Thursday, 30 January 2014

Blog Telah Diserang Virus?

Blog Diserang Unwanted Adware


Sejak beberapa hari ada rasa tidak kena pada google chrome dan juga blog aku. Loading pada google chrome agak lambat dan muncul iklan yang tidak diingini terpampang keluar setiap kali ingin melakukan aktiviti blogwalking.

Kemudian, post seperti Custome Made Sticker Kereta yang tidak betul dengan kedudukan bahagian komen terkeluar dari border. Bahagian sidebar pula berada pada kedudukan di bawah post dan bukannya pada bahagian tepi belah kanan seperti biasa. Anehnya, beberapa post yang lain berada dalam kedudukan yang betul.

Delete history,cache dan cookies memang tak jalan. Running anti-Virus AVG. Benda tetap sama berlaku.

Rasa tak sedap hati, jadi aku minta kepastian dengan menanyakan beberapa blogger yang lain untuk memastikan blog aku dalam keadaan yang stabil. Mereka membalas dengan jawapan blog aku dalam ok dan tidak ada perkara yang pelik dalam blog aku.

Ini yang bertambah pelik, mereka kata ok tapi bila buka di browser aku macam ada yang tidak kena. Aku syak mungkin aku kena virus. Tertanya-tanya juga macam mana virus boleh serang walhal aku tak ada download ataupun klik mana-mana dari spammer.

[caption id="attachment_1465" align="aligncenter" width="500"]Blog Telah Diserang Virus? sumber gambar dari www.home-computer-support.org[/caption]

Lama punya lama aku fikir, rasanya baru aku tahu punca sebenar di mana aku terklik link yang di hantar oleh kak Akma Okma dulu tapi aku tahu bukan dia tapi orang lain kes kena hacked ataupun aku ada download software yang bukan dari source sebenar software.

Penyelesaian Mengatasi Unwanted adware


Lama juga aku nak cari 'ubat' untuk bunuh virus yang ada kat browser. Ada jumpa pun memang tak boleh pakai. Kebanyakkan blogger yang memberikan informasi tentang virus adalah dari indonesia.

Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!


Akhirnya, jumpalah satu blog ini tentang bagaimana nak menghapuskan virus atau unwanted adware pada browser. Caranya pun senang sahaja. Download adwcleaner dan klik scan kemudian tunggu untuk beberapa minit. Komputer riba  akan restart sendiri secara automotik kemudian muncul notepad berkenaan dengan keputusan yang telah discan tadi.

Dari keputusan tersebut, ada fail yang telah dibuang kerana download bukan dari source sebenar dan juga fail dari browser yang lain seperti mozilla firefox dan google chrome. Misi pun selesai. Nak berblog pun senang hati.

42 Comments

Emmm mintak jauh la menda ni dari kena pondok kecil..kalau tak haru biru jadinya..huhu

Sungguh mengerikan bila terkena virus ni... Kalau kena, aduh! Mau pitam dibuatnya!
Thanks bro...dapat info dan solution. Amat berguna.

Saya tak faham bagaimana pulak blog boleh dijangkiti virus. Blog yang diserang virus ke browser atau pc yang terkena virus?

sorry bro tengah lalok taip tengah malam tak perasan pula aku ada tulis komputer riba. Aku nak tulis virus pada browser sebenarnya tu.

agak mengerikan juga. ;) sama-sama

Kadang-kadang benda-benda macamni 'masuk' sekali bila kita install benda-benda lain. Dia dah 'bind' sekaligus. Itu yang kita tak sedar tu.

fyna pun nak check juga lah macam nih.

Lega kan bila masalah macam tu dah settle.....

Selepas ni aku kena alert dengan benda yang aku install.

ALHAMDULILLAH, memang lega teramat. :) Kalau datang lagi dah tau cara nak handle benda alah ni.

alhamdulillah setakat nie kes macam nie belum pernah jadi kat aku..but thanks for the info and salution bro...andaikata next time kalau nasib tak baik dan terkena, dah tau macam mana nak settle..hehehe

Regards,
-Strider-

Adwcleaner ni memang terbaik bro! dah lama guna dah sebagai 3rd software nak buang virus, kalau-kalau main anti-virus tak berkesan/ tak dapat detect.

Dulu ada GVR (geek virus remover) buatan anak malaysia, tak silap tahun 2010 lagi benda tu top. selalu guna yang tu. tapi skarang tak tahu la ada lagi ke tak. rasa-rasa dah takde dah

kalau terkena malware lagilah teruk.. google pun pernah banned blog sya

Part2 virus segala alam ni paling aku lemah.mohon blog aku xkena gini.

kira2 apa yah mas penyebabnya kok blog bisa kena virus . atau malware, apa dari hostingan yang di gunakan

INSYA ALLAH, blog hang tak kena :)

antara punca mungkin dari apa apa yang kita download bukan dari source sebenar ataupun klik link spammer.

ha bab macam ni yg seram ni, klu kene kat blog saya mmg tak tahulah nak buat apa, tq for sharing

Tak pernah lagi terkena masalah macam tu...harap-harap tak kena sebab ilmu antibiotik virus komputer ni terlalu cetek!

Seram si..huhu..mintak2 laa dijaohkan menda2 mcm gtu =)
luv

Harap benda macam ni tak kene la.. payah kalau kene virus mcm ni..

blog pun bleh di serang virus?frst tyme ne cik tahu..btw info yang sangat berguna ne..

mcm seram je..yumida pun sellau gak download software ni
bgs perkongsian ni, blh dijadikan rujukan utk masalah mereka nnti

Tak pernah pula kena. But at least, info awak boleh buat saya alert dgn benda2 cenggini. Nice info by the way.

Blog kita pun at one time kena virus jugak BH..rosak my lappy..sampai sekarang tak boleh guna..setting semua lari..sedih sangat...

sbb tu bila download apa2 dari internet terutamanya software n movie kene ati2 sbb kbykannya ada hidden software install.

harap dijauhkan masalah virus2 nih , kalau kene mesti kelam kabut jadinya...huhu

Kena virus mood nak blogging jadi kelaut. :)

ya. nak jalan2 pun senang hati
bila tak ada hantu jempalang dok ganggu

sama liniey..mmg serabut mnde tu kua..nk try laa!tq!!

Almost welcome. Semoga berjaya :)

bab2 virus ni, payah jugak nak handle kalau tak jumpe puncanya...fuh!

Byk benda gak yg blogger indonesia kongsikan...kan?

masa tuh iklan innity ada masalah kalau tak silap... takut jugak..

Iklan innity pun boleh jadi penyebab?..

mmg kena rajin semak ftp server..uhuhu