Showing posts with label filem escape plan. Show all posts
Showing posts with label filem escape plan. Show all posts

Friday, 18 October 2013

Filem Escape Plan: Perancangan Penuh Teliti

Apabila dua pelakon lagenda bergabung dalam filem Escape Plan ianya suatu perkara yang hebat dan menarik untuk ditonton. Siapa tidak kenal dengan Sylvester Stallone yang terkenal dengan filem Rambo dan juga Arnold Schwarzenegger yang terkenal dengan filem terminator.

Nama mereka berdua cukup gah dan popular di hollywood. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan dan hari semakin hari dimakan usia tetapi lakonan dari mereka berdua sememangnya bertenaga dan tidak menghampakan.

Jangan sangka orang yang sudah berusia tidak mampu beraksi dalam filem dengan hebat sekali. Dato' Jalaluddin Hassan pun mungkin tidak mampu melakukan aksi lasak seperti mereka berdua.

[caption id="attachment_897" align="aligncenter" width="532"]Filem Escape Plan: Perancangan Penuh Teliti Sumber gambar dari google.com[/caption]

Sinopsis Filem Escape Plan


Filem Escape Plan ini berdurasi selama 1 jam 55 minit dan diklafikasikan sebagai 18sx. Kl gangster 2 telah diklafikasikan sebagai pg 13 walhal filem itu penuh dengan kata-kata kesat dan aksi yang melampau.

Sylvester Stallone  sebagai Ray Breslin dan Portos dalam filem ini merupakan bekas pendakwa dan menyamar sebagai penjenayah untuk menguji tahap keselamatan dalam penjara.

Dia menghabiskan masa hidupnya di penjara semata-mata untuk belajar reka bentuk penjara, memerhatikan tabiat pengawal penjara dan mencari kelemahan pengawal penjara sekaligus memudahkan dia untuk melarikan diri dari penjara tanpa sebarang halangan.

Pada Satu hari, dia (Ray Breslin) dan rakan perniagaannya Lester Clark ditawarkan perjanjian berjuta-juta dolar oleh ejen CIA, Jessica Miller untuk menguji keselamatan sebuah penjara rahsia yang tidak diketahui dan ingin melihat jika dia (Ray Breslin) dapat melarikan diri dari penjara rahsia tersebut.

Bina Perniagaan secara online dengan bantuan Pakar


Ray Breslin bersetuju dengan perjanjian itu dan secara tiba-tiba dia telah ditangkap di New Orleans, Louisiana. Dan dia diberi kod nama dalam Bahasa Sepanyol iaitu "Portos" dalam penjara tersebut. Dari situ dia telah bertemu dengan Arnold Schwarzenegger sebagai Emil Rottmayer dan Mannheim.

Penjara tersebut sangat berbeza dengan penjara-penjara yang ada di U.S kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat berpandukan buku hasil tulisan Ray Breslin. Adakah mereka berdua berjaya menyelamatkan diri dari penjara tersebut?

Ulasan Filem Escape Plan


Sememangnya lakonan mereka berdua tidak pernah mengecewakan dan jalan cerita filem ini memang menghiburkan dan semua penonton boleh faham dengan jalan cerita filem ini.

Bukan senang sebenarnya nak keluar dari penjara yang penuh dengan sistem keselamatan yang ketat di tambah pula dengan pengawal penjara yang ramai serta berhadapan dengan warden yang sangat kejam.

Memerlukan penelitian secara rapi tanpa sedikit pun kesilapan. Sedikit kesilapan berkemungkinan besar mereka tidak mampu keluar dari penjara tersebut buat selama-lamanya.

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memudahkan mereka melepaskan diri dari penjara tersebut tanpa sebarang halangan.

Filem ini juga banyak aksi dan juga di selitkan sedikit komedi yang pasti membuatkan korang semua tertawa antaranya ialah di mana mereka menyebut 'say cheese' di hadapan cctv, melukis gambar yang mencuit hati di hadapan warden dan sebagainya.

Secara keseluruhan, filem ini sangat menghiburkan dan penuh dengan pelbagai aksi. Untuk filem ini aku beri 4/5 bintang.