Celeste Cathryn (lahir tahun 2015).
Chris bekerja sebagai pengendali syarikat minyak Anadarko, manakala Shanann pula adalah pekerja syarikat pemasaran bertingkat. Pada tahun 2015, pasangan ini telah diisytiharkan bangkrap.
Keluarga Watt |
Hari berikutnya, rakan Shanann iaitu
Nickole Utoft Atkinson bertindak melaporkan kehilangan Shanann serta dua orang anak perempuannya. Laporan itu terpaksa dibuat kerana Shanann bukan sahaja terlepas temu janji dengan doktor, bahkan juga dia langsung tidak membalas sebarang teks mesej yang dihantar oleh Nickole.
Sejurus pihak polis membuat pemeriksaan di kediaman Chris, mereka mendapati barang peribadi kepunyaan Shanann seperti beg duit, cincin, telefon pintar, kunci kereta dan barang-barang lain dalam posisi teratur dan kemas. Jadi, tidak timbul unsur jenayah buat sementara waktu.
Operasi pencarian segera dilancarkan. Dalam satu wawancara Chris di televisyen, dia merayu agar isteri dan juga anak-anaknya kembali ke pangkuannya.
"Kalau awak masih dekat luar sana, pulanglah. Kalau ada sesiapa yang menculik isteri saya, tolong kembalikan dia. Saya perlu berjumpa dengan mereka semua.Saya perlu berjumpa dengan mereka semua lagi. Rumah ini tidak lengkap tanpa kehadiran mereka."
Lokasi Mayat Shanann |
Dua hari selepas kejadian, Chris telah ditahan serta-merta ekoran gagal dalam ujian poligraf.
Dalam satu sidang media, pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah menemui mayat Shanann di dalam sebuah kubur cetek yang terletak di tanah kawasan tempat kerja Chris. Mayat Bella dan Celeste pula ditemui pada hari berikutnya di dalam tangki minyak mentah iaitu tidak jauh dari kubur Shanann.
Pada mulanya, Chris memberitahu pihak polis di mana sebelum kejadian berlaku, dia telah meluahkan hasratnya untuk bercerai dengan Shanann. Tidak lama selepas itu, Chris melihat sendiri menerusi kamera pengawasan bayi bagaimana isterinya itu mencekik Celeste dan kemudian memasuki ke dalam bilik Bella. Dek kerana berasa marah, Chris bertindak untuk mencekik Shanann sampai mati. Mayat ketiga-tiga mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kereta untuk dibawa ke tempat kerja Chris.
Polis yang berasa curiga dengan cerita Chris telah menjalankan siasatan terperinci. Hasilnya, Chris didapati ada menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya yang bernama Nichol Kessinger. Perkara ini adalah sesuatu yang memang dinafikan oleh Chris pada sebelumnya.
Sejak mayat mangsa itu ditemui, orang ramai berpusu-pusu untuk meninggalkan anak patung, bunga dan lilin di halaman rumah Shanann
KEJADIAN SEBENAR
Manusia yang langsung tidak berhati perut. Lagi teruk daripada binatang. Rasanya itulah ungkapan sesuai untuk Chris Watt. Binatang pun sayangkan anak.
13 Ogos 2018. Berlaku pertengkaran antara Shanann dan Chris. Punca pertengkaran itu adalah disebabkan Shanann telah mengetahui hubungan sulit yang dijalinkan antara Chris dengan rakan sekerjanya. Chris yang gagal mengawal perasaan seterusnya telah bertindak mencekik Shanann sampai mati. Apa yang menyedihkan Shanann mati bersama bayi kandungannya yang baru saja mencecah usia 15 minggu. Kalau diikutkan, bayi lelaki itu bakal diberi nama sebagai Niko Lee Watts.
Tiba-tiba muncul pula si Bella. Dia melihat Shanann terbaring dalam keadaan tidak lagi brenyawa.
"Kenapa dengan ibu?" Tanya Bella.
Mayat Shanann digulung dengan cadar sebelum disumbat masuk ke dalam kereta. Chris kemudian memandu menuju ke tempat kerjanya dengan membawa Bella dan Celeste sekali.
Sampai di lokasi kejadian, Chris tanpa berlengah terus mengeluarkan mayat Shanann dari kereta. Salah seorang daripada anaknya kemudian bertanya,
"Apa yang ayah sedang cuba lakukan dengan ibu ni?"
Tanpa sebarang rasa keperimanusiaan, Chris menekup hidung Celesete dan kemudiannya Bella.
Sebelum ditekup, Bella sempat bertanya,
"Adakah saya akan jadi macam Cece (Celeste)?" (Adakah saya akan dibunuh seperti Cece?)
Chris bertindak untuk membuang mayat kedua-dua anaknya ke dalam tangki minyak mentah terlebih dahulu sebelum menanam mayat Shanann.
Ayah Shanann iaitu Frank Rzucek gagal menahan sebak. |
Selepas perbicaraan demi perbicaraan, Chris akhirnya mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang parol. Perkara ini adalah atas permintaan keluarga Shanann sendiri.
Sementara itu, ayah Shanann dalam satu kenyataannya terhadap Chris,
"Saya amanahkan awak untuk menjaga anak serta cucu saya, bukannya untuk membunuh mereka."
PEREMPUAN SIMPANAN
Pada November 2018, perempuan simpanan Chris iaitu Nicole Kessinger akhirnya tampil secara umum bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurut Nicole, dia dan Chris mula menjalinkan hubungan sekitar bulan Julai 2018. Kata Nicole lagi, Chris memberitahu bahawa dia di ambang proses penceraian dengan Shanann.
Walau bagaimanapun, sebaik saja berita kehilangan Shanann serta anak-anaknya tersebar, Nicole terus mempersoalkan perkara itu kepada Chris. Ekoran berasa was-was dengan penjelasan Chris, Nicole segera menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Chris Watt : Definisi sebenar manusia yang bertopengkan syaitan. |
sumber dari https://www.facebook.com/wan.sheehan
1 Comments
Seram kisah ni...