The Planet of the Apes sudah pun berakhir dengan movie yang terbaru iaitu War for the Planet of the Apes yang boleh aku katakan antara ending trilogy yang terbaik. Bermula dengan Rise kemudian Dawn dan disudahi dengan tajuk War.
Kalau korang peminat movie ini memang kena tengok
Sinopsis Movie War for the Planet of the Apes
Mengisahkan Caesar bersama sekumpulannya merancang untuk berpindah ke tempat lain yang lebih jauh dari gangguan manusia.. Tapi perkara yang dirancang tak selalunya menjadi gara-gara manusia yang selalu memburu dan membunuh beruk lagi-lagi Caesar selaku ketua beruk yang banyak mempengaruhi pengikut-pengikutnya.
[caption id="attachment_7168" align="aligncenter" width="720"]
Bertambah marah si Caesar ni terhadap manusia apabila anak dan isterinya dibunuh oleh kolonel. Dan sejak dari itu dendam dengan manusia semakin membuak-buak...Namun Caesar menyuruh sekumpulannya ke tempat yang lebih selamat manakala dia sendiri ingin membalas dendam terhadap seorang manusia ini yang telah membunuh keluarganya..
Tapi akibat dendamnya telah memakan diri sendiri.. Sebab apa? korang tengoklah sendiri... tak nak bg banyak spoiler...
Ulasan War for the Planet of the Apes
Movie ini jalan ceritanya lama lebih kurang 2 jam setengah... cerita penghujung kenalah buat cerita lama... walaupun cerita ini jenis yang serius tapi ada diselitkan babak klakar dari beruk yang namanya Bad ape... macam mana dia dapat nama tu korang kena tengok sendiri... tapi endingnya tu buat korang melelehlah.. siapkan tisu siap2x...
Bagi aku cerita ini best antara movie francais yang terbaik dan endingnya cukup buat korang puas dengan kesudahan yang disajikan. Tiada tanda-tanda movie ini akan ada sambungan kalau tengok movie ending ini.. yg penting aku puas dengan ending ini..
Movie ini juga banyak dengan bahasa isyarat beruk dan hanya beberapa beruk je yang pandai cakap... so ada scene tu memang senyap dengan bunyi beruk tak adalah krik2x sangat.. dah nama pun movie beruk.. haha
Bayangkan perjuangan selama ini untuk lari dari kekejaman manusia akhirnya dapat kedamaian yang diinginkan.. bukan satu benda yang senang...
Movie ini juga mengajarkan kita untuk tidak mementingkan sendiri dan mengabaikan orang lain demi kepentingan untuk membalas dendam atau mendapatkan sesuatu ke arah keburukan..