Sunday, 3 November 2024

Pakai Spaylater Tapi Tak Reti Semak Poket Sendiri?

Pakai Spaylater tapi tak reti ukur baju sendiri?

Tertarik dengan penulisan Fb di Ameno World berkenaan dengan isu spaylater yang mula di gunakan oleh pengguna. 

Kadang kemudahan yang diberikan telah disalahguna dengan membeli barang tetapi tidak membayar balik dengan waktu yang telah ditetapkan. Kalau rasa tak mampu buat cara tak mampu kumpul duit dan beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. 

Senang kata ada duit beli, tak ade duit jangan beli, tunggu dulu, beli kemudian bila ada duit nnti. Spaylater guna untuk emergency je. 

gambar sekadar hiasan

1. Penyakit SPAYLATER dah semakin kronik & aku terpanggil nak sekolahkan B40 macam aku.

2. Kita neh miskin. Bila miskin, kena sedar diri miskin. Kita tak ada RM2 juta simpanan ataupun pelaburan.

3. Meminjam dalam keadaan ada kemampuan nak bayar, tak apa. Tetapi itupun perlu ikut garis panduan. Garis panduan yang aku selalu anjurkan ialah;

👉 Pastikan kita ada duit simpanan samada lebih atau sama dengan harga barang yang kita beli secara pinjaman ✅️

👉 Pastikan kita tahu kita memang boleh bayar balik ✅️

Kena ingat, kerana kita manusia maka kita boleh kehilangan kerja, sakit & mati.

Sebab itu usah dengan mudahnya membuat pinjaman jika tak ada keupayaan bayaran balik.

4. Tadi ada aku baca (dulu pun ada baca kes seumpamanya), ada pula kawan² bagi kawan dia pinjam SPAYLATER.

5. Dia belikan kawan dia barang, guna nama dia, then kawan dia tu akan bayar balik bulan² kat dia ikut tempoh & tarikh sepatutnya.

6. Apa akan berlaku jika kawan tu tak bayar?

7. Yang teruknya kita. Nama pinjaman atas kita. Penalti kita. Barang kita tak dapat. Putus kawan. Sakit hati. Tanggung hutang. Kalau tak dapat bayar? Rosak kredit rating kita.

8. Sebelum ini ada beberapa group telah ban aku. Sebab aku bantah idea CASHOUT SPAYLATER.

9. Kenapa nak cashout?

10. Kau boleh beli semua benda kat Shopee. Tak perlu CASH OUT pun!

11. Sebab kau nak guna duit tu untuk beli bukan², betul? Itulah yang aku marah. Akhirnya yang melalai puak² ini bukannya dari bangsa lain atau agama lain. Bangsa sejenis dia juga.

12. Itulah penyakit B40. Dah la miskin tak sedar diri gila berhutang sibuk beli Iphone hutang kedai tak ada duit beli makanan viral hidup tak reti semak poket sendiri; orang ajar jimat, dimakinya kita balik.

Ya, sampai ke tahap nak beli Iphone hutang kedai. Sanggup bayar belas ribu. Duit pada nilai sama boleh dapat used car dah.

Kenapa wajib sangat Iphone?

Kau sedar tak kau tak mampu?

Rumah kau takde cermin ke?

Tengok muka sendiri dulu boleh tak?

B40 yang berjaya ialah;

Beli barang cash. Simpan duit. Ada cara & tekniknya. Katakan nak beli Water Filter, Air Purifier, Aircond etc, simpan duit bulan² kat SHOPEE PAY. Anggap SHOPEE PAY macam tabungan. Amalkan. Tak perlu cepat mesti ada on the spot, padahal benda boleh plan. Kau plan la betul². 

Benda boleh buat sendiri, belajar. Jangan malas.

Tak ada salahnya beli used. Aku beli used banyak item dah. Kena pandai cari. Jangan baru cari satu dua terus nak beli. Survey betul² dari segenap segi. Spend masa. 

Hutang bagi aku hanya untuk rumah & kereta sahaja.

Selain dari itu, usahlah. Kita neh B40 sahaja. Kita bukan Vincent Tan. Empayar NAZA. Raja Gula. Ada cawangan 99 Speedmart atau DIY. Hidup ikut kapasiti sendiri, jangan ikut orang, jangan biar minda dipengaruhi orang. 

Jadi masalah sebab sejenis hidup nak ikut standard orang. Dia rasa standard yang orang tentukan, itulah kebahagian. Tak apa. Go ahead. Capai la dengan cara merancang kewangan secara bijak. Bukan merancang tambah hutang sehingga sesak. Faham?

1 Comments

Patutnya diharamkan SPaylater ni, aku yang T18 pun tak beli cara ni. BNpl la, credit card pun aku tak pakai! Semua ni Jerat, Perangkap hutang!