Showing posts with label best tak movie warcraft. Show all posts
Showing posts with label best tak movie warcraft. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

Movie Warcraft Best Ke Tak?

Movie Warcraft antara movie yang ditnggu2x oleh peminat game tersebut dan apabila telah ditayangkan ramai yang kata tak best cerita ni berdasarkan status di-twitter.


Betul ke tak best cerita ni?  Nak tahu ak kena tengok sendirilah jawabnya kadang2x review orang bukan boleh percaya sangat.


Sebelum tu tengok sinopsis dulu. :D


Movie Warcraft



Sinopsis Movie Warcraft


Dunia Orc semakin tenat dan puak Orc cuba mencari tempat baru untuk puak orc berkembang. Dengan bantuan Guldan seorang ahli sihir hitam yang mampu membuka portal ke dunia lain iaitu dunia manusia Azeroth dengan menyedut nyawa yang dijadikan sebagai kuasa.




[caption id="attachment_5747" align="aligncenter" width="720"]Guldan Warcraft guldan[/caption]

Orc telah menghuru-harakan keadaan dunia Azeroth menyebabkan Sir Anduin Lothar meminta bantuan Penjaga yang mempunyai Ahli Sihir yang hebat iaitu Medivh. Namun, Medivh telah dipengaruhi oleh kuasa hitam Guldan menyebabkan Khadgar yang juga Ahli sihir cuba untuk menyelesaikan masalah kuasa hitam yang ada pada Medivh.

Dalam pada masa yang sama, Daruton yang merupakan ketua puak Orc tidak begitu senang dengan Guldan yang menyalahgunakan kuasa hitamya dengan membunuh sesiapa yang tidak bersalah serta merosakkan alam sekitar dan cuba berhubung dengan King Llane Wrynn dan Sir Anduin Lothar atas bantuan Garona untuk menjatuhkan kuasa Guldan.




[caption id="attachment_5748" align="aligncenter" width="720"]Daruton Warcraft Daruton[/caption]

Garona yang merupakan dari puak Orc menjadi tahanan Sir Anduin Lothar namun berpihak kepada manusia dengan menentang puak Orc sendiri.


Satu pertempuran di mana Ganora dan king Llane Wrynn telah dikepung oleh puak orc dan Garona bertindak membunuh King Llane Wrynn sendiri. Menyebabkan Garona dibenci oleh Sir Anduin Lothar sendiri.


Kenapa Garona bunuh raja rakan seperjuangannya sendiri? Adakah Garona dah berpaling tadah dengan dunia manusia?



Review Movie Warcraft


Hairan betul macam dorang boleh cakap movie ini tak best sedangkan bagi aku sendiri movie ini memang awesome yang ditayangkan selama 2 jam 30 minit.


Dengan CGI yang power, kuasa yang hebat serta pertemburan yang best antara orc dan manusia. So memang boleh layan cerita ini dan tak membosankan.


Mungkin penggemar game Warcraft mengharapkan lebih dengan kuasa Witch yang banyak dan pertempuran yang banyak.


Ini baru je permulaan kena tunggu skuel yang seterusnya mesti lagi gempak. Kalau pertama dah gempak2x nanti kedua nanti jadi biasa2x plak. hehe


bagi 8/10 bintang untuk Movie Warcraft.