Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, 3 November 2024

Pakai Spaylater Tapi Tak Reti Semak Poket Sendiri?

Pakai Spaylater tapi tak reti ukur baju sendiri?

Tertarik dengan penulisan Fb di Ameno World berkenaan dengan isu spaylater yang mula di gunakan oleh pengguna. 

Kadang kemudahan yang diberikan telah disalahguna dengan membeli barang tetapi tidak membayar balik dengan waktu yang telah ditetapkan. Kalau rasa tak mampu buat cara tak mampu kumpul duit dan beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. 

Senang kata ada duit beli, tak ade duit jangan beli, tunggu dulu, beli kemudian bila ada duit nnti. Spaylater guna untuk emergency je. 

gambar sekadar hiasan

1. Penyakit SPAYLATER dah semakin kronik & aku terpanggil nak sekolahkan B40 macam aku.

2. Kita neh miskin. Bila miskin, kena sedar diri miskin. Kita tak ada RM2 juta simpanan ataupun pelaburan.

3. Meminjam dalam keadaan ada kemampuan nak bayar, tak apa. Tetapi itupun perlu ikut garis panduan. Garis panduan yang aku selalu anjurkan ialah;

👉 Pastikan kita ada duit simpanan samada lebih atau sama dengan harga barang yang kita beli secara pinjaman ✅️

👉 Pastikan kita tahu kita memang boleh bayar balik ✅️

Kena ingat, kerana kita manusia maka kita boleh kehilangan kerja, sakit & mati.

Sebab itu usah dengan mudahnya membuat pinjaman jika tak ada keupayaan bayaran balik.

4. Tadi ada aku baca (dulu pun ada baca kes seumpamanya), ada pula kawan² bagi kawan dia pinjam SPAYLATER.

5. Dia belikan kawan dia barang, guna nama dia, then kawan dia tu akan bayar balik bulan² kat dia ikut tempoh & tarikh sepatutnya.

6. Apa akan berlaku jika kawan tu tak bayar?

7. Yang teruknya kita. Nama pinjaman atas kita. Penalti kita. Barang kita tak dapat. Putus kawan. Sakit hati. Tanggung hutang. Kalau tak dapat bayar? Rosak kredit rating kita.

8. Sebelum ini ada beberapa group telah ban aku. Sebab aku bantah idea CASHOUT SPAYLATER.

9. Kenapa nak cashout?

10. Kau boleh beli semua benda kat Shopee. Tak perlu CASH OUT pun!

11. Sebab kau nak guna duit tu untuk beli bukan², betul? Itulah yang aku marah. Akhirnya yang melalai puak² ini bukannya dari bangsa lain atau agama lain. Bangsa sejenis dia juga.

12. Itulah penyakit B40. Dah la miskin tak sedar diri gila berhutang sibuk beli Iphone hutang kedai tak ada duit beli makanan viral hidup tak reti semak poket sendiri; orang ajar jimat, dimakinya kita balik.

Ya, sampai ke tahap nak beli Iphone hutang kedai. Sanggup bayar belas ribu. Duit pada nilai sama boleh dapat used car dah.

Kenapa wajib sangat Iphone?

Kau sedar tak kau tak mampu?

Rumah kau takde cermin ke?

Tengok muka sendiri dulu boleh tak?

B40 yang berjaya ialah;

Beli barang cash. Simpan duit. Ada cara & tekniknya. Katakan nak beli Water Filter, Air Purifier, Aircond etc, simpan duit bulan² kat SHOPEE PAY. Anggap SHOPEE PAY macam tabungan. Amalkan. Tak perlu cepat mesti ada on the spot, padahal benda boleh plan. Kau plan la betul². 

Benda boleh buat sendiri, belajar. Jangan malas.

Tak ada salahnya beli used. Aku beli used banyak item dah. Kena pandai cari. Jangan baru cari satu dua terus nak beli. Survey betul² dari segenap segi. Spend masa. 

Hutang bagi aku hanya untuk rumah & kereta sahaja.

Selain dari itu, usahlah. Kita neh B40 sahaja. Kita bukan Vincent Tan. Empayar NAZA. Raja Gula. Ada cawangan 99 Speedmart atau DIY. Hidup ikut kapasiti sendiri, jangan ikut orang, jangan biar minda dipengaruhi orang. 

Jadi masalah sebab sejenis hidup nak ikut standard orang. Dia rasa standard yang orang tentukan, itulah kebahagian. Tak apa. Go ahead. Capai la dengan cara merancang kewangan secara bijak. Bukan merancang tambah hutang sehingga sesak. Faham?

Bawang Merah dan Putih Mempunyai Kekuatan Antibakteria

Boleh je baca tapi korang jangan lah percaya sangat dengan kes2x kat bawah cuma memang tak dinafikan yang bawang merah dan putih mempunya kekuatan antibakteria dan antiseptik.

sekadar gambar hiasan


*KES PERTAMA*

Seorg doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. 

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. 

Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. 

Doktor amat tertarik dan meminta utk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. 

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

*KES KEDUA*

Disebuah kedai gunting rambut yg banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. 

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yg telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

*KES KETIGA* 

Seorg yg terkena pneumonia menemukan artikel yg mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya. 

Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

 Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. 

Bawang merah yg berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Tiada Kajian Saintifik Berkenaan dengan Isu ini. 

Memetik satu laporan akhbar, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, “Tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang boleh menyokong dakwaan bahawa penggunaan bawang merah mampu merawat influenza.”

“Walau bagaimanapun, ia adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika anda  ingin mengamalkan petua hirisan bawang tersebut atau menggunakan sebarang semburan pembunuh kuman, cuma janganlah secara berlebihan,” ujar Dr Lee lagi.

Beliau turut menyarankan agar setiap individu untuk mengamalkan penjagaan kebersihan diri serta mengambil pemakanan yang seimbang bagi menghindari atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko terkena jangkitan.

==

Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dgn cara yg betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Adalah berbahaya utk mengiris bawang merah dan menggunakannya utk dimasak esok hari

Tuesday, 17 December 2019

Kisah Pembunuhan Paling Sadis Keluarga Watt

Christopher Lee Watts (lahir tahun 1985) dan Shanann Cathryn Watts (lahir tahun 1984) berkahwin pada tahun 2012. Sepanjang enam tahun tempoh perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Bella Marie Watts (lahir tahun 2013) dan
Celeste Cathryn (lahir tahun 2015).

Chris bekerja sebagai pengendali syarikat minyak Anadarko, manakala Shanann pula adalah pekerja syarikat pemasaran bertingkat. Pada tahun 2015, pasangan ini telah diisytiharkan bangkrap.

Keluarga Watt
Tanggal 13 Ogos 2018, Shanann terus pulang ke rumah sebaik sahaja urusan kerjanya selesai.

Hari berikutnya, rakan Shanann iaitu
Nickole Utoft Atkinson bertindak melaporkan kehilangan Shanann serta dua orang anak perempuannya. Laporan itu terpaksa dibuat kerana Shanann bukan sahaja terlepas temu janji dengan doktor, bahkan juga dia langsung tidak membalas sebarang teks mesej yang dihantar oleh Nickole.

Sejurus pihak polis membuat pemeriksaan di kediaman Chris, mereka mendapati barang peribadi kepunyaan Shanann seperti beg duit, cincin, telefon pintar, kunci kereta dan barang-barang lain dalam posisi teratur dan kemas. Jadi, tidak timbul unsur jenayah buat sementara waktu.

Operasi pencarian segera dilancarkan. Dalam satu wawancara Chris di televisyen, dia merayu agar isteri dan juga anak-anaknya kembali ke pangkuannya.

"Kalau awak masih dekat luar sana, pulanglah. Kalau ada sesiapa yang menculik isteri saya, tolong kembalikan dia. Saya perlu berjumpa dengan mereka semua.Saya perlu berjumpa dengan mereka semua lagi. Rumah ini tidak lengkap tanpa kehadiran mereka."

Kisah Pembunuhan Paling Sadis Keluarga Watt
Lokasi Mayat Shanann

Dua hari selepas kejadian, Chris telah ditahan serta-merta ekoran gagal dalam ujian poligraf.

Dalam satu sidang media, pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah menemui mayat Shanann di dalam sebuah kubur cetek yang terletak di tanah kawasan tempat kerja Chris. Mayat Bella dan Celeste pula ditemui pada hari berikutnya di dalam tangki minyak mentah iaitu tidak jauh dari kubur Shanann.

Pada mulanya, Chris memberitahu pihak polis di mana sebelum kejadian berlaku, dia telah meluahkan hasratnya untuk bercerai dengan Shanann. Tidak lama selepas itu, Chris melihat sendiri menerusi kamera pengawasan bayi bagaimana isterinya itu mencekik Celeste dan kemudian memasuki ke dalam bilik Bella. Dek kerana berasa marah, Chris bertindak untuk mencekik Shanann sampai mati. Mayat ketiga-tiga mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kereta untuk dibawa ke tempat kerja Chris.

Polis yang berasa curiga dengan cerita Chris telah menjalankan siasatan terperinci. Hasilnya, Chris didapati ada menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya yang bernama Nichol Kessinger. Perkara ini adalah sesuatu yang memang dinafikan oleh Chris pada sebelumnya.

Sejak mayat mangsa itu ditemui, orang ramai berpusu-pusu untuk meninggalkan anak patung, bunga dan lilin di halaman rumah Shanann


KEJADIAN SEBENAR

Manusia yang langsung tidak berhati perut. Lagi teruk daripada binatang. Rasanya itulah ungkapan sesuai untuk Chris Watt. Binatang pun sayangkan anak.

13 Ogos 2018. Berlaku pertengkaran antara Shanann dan Chris. Punca pertengkaran itu adalah disebabkan Shanann telah mengetahui hubungan sulit yang dijalinkan antara Chris dengan rakan sekerjanya. Chris yang gagal mengawal perasaan seterusnya telah bertindak mencekik Shanann sampai mati. Apa yang menyedihkan Shanann mati bersama bayi kandungannya yang baru saja mencecah usia 15 minggu. Kalau diikutkan, bayi lelaki itu bakal diberi nama sebagai Niko Lee Watts.

Tiba-tiba muncul pula si Bella. Dia melihat Shanann terbaring dalam keadaan tidak lagi brenyawa.

"Kenapa dengan ibu?" Tanya Bella.

Mayat Shanann digulung dengan cadar sebelum disumbat masuk ke dalam kereta. Chris kemudian memandu menuju ke tempat kerjanya dengan membawa Bella dan Celeste sekali.

Sampai di lokasi kejadian, Chris tanpa berlengah terus mengeluarkan mayat Shanann dari kereta. Salah seorang daripada anaknya kemudian bertanya,

"Apa yang ayah sedang cuba lakukan dengan ibu ni?"

Tanpa sebarang rasa keperimanusiaan, Chris menekup hidung Celesete dan kemudiannya Bella.

Sebelum ditekup, Bella sempat bertanya,

"Adakah saya akan jadi macam Cece (Celeste)?" (Adakah saya akan dibunuh seperti Cece?)

Chris bertindak untuk membuang mayat kedua-dua anaknya ke dalam tangki minyak mentah terlebih dahulu sebelum menanam mayat Shanann.

Kisah Pembunuhan Paling Sadis Keluarga Watt
Ayah Shanann iaitu Frank Rzucek gagal menahan sebak.

Selepas perbicaraan demi perbicaraan, Chris akhirnya mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang parol. Perkara ini adalah atas permintaan keluarga Shanann sendiri.

Sementara itu, ayah Shanann dalam satu kenyataannya terhadap Chris,

"Saya amanahkan awak untuk menjaga anak serta cucu saya, bukannya untuk membunuh mereka."

PEREMPUAN SIMPANAN

Pada November 2018, perempuan simpanan Chris iaitu Nicole Kessinger akhirnya tampil secara umum bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut Nicole, dia dan Chris mula menjalinkan hubungan sekitar bulan Julai 2018. Kata Nicole lagi, Chris memberitahu bahawa dia di ambang proses penceraian dengan Shanann.

Walau bagaimanapun, sebaik saja berita kehilangan Shanann serta anak-anaknya tersebar, Nicole terus mempersoalkan perkara itu kepada Chris. Ekoran berasa was-was dengan penjelasan Chris, Nicole segera menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Chris Watt : Definisi sebenar manusia yang bertopengkan syaitan.

Friday, 22 November 2019

Cerita Sebenar di Sebalik Kisah Nobita

Nobita dan mental illness. Bagi peminat cerita Doraemon pastinya sedih jika memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah hidup Nobita. Kisah ini betul atau tidak. Percaya atau tidak. Tetapi harapnya ada sesuatu yang kita boleh belajar.

Doraemon peneman Nobita

Mental Illness di Sebalik Kisah Nobita 


Kita tahu mental illness disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor yang utama ialah life events. Seperti dalam cerita Doraemon itu sendiri kita dapat tahu Nobita dibuli dan sering dipukul di sekolah. Giant dan Suneo semestinya. Di rumah pula, ibunya pula sering menjerit-jerit memarahi dan memukul Nobita.

Di dalam kelas, dialah yang selalu dimalukan kerana bodoh dalam pelajaran. Begitu juga dalam permainan baseball yang mana Nobita ialah seorang yang sering ditertawakan kerana tidak pandai bermain. Belum lagi kita ikuti kisah cintanya dengan Shizuka yang bertepuk sebelah tangan.

Ayahnya pula jarang-jarang berada di rumah, menjadikan dia seorang anak tunggal yang sentiasa hidup kesunyian. Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa, membuatkan dia membesar dalam keadaan yang sangat tertekan.

Mengikut satu sumber bacaan aku, katanya cerita Doraemon ialah satu kisah adaptasi dari kisah benar. Iaitu seorang pesakit Schizophrenia di Jepun yang bernama Nobita. Pesakit ini membayangkan kewujudan Doraemon dalam hidupnya bagi mengisi ruang yang sentiasa kosong dalam dirinya. Menjadikan Doraemon sebagai teman dan kawan imaginasi yang sentiasa boleh membantu pada bila-bila masa.

Nobita ini, akhirnya bunuh diri pada usia 16 tahun. Apabila psikiatri memberitahunya bahawa Doraemon itu tidak wujud, hanyalah ilusi yang dicipta mindanya. Begitulah.

p/s : Negara Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain

Baca boleh tapi percaya jangan.. Tak dapat dipastikan kisah ini adalah betul-betul terjadi ataupun rekaan semata-mata. Sebab tiada sumber yang terlalu sahih.

Wednesday, 16 October 2019

11 Pantang Larang Berihram ketika Menunaikan Umrah

Sebelum kita bercerita tentang pantang larang berkenaan dengan pantang larang ketika menunaikan umrah dan ini adalah beberapa rukun ketika menunaikan Umrah

contoh pakaian ihram

Rukun Menunaikan Umrah 


  1. Niat Ihram Umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Tahallul
  5. Tertib

Pantang Larang Berihram 

kalau kita nak menunaikan umrah adalah diwajibkan kepada kita untuk berihram dengan pakaian ihram


Bermulanya kita memakai kain ihram dan berniat ihram maka kita dah termaktub dalam pantang larang Ihram yang telah ditetapkan iaitu :

  1. Memakai pakaian berjahit atau menutupi seluruh tubuh bagi lelaki 
  2. Menutup kepala atau sebahagiannya seperti memakai kopiah atau songkok bagi lelaki
  3. Menutup muka atau sebahagiannya bagi wanita
  4. Memakai sarung tangan bagi wanita
  5. Memakai minyak wangian atau apa jua minyak wangi
  6. Bersetubuh atau pendahuluan dan bercumbuan untuk menaikkan nafsu
  7. Melangsungkan akad nikah atau menikahkan
  8. Memotong atau menghilangkan kuku, rambut atau bulu badan yang lain
  9. Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di tanah halal atau di tanah haram
  10. Memotong atau mencabut pokok (tumbuh-tumbuhan) di tanah haram
  11. Memindahkan sesuatu dari tanah haram seperti batu atau yang lain,.
List yang dihighlightkan dengan warna merah antara perkara yang perlu ditekankan sebab ramai juga yang terlupa walaupun nampak remeh.. 

Thursday, 5 June 2014

Bergurau Ada Batasnya Dan Fikir Dulu Sebelum Bercakap

Rata-rata ramai di antara kita termasuklah diri kita pernah bergurau senda sesama kita. Seronok bila kita dapat bergurau senda bersama rakan-rakan dan saudara, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit tekanan negatif.

sekadar gambar hiasan

Namun pun begitu, bergurau ada batasnya. Dalam tak sedar ada gurauan yang mungkin boleh menyakitkan rakan-rakan kita. Paling besar dalam tak sedar mungkin ada beberapa gurauan yang mungkin menjadi kafir dalam tak sedar.


Contoh-Contoh Dialog Menjadi Kafir Dalam Tak Sedar


  1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kafir).

  2. Tak payah la simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah sangat,

  3. Berselerak je muka aku tgk. (jatuh kafir).

  4. Zaman nabi mana ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)

  5. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro. (jatuh kafir)

  6. Senyum la sikit, muka masam je, dah macam malaikat Munkar Nankir dah aku tgk. (jatuh kafir)

  7. Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

  8. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

  9. Emm.. kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)

  10. Aku murtad dah, Eh! Gurau je, gurau je... (jatuh kafir)

  11. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" - Kitab Fiqhul Akbar - Karangan Imam Syafie.


Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yangg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.


Contoh Syirik kecil


Situasi Pertama


  • Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

Situasi Kedua


  • Azlie bertanya kepada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam."

Bergurau ada Batasnya

Perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? Maka selepas ini perkara ini dapat disebarkan dan tidak menjadi bahan gurauan dalam perbualan tertutamanya dalam Islam. Sumber 'Usrah' TV119 .