Tegar Dengan lag Pantaskah Syurga Untukku
Siapa yang tidak kenal dengan Tegar yang popular dengan lagunya terkini iaitu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Lagu tersebut bukan sahaja popular di Indonesia malah Malaysia juga turut terkena tempias dengan lagu tersebut yang selalu berkumandang di radio - radio popular Malaysia.
Tegar - Pantaskah Syurga Untukku
Sedang leka membaca status rakan-rakan di facebook, tetiba terlihat ada orang share video klip buatan sendiri bukan official punya dari Tegar - Pantaskah Syurga Untukku. Terus buka video klip dan cuba mendengar lagu tersebut.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Dengar lagu terbaru dari Tegar - Pantaskah Syurga Untukku buat kali pertama, terus sudah melekat di telinga di tambah pula lirik dan melodi yang sangat sedap dan mendalam sekali.
Cuba perhatikan lirik tersebut dari Tegar - Pantaskah Syurga Untukku
Mengapa begitu berat
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo
Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo
Gema azan Subuh, aku lelap tertidur
Gema azan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema azan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah syurga untukku
Gema azan Subuh, aku lelap tertidur
Gema azan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema azan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah syurga untukku
Gema azan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan
Bila kita tengok lirik tersebut memang sangat tersentap sedikit dan mula tertanya-tanya apa yang kita buat pada masa itu iaitu ketika azan berkumandang. Adakah kita terus menunaikan solat selepas azan berkumandang atau kita menangguhkan solat ataupun kita tidak solat terus.
Adakah kita setiap hari membaca Al-Quran?Adakah kita cuba benar-benar meluangkan masa untuk membaca Al-Quran atau sibuk dengan hal duniawi.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa banyak sekali orang yang membaca Al-Qur’an, namun Al-Qur’an melaknatinya. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).
Jangan terkejut jika Al-Quran pada akhirat nanti tidak memberi syafaat kepada kita gara-gara kita mengabaikan Al-Quran semasa kita di dunia.
“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).”
[ Al-Anbiya’, 21:1]
Peringatan sebenarnya untuk diri kita bersama yang selalu leka dengan dunia yang sementara. Minta di jauhkan dari tergolong ke dalam orang yang lalai.
Get notifications from this blog
Semakin minat plak saya kat adik tegar ni. Hehehe
ReplyDeleteYa Allah bantulah kami hamba-hamba Mu yang lemah ini.
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lekaurusandunia_abaisolatfardu/Article
sungguh kena lirik lagunya ini...kritikan terus..untuk menyedarkan
ReplyDeleteBagus lirik ni. Mmg dekat dgn cara hidup kita. Moga2 yg terkesan tu cepat2 la berubah. Dunia bukan segala2nya. Semua yg kita kejar & miliki di dunia ni akan kita tinggalkan bila sampai masanya. Akhirat jua destinasi kita.
ReplyDeletesama-sama kita ambil teladan yang baik dari lirik lagu ni..
ReplyDeletetak dengar lagi lagu nih..gi youtube jap.
ReplyDeleteEmm tak pernah dgr lagi lagu ni..kena dgr ni..hehe..saya rasa makin jatuh cinta jer lepas dgr lagu aku yang dulu tu..hehe
ReplyDeletelagu terbaru ni memang sedap.
ReplyDeletedengar jangan tak dengar
ReplyDeletebetul tu, jarang artis-artis buat lirik berbentuk ketuhanan.
ReplyDeleteAMIN~
ReplyDeletelagu dari tegar memang sedap.
ReplyDeletelirik dan melodi memang kena..
ReplyDeleteLirik lagu sebagai peringatan & berpesan2 utk kebaikan.. Salam Aidil Adha Bahrain :)
ReplyDeletetak pasti pernah dengar atau tidak , jap lagi den try dengar...
ReplyDeleteMemang bagus sungguh lirik lagu tu. Memberikan peringatan dan menimbulkan pertanyaan. Teringin pulak dengar irama lagunya.
ReplyDeletecuba dengar memang sedap.
ReplyDeletelirik yang cukup mendalam maknanya.
ReplyDeletemula2 dengar saya tak dapat nak tangkap lagu nie. tapi lirik dia btul-betul menginsafkan
ReplyDeleteAku suka dgn lagu2 tegar, dia bermula dr orang susah hingga menjadi popular skrg ini...respect!
ReplyDeletedah dengar dan lagu ini awesome. Double thumb up :)
ReplyDeleteketika saya mendengar lagu ini, saya sampai bisa menangis, saya tersedar, saya jarang dan hampir tak pernah baca Al Qur'an, lagu ini sangat menginspirasinya untuk melakukan perubahan, makasih sharingnya sob bahrain
ReplyDeletememang awesome! lirik yang penuh mesej.
ReplyDeleteSama-sama. Semoga lagu ini dapat memberi satu peringatan buat diri kita agar terus mengingati ALLAH S.W.T
ReplyDeletebudak-budak sekolah memang tengah suka layan lagu budak tegar nih..
ReplyDeleteden tak berapa layan sangat budak ni. tapi lirik lagu ni bagus la
ReplyDeletelirik lagu nih dia punya maksudnya sangat bagus sekali ya.. bisa kita ambil iktibar???
ReplyDeletememang cukup syahdu liriknya...
ReplyDeletekisah hidup tegar pun cukup menarik
Memang sangat bagus dan menarik. Dan patut dicontohi kepada artis lain supaya membuat lagu yang berbentuk kerohanian.
ReplyDeleteBagus jugak lirik lagu ni ye. Kena try dengar jugak ni.
ReplyDeletememang syahdu lagu nie, memang kena dengan liriknya.
ReplyDeleteSamaada suka atau pun tidak suka, itulah kenyataannya. Pertanyaan yang membuatkan kita malu untuk menjawabnya. Jom join kontes pengucapan awam anjuran Kelab Pidato Perdana. Entri ada di blog saya.
ReplyDeletememang layan sangat citer nie.. sayu rasa hati
ReplyDeleteMak ni ketinggalan sunggh!! Tak pernah dgr lagi lagu ni but mmg sini sana kata sedap ya..
ReplyDeleteaku dgr skrg jugak, dan aku suka
ReplyDeleteMemang sedap, rugi tak dengar.
ReplyDeleteLagunya memang sangat menyentuh, semoga lagu ini bisa menjadi pengingat kita untuk tetap menjalankan ibadah
ReplyDeletemau donlod dulu ah :D
ReplyDeleteTertengok si Tegar ni di rancangan Meletop.. aktif jgk budaknya.. tapi yg buat sy rasa budak ni bagus kerana bila diberi peluang oleh Nabil untuk beri ucapan, "Solat jangan tinggal." Itu pesanan dia..
ReplyDelete