor - The Dark World

Nampaknya filem Thor - The Dark world sudah pun berada di pawagam Malaysia sejak 1 Oktober 2013 yang lalu. Aku tidak terkecuali untuk mengambil peluang ini untuk menonton filem ini di panggung wayang di aeon Melaka.

Tidak menyangka bahawa filem Thor ini akan mempunyai kesinambungannya ke Thor 2 iaitu The Dark World. Mari kita sama - sama melihat apa yang bestnya pada filem Thor - The Dark World kali ini.

Sinopsis Thor - The Dark World


Pada kali ini Thor (Chris Hermsworth) berjumpa sekali lagi dengan kekasihnya Jane Foster (Natalie Portman) yang berada di bumi setelah 2 tahun tidak berjumpa serta membawa pulang Kekasihnya dan melindunginya dari serangan Malekith (Christopher Eccleston)

Malekith telah sedar dari tidur setelah Jane Foster menjumpai benda yang berwarna merah yang sebenarnya hak milik musuh yang sungguh berkuasa dan benda tersebut telah menyerap ke badan Jane foster.

Malekith kini yang telah bangkit dari tidur berusaha untuk mendapatkan benda yang berwarna merah yang ada di dalam badan Jane Foster dengan memusnahkan beberapa tempat di istana Asgard.

Demi melindungi Jane Foster, Pemaisuri Asgard iaitu ibu kepada Thor telah mati ditikam oleh Malekith.

[caption id="attachment_1022" align="aligncenter" width="379"]Thor - The Dark World Sumber gambar dari sciencefiction.com[/caption]

Rokok Paling bahaya di dunia


Setelah melihat Asgard semakin lemah, maka thor telah memikirkan rancangan di mana rancangan tersebut memerlukan Loki (Tom Hiddleston) untuk berkerjasama dan pada masa yang sama perlu menderkaha kepada ayahandanya.

Adakah perancangan Thor berjaya untuk menumpaskan Malekith? dan Adakah Loki yang telah melakukan jenayah yang paling besar sebelum ini boleh dipercayai untuk bekerjasama?

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam yang berdekatan untuk mengetahui jawapannya.

Filem Review Thor - The Dark World


Sememangnya filem dari Marvel Studio tidak pernah mengecewakan dari filem Captain America, Iron Man, The Avengers termasuklah filem Thor sendiri.

Hollywood bila menghasikan satu filem yang memerlukan CGI atau pun secara digital sememangnya menjadi dan tidak nampak seaakan-akan seperti kartun.

Antara babak--babak yang menarik sekali ialah apabila Dr Eric dengan berbogel telah melakukan kajian di tempat kejadian pada filem Thor yang pertama, Loki bergurau dengan Thor dengan menukar fizikalnya menjadi Captain America, serangan puak-puak Malekith ke atas Istana Asgard dan banyak lagi babak-babak menarik.

[caption id="attachment_1021" align="aligncenter" width="600"]Thor - The Dark World Adakah loki benar-benar memberikan kerjasama dalam menentang Malekith?
sumber gambar dari sciencefiction.com[/caption]

Pelakon semua sama cuma penambahan watak yang membawakan watak secara antagonis seperti Malekith bersama puak-puaknya.

Jalan cerita pula senang difahami dan secara keseluruhannya untuk filem ini sangat berpuas hati. Filem ini kalau korang tidak pernah menonton Thor yang pertama dan filem The  Avengers  pun tidak mengapa kerana tidak ada babak flash back yang memerlukan kita untuk mengingati kembali. Hanya perlu ingat Loki telah melakukan jenayah itu sahaja sudah cukup.

4.5/5 bintang untuk diberikan pada filem ini.

Get notifications from this blog

44 comments

  1. tak pernah tengok lagi hurm...masa sekarang agak terhad huaa

    ReplyDelete
  2. Hebat. Saya memberi bintang kepada Jodie Foster yang sememangnya stars.

    Suka Jodie Foster. Terutama semasa di dalam Panic Room pada 2002.

    ReplyDelete
  3. Huhu.. Maaf, salah 'orang' ya :/
    Obses sangat dengan 'Jodie' berbanding 'Jane' ..huhuhu

    Jane Foster .. not.. Jodie Foster
    :/

    ReplyDelete
  4. teringin nak tengok filem ni.. belum ada kesempatan lagi

    ReplyDelete
  5. tunggu dia masuk TV baru tengok hehehe

    ReplyDelete
  6. rasanya dah lebih 20 tyahun tak nonton wayang....nostalgia

    ReplyDelete
  7. kalau dulu den tengok filem superman macam goku vs vegeta. ni den tengok thor dah macam star wars vs tlotr :D

    ReplyDelete
  8. Banyak gak bintang yang bro berikan..jehe..saya belum tengok lagi em..bila lah ada peluang nak tengok ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Macam best..tunggu DVD je la kot (semestinya yang ori)...susah nak bawak anak sekali...

    ReplyDelete
  10. sepertinya film ini santa bagus mas, kalau dilihat pakaiannya bernuansa klasik modern

    ReplyDelete
  11. loki memang licik. gua suka. berbakat untuk jadi blogger. haha..

    ReplyDelete
  12. haha, imaginasi tinggi ni..bila sebut tlotr ni tak sabar pula tunggu filem the hobbit pula..

    ReplyDelete
  13. lama juga tu, memang nostalgia tu.

    ReplyDelete
  14. nak tunggu masuk tv tu lama tu, baik beli dvd ni nanti..hehe

    ReplyDelete
  15. best filem ni..tengok jangan tak tengok

    ReplyDelete
  16. haha, tak apa walaupun saya tak tahu siapa jodie foster ni..

    ReplyDelete
  17. Jikalau ada masa yang terluang bolehlah menonton filem ni.

    ReplyDelete
  18. memang best filem ni sebab tu banyak. hehe

    ReplyDelete
  19. Loki memang licik habis..susah nak jumpa orang macam ni..

    ReplyDelete
  20. memang sangat bagus dan menarik! Tak rugi tengok.

    ReplyDelete
  21. nak sangat tengok filem ni tapi belum berpeluang

    ReplyDelete
  22. esok baru den dan wife nak dating berdua tengok citer Thor nih...=)

    ReplyDelete
  23. Teknologi CGI sekarang dah makin canggih. Mana satu special effect, yang mana satu betul pun kita dah susah nak detect.

    ReplyDelete
  24. aku suka watak hitam tu..hahahahahhaaaa

    ReplyDelete
  25. macam best je citer nie.. Tak sempat lagi nak tengok

    ReplyDelete
  26. Macam bestlah citer thor ni..

    ReplyDelete
  27. Pengen banget nonton film ini, sayangnya blm kesampaian smp sekarang..baca sinopsis diatas jadi tambah pengen nonton euy....

    ReplyDelete
  28. filem wajib tengok dengan anak2...

    ReplyDelete
  29. sgt best ini cerita...! aku suda tgk

    ReplyDelete
  30. Belum tengok lagi cerita ni. Tengok dari trailer memang best.

    ReplyDelete
  31. bestkan...paling sempoi loki..

    ReplyDelete
  32. memang kena tengok dengan keluarga baru seronok..

    ReplyDelete
  33. kalau ada masa boleh pergi menonton..

    ReplyDelete
  34. Belum kesempatan nk tengok, tp mmg nk tengok nnti.. T kasih diatas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  35. aku pun suka Thor 1 jadi mmg tunggu la nk tengok Thor 2 ni

    ReplyDelete
  36. Thor 2 ni pun boleh tahan best sama macam thor 1

    ReplyDelete
  37. filem yg diangkat dari komik memang dah ada peminatnya..lagipun watak2 tu mmg dah dikenali termasuklah thor..x susah nak dpt untung..tambah pulak dgn bantuan CGI skrg nih..memang meletop laa filem nya...hehe

    ReplyDelete
  38. sepertinya ini film yang bagus tapi sayangnya saya jarang sekali nonton film di bioskop

    ReplyDelete
  39. Loki mmg takut dgn Hulk sbnarnya..hehe

    ReplyDelete
  40. Thor ni memg besz...tengok iklan aje pun bez dahhh...

    ReplyDelete
  41. saya suka sekali film ini actionnya sangat bagus

    ReplyDelete