Blog Diserang Unwanted Adware
Sejak beberapa hari ada rasa tidak kena pada google chrome dan juga blog aku. Loading pada google chrome agak lambat dan muncul iklan yang tidak diingini terpampang keluar setiap kali ingin melakukan aktiviti blogwalking.
Kemudian, post seperti Custome Made Sticker Kereta yang tidak betul dengan kedudukan bahagian komen terkeluar dari border. Bahagian sidebar pula berada pada kedudukan di bawah post dan bukannya pada bahagian tepi belah kanan seperti biasa. Anehnya, beberapa post yang lain berada dalam kedudukan yang betul.
Delete history,cache dan cookies memang tak jalan. Running anti-Virus AVG. Benda tetap sama berlaku.
Rasa tak sedap hati, jadi aku minta kepastian dengan menanyakan beberapa blogger yang lain untuk memastikan blog aku dalam keadaan yang stabil. Mereka membalas dengan jawapan blog aku dalam ok dan tidak ada perkara yang pelik dalam blog aku.
Ini yang bertambah pelik, mereka kata ok tapi bila buka di browser aku macam ada yang tidak kena. Aku syak mungkin aku kena virus. Tertanya-tanya juga macam mana virus boleh serang walhal aku tak ada download ataupun klik mana-mana dari spammer.
[caption id="attachment_1465" align="aligncenter" width="500"]
Lama punya lama aku fikir, rasanya baru aku tahu punca sebenar di mana aku terklik link yang di hantar oleh kak Akma Okma dulu tapi aku tahu bukan dia tapi orang lain kes kena hacked ataupun aku ada download software yang bukan dari source sebenar software.
Penyelesaian Mengatasi Unwanted adware
Lama juga aku nak cari 'ubat' untuk bunuh virus yang ada kat browser. Ada jumpa pun memang tak boleh pakai. Kebanyakkan blogger yang memberikan informasi tentang virus adalah dari indonesia.
Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!
Akhirnya, jumpalah satu blog ini tentang bagaimana nak menghapuskan virus atau unwanted adware pada browser. Caranya pun senang sahaja. Download adwcleaner dan klik scan kemudian tunggu untuk beberapa minit. Komputer riba akan restart sendiri secara automotik kemudian muncul notepad berkenaan dengan keputusan yang telah discan tadi.
Dari keputusan tersebut, ada fail yang telah dibuang kerana download bukan dari source sebenar dan juga fail dari browser yang lain seperti mozilla firefox dan google chrome. Misi pun selesai. Nak berblog pun senang hati.