Showing posts with label jualan. Show all posts
Showing posts with label jualan. Show all posts

Friday, 25 October 2019

Minyak Wangi Paling Top 2019 Buat Lelaki

Kalau sebelum ini ada buat berkenaan dengan minyak wangi paling top 2019 untuk wanita dan kali ini untuk lelaki pula. Lelaki pun pakai perfume juga nak berwangi-wangian supaya wanita lain terpikat khas untuk yang bujang je lah.. yang dah kahwin tu pakai untuk elak busuk la... sekadar penyedap hati.. haha. gurau2x je ok..

Jadinya, bau apa yang top dan ok untuk lelaki pada tahun 2019?.

Ini adalah senarai minyak wangian inspired atau kata melayunya di inspirasikan oleh bauan brand yang original..

Kalau nak beli perfume original memang tak mampu la sampai beratus-ratus ringgit.. ada juga perfume sampai ribu-ribu.

Minyak Wangi Paling Top 2019 Buat Lelaki


Kebanyakkan bau perfume lelaki adalah jenis citrus, woody dan fresh lain berbanding dengan wanita yang lebih kepada fruity, floral serta sweet. 

Sekadar gambar hiasan
  1. Tom Ford Tobacco Vanille 
  2. White Musk The Body shop for Men
  3. Paco Rabanne 1 Million
  4. Versace Eros 
  5. Dunhill Desire Blue
  6. Creed Eventus
  7. Tom Ford Tobacco Oud
  8. Ch 212 ViP
  9. Giorgio Armani Aqua Di Gio
  10. Christian Dior Sauvage

Senarai bau kat atas tu memang bau yang top dan kebanyakkan lelaki semua tahu bau ni dan akan suggest bau yang macam ni. Even seller pun akan recommend senarai bau yang macam ni..

Kalau lelaki yang tak pernah pakai perfume tu boleh la try senarai bau yang kat atas tu. Ada bau sweet, ada bau fressh dan ada bau yang oud.. Memang bau jantan habis..

Nanti boleh try bau ni kat kedai perfume original macam kat pavillion, sogo dan banyak lagi.. kalau berkenan boleh beli kalau tak mampu beli yang inspired je la.. bau pun lebih kurang sama.  

===

HARGA ASAL
RM55 Sebotol (35ml)

HARGA PROMOSI!
RM20 - Sebotol  (35ml)

====

CARA PEMBELIAN

Sebarang tempahan boleh dilakukan melalui WHATSAPP atau SHOPEE

Klik Link -> 016-5252773

Saya akan berikan no akaun dan anda hendaklah menunjukkan bukti pembayaran dengan memberikan Tarikh dan masa pembayaran dibuat. 

Saya akan cuba menjawab persoalan anda dengan secepat yang mungkin.

atau 

CARA KEDUA korang boleh beli dekat SHOPEE dengan harga dan kos postage yang murah berbanding kos postage luar. 

Boleh singgah sambil membeli di shopee.com.my/myadminstore


Wednesday, 13 September 2017

Perfume lelaki paling wangi 2017

Perfume Wangi untuk lelaki 2017 - Zaman sekarang serba moden serba canggih kebanyakkan lelaki dah mula menjaga penampilan dari segi wajah dan badannya. Bukan itu sahaja tapi diselitkan sekali dengan haruman perfume yang wangi sesuai agar lelaki lebih confident berhadapan dengan orang ramai.

bau perfume apa yang wangi untuk lelaki? Kebanyakkan lelaki suka bau yang memikat, tak terlalu strong dan boleh kata sedang-sedang baunya, ada lelaki suka bau yang soft dan manis.. lain orang lain hidungnya..

10 Perfume Wangi Pilihan Utama Lelaki

Ini adalah top 10 perfume wangi pilihan utama lelaki:

Perfume lelaki paling wangi 2017
paco rabbane 1 million. Gambar hak milik adarain.


  1. Paco Rabbane 1 Million
    Bau ala2x kayu manis sangat sesuai untuk lelaki yang berada di office atau pergi mana-mana event. Dan bau ini sangat2x very long lasting..

  2. Dunhill Desire Blue
    Bau ala2x bila berada di tepi pantai yang besih.. sangat sesuai.. sesuai untuk outdoor. Lelaki yang selalu keluar ke or main sports sangat sesuai pakai perfume ini..

  3. Versace Eros
    Bau mint campuran dengan vanilla yang sangat sedap baunya.. Juga sangat sesuai untuk outdoor juga boleh dijadikan sebagai perfume pemikat untuk wanita. Bau yang sangat long lasting..

  4. MontBlanc Starwalker
    Bau ala2x mint pun ada, bau bamboo pun ada... sangat sesuai untuk lelaki yang kerja outdoor. Baunya agak moderate sahaja.. boleh beli [DISINI]

  5. Hugo Energise
    Bau ni sedap ada campuran lemon dengan woody sikit. Boleh beli di Shopee [DISINI]

  6. Creed Aventus
    Bau yang sangat memikat sesuai untuk lelaki yang tengah dating ke nak jumpa mak we ke boleh la try perfume ini nanti. Sangat long lasting.

  7. Giorgio Armani Acqua Di Gio
    Salah satu perfume yang paling top dan sedap baunya.. ada bau woody dan kasturi. Sangat sesuai kalau nak pergi event yang esklusif. Bau long lasting.

  8. CH 212 VIP
    Bau yang sangat sweet sesuai juga untuk lelaki yang nak pergi dating ke atau nak buat bau kat office pun boleh.

  9. Mugler A*Men
    Bau yang agak manis berlemak gitu. Sesuai untuk lelaki yang melakukan kerja outdoor yang lasak.. bila berpeluh campur plak dengan  perfume ini jadi wangi dan bau ini tersangat long lasting.
  10. Ferrari BlackBau yang sangat ekskulif. Jarang perfume lelaki buat bau fruity.. tapi ferrari buat bau perfume fruit khas untuk lelaki. Bukan fruity biasa2x ini dan baunya memang sangat eksklusif sangat sesuai untuk pergi dating atau majlis tertentu.
Semoga memudahkan untuk korang sebagai lelaki untuk memilih perfume yang sesuai dengan korang.

Kalau rasa suka bau yang lembut tak terlalu kasar atau strong bolehlah ambil Creed Eventus dan Hugo Boss. kalau suka bau manis perfume untuk lelaki boleh ambil Paco Rabbane 1 Million. Nak bau yang macam fresh dan bertenaga boleh ambil Hugo Energise atau Mont Blanc Starwalker,

Bagi anda yang ingin membeli perfume Inspired iaitu diinspirasikan oleh brand international dengan harga mampu milik tapi kualiti sama dengan original bolehlah contact no dibawah.

HARGA ASAL
RM65 Sebotol (35ml)

HARGA PROMOSI!
RM30 – Sebotol (35ml)

====

CARA PEMBELIAN

Sebarang tempahan boleh dilakukan melalui WHATSAPP:

Monday, 3 April 2017

Bau Perfume Inspired By Tahan Lama Ke Macam Original?

Betul ke Perfume inspired by ni tahan lama macam perfume original. Tak terkejut kalau masih ada orang lagi yang tak tahu lagi tentang kewujudan perfume inspired by International.

Perfume Inspired By International merupakan minyak wangi yang diinspirasikan dari wangian antarabangsa seperti Hugo Boss, Paco Rabbane, Mont Blance, Gucci Flora, Dunhill, Victoria secret, Britney spears dan banyak lagi perfume antarabangsa yang berada di pasaran.

Bau Perfume Inspired By Tahan Lama Ke Macam Original?. gambar hak milik adarain


Bau Inspired By Tahan Lama Sama Perfume Original?

Cuma persoalannya sekarang adakah Bau Perfume Inspired By ni tahan lama ke macam Perfume Original?

Masih ramai yang tidak tahu bahawa bau inspired by mampu bertahan sehingga 8 ke 12 jam ke atas. Semuanya bergantung pada minyak wangi inspired yang dipilih.

Tapi ada perfume yang baunya tahan tak sampai 4 jam dah hilang baunya.. itu pun dari isnpired by juga... Ok, itu adalah disebabkan bau perfume itu berkenaan adalah dari Dubai yang mempunyai banyak gred seperti A, AA, AAA lah dan macam2x lagi lah. Biasa ada jual di pasar malam dengan harga yang murah dalam RM5-10 dengan botol nya sama dengan botol original tapi kualiti bau tak tahan lama. Tapi dari Dubai ada yang Ok wangi cuma baunya ada lari skit, kena pandai cari.

Ada perfume yang tak ada Gred2x macam kat atas tadi dan claim perfume inspirednya adalah EDP iaitu Eu Da Parfume bermaksud ketahanan baunya mampu bertahan sehingga 8 ke 12 jam. Ada yang jual RM50-65.

Tapi perlu dilihat juga dari segi kualitinya sama ada betul2x tahan lama baunya atau pun tidak. Sebab itu perlu hidu dulu perfumenya sama ada wangi dan tahan lama dan bukan sekadar survey pada harganya sahaja. Asal murah terus beli, asal mahal kualiti bagus.. tidak semestinya.

Di Malaysia khususnya, ramai yang menjual perfume inspired by dan tak semua kualitinya sama, ada yang pakai Oil dan ada yang pakai alkohol.  Kalau nak bau sama dengan original cari perfume inspired by yg pakai alkohol. Alkohol kosmetik sekarang pun dah mesra solat.

Ketahanan bau semuanya bergantung pada Inspired By Yang Dipilih.

Dibawah adalah contoh :

Victoria Secret Bombshell Vs Gucci Flora

Bombshell - bau dah ketahananya adalah moderate 8 jam...
Gucci Flora - bau nya strong dan ketahanan baunya tahan lama sampai 12 jam.

Dan kadang ketahanan bau bergantung pada badan seseorang.. dan ada juga hidung kita kata tahan. hidung orang lain kata tak tahan begitu juga dari segi bau.. selera orang tak sama yang penting kalau korang rasa bau ok ngan korang teruskan pakai.. 

Friday, 13 January 2017

Perkara Yang Tak Patut Buat Kalau Whatsapp dengan Seller

Sekarang ni dah zaman moden nak beli makanan pun online je, hebat tak hebat zaman kita sekarang, itu baru zaman nie, belum lagi zaman akan datang mesti lg gempak.

Perkara Yang Tak Patut Buat Kalau Whatsapp dengan Seller
sekadar gambar hiasan


Salah satu medium nitizen slalu beli online ialah melalui pengiklanan facebook. Bila terasa minat mula komen PM padahal no telefon/Whatsapp dh ada dalam iklan just whatsapp terus je sng.

Perkara yang korang tak patut buat kalau whatsapp dengan seller.


Bila korang nak beli melalui whatsapp dgn seller, hope perkara ini kalau boleh dielakkan takdelah buat menyakitkan hati seller yg terpksa mlyan customer stiap jam.

  1. Tak jawab soalan SellerKalau ada seller tanya maka korang kena jawab jangan diam seribu bahasa. Penat2x seller whatsapp tapi tak dijawab.. Kalau tak berminat direct terus cakap tak berminat dengan produk dgn berikan sebab.. biasa customer akan kata mahal or tak cukup modal. Memudahkan urusan seller takdela nak follow up selalu.

  2. Baca Dengan Teliti
    Seller dah bagi maklumat semuanya tentang brg atau perkhidmatan, sila33x bca ngan teliti btol2x. Penat2x seller copypaste smua maklumat utk korang, korang tanya plak lagi sekali benda yang seller dah bg mklumat tdi.. fikir dlu mklumat yg diberi, kalo tak faham gak, gtau part mana yang tak faham n seller akan gtau lebih details. Seller suka je kalau korang bnyak tanya kalau takde dlm mklumt yg diberikan.

  3. Nanti saya fikir dulu
    Bila seller tanya korang berminat tak? Lalu korang reply "nanti saya fikir dulu, nanti saya whatsapp awak balik" or "nanti saya tnya suami dulu".. jgn jawab mcm tu, make sure bg tarikh comfirm sama ada korang berminat ke tak, biar spesific..sbb nak tunggu whatsapp balik tu bila? besok, minggu depan, tahun depan?

  4. Whatsapp tgh malam
    Tgh malam plak korang whatsapp katanya "serius nak beli".. bila tak reply marah plak lambat reply..agak2x la ye pun kalau nak whatsapp tu time bila... ada seller yg snggup korban lewat tido, reply juga mlayan korang..

  5. Membandingkan dengan harga Seller lain
    Korang jgn plak gtau produk sama tapi kenapa si pnjual tu boleh jual murah, si penjual ni jual mahal... kalau penjual tu jual murah just pg beli ngan pnjual tu je.. tkyah gtau just cakap TQ, maaf ya tak berminat ke n ikutlah alasan korang pastu belilah ngan si penjual tu..habis cerita..

  6. Skrang buzy la nanti saya bank in..
    Tadi minta PM cam tak bz tetiba bg mklumat semua pastu berminat n nak buat pmbyran katanya buzy plak..tgh buzy, nanti bank in tu ok lg pastu bila seller tnya dah bank in ke dah, terus senyap...plak dah. buzy benoo (mata ke atas tgn di bahu).. tnya lg skali pun senyap gak, baik terus terang tak jadi beli. senang memudahkan seller.

  7. Janji nak Jumpa hari ini tapi tak jadi..
    Korang dah set appointment untuk beli insurans ke nak jadi stokis ke apa2x la, tetiba tak jadi dtg plak dgn tak tak bg alasannya.. padahal seller dah gtau awal kalau nak cancel appointmen make sure 1 hari sebelum appointment. Kalau melibatkan kemalangan, tetiba ada orang sakit, meninggal, bersalin boleh diterima alasannya. Seller pun ok je.

ada papa nak tambah? boleh komen kt bawah.

Inilah antara yang dialami oleh seller yg 'berhdapan' dengan customer kebiasaannya. Situasi seller lambat reply kadang perlukan rehat n tenangkan emosi supaya sng nak jwb soklan next customer.

Wednesday, 24 August 2016

Tips Untuk Keluarkan Produk Perfume Sendiri

Produk Perfume Sendiri : Kita selalu tgk usahawan berjaya keluar produk Perfume sendiri seperti Dato Vida dengan Perfume Qu Puteh, Siti Nurhaliza dengan Perfume Simply Siti, Sheila Rusly dengan Perfume Matahari, kemudian Dexandra perfume, AJ Perfume, DN Perfume dan banyak lagi.

Tapi pernah tak kita terpikir macam mana mereka bermula buat perfume?

Industri perfume di Malaysia sudah lama namun masih mendapat sambutan sehingga ke hari ini. Kebanyakkan perfume yang banyak dipasaran cuma perfume daripada luar negara.

Tips Untuk Keluarkan Produk Perfume Sendiri
Tips Untuk Keluarkan Produk Perfume Sendiri

Jenis Perfume & Botol

Terdapat beberapa jenis perfume, kalau segi jenis perfume ada EDT, EDP ,cologne dan lain-lain ada dibincangkan dalam post sebelum ini. Manakala jenis botol ada vial, miniature, 100ml dan sebagainya. Ada juga jenis roll on, spray & ada juga yang ada penutup sedut perfume sahaja. Tapi sekarang famous dengan Perfume Spray.


Ketahanan bau suatu perfume itu bergantung kepada konsentrasi dalam perfume itu...EDP adalah lebih tahan lama berbanding EDT manakala EDT lebih tahan lama berbanding cologne...

Di pasaran antarabangsa, EDP adalah jauh lebih mahal dari EDT, namun EDT adalah lebih banyak di pasaran.

Sekiranya ingin mengeluarkan perfume, Disarankan untuk mengambil perfume jenis EDP, ketahanannya yang lama bakal memikat si pengguna.

Bila dah tahu nak buat perfume apa, baru lah fikir utk mencari pembekal minyak wangi.

Perfume kebiasaannya ada dijual dari pembekal dengan jenis wangian ala2x arab, ada yang aromaterapi, ada yang direct France, ada yang dari Swiss dan banyak lagi.

Ini terpulang untuk decide perfume mana yang sedap baunya dan tahan laman. Ada yang kata perfume german sedap, ada yang kata swiss sedap terpulang untuk memilih.

Sudah ada perfume, kita pergi ke packaging pula, untuk packaging, perlu dapatkan sample botol yg ingin anda gunakan

Ada beribu-ribu jenis botol yang ada dalam pasaran. Mungkin ramai yang tahu macam mana nak dapatkan semua botol ni. Kat Cina banyak jenis botol yang menarik dan murah, di Malaysia pun ada jual juga cuma kena pandai cari pembekal botol kat mana.

kesimpulannya, anda tentukan EDP ke EDT ke Cologne ke, biar bajet keluar lebih tetapi hasilnya amat memuaskan. Tapi sekarang EDP lebih popular sebab orang suka bau yang tahan lama. Botol pun biar nampak cantik dan menarik untuk dilihat. :D


Kotak Packaging Perfume


Spesifikasi kotak mestilah bergantung pada saiz sesuatu botol yang hendak digunakan. kalau botol tu besar mungkin memerlukan satu kotak besar untuknya, kalau kecil mungkin dibuat dalam kotak yang kecil cukup2x ngam dengan botol perfume. Itu terpulang kepada keinginan masing2x.


Kotak boleh dibuat 2 kotak khas untuk lelaki dan perempuan mengikut design yang akan dibuat nanti.

Untuk design kotak, mestilah simple tetapi menarik bukannya bercorak yang melampau sehingga susah untuk dibaca info kat kotak perfume. Minyak wangi antarabangsa kebanyakannya menggunakan design ala-ala korporat yang hanya menggunakan tulisan & sedikit warna untuk latar belakangnya. ini menunjukkan betapa gahnya dan eksklusif dengan cara tersebut. Info produk sampai ke pengguna dengan mudah.

Biar simple tapi nampak eksklusif.

Penyediaan kotak adalah penting untuk sesuatu produk perfume.

Detail pada kotak kebiasaannya pengeluar memaparkan jenama mereka, nama wangian/perfume mereka, kuantiti/saiz, ingredients, jenis perfume, laman web, cautions dan sebagainya.

itu adalah perkara penting yang perlu ada dlm suatu produk perfume...

Detail tersebut mestilah jelas & boleh dibaca..font yg paling kecil kalau nak guna 5pt..kalau kecik lagi mahu melekat muka dekat ngan kotak nak baca..

Nama jenama & produk perlulah ditonjolkan agar pelanggan kenal produk anda. jgn serabut detail2 anda dengan design background yang terlalu crowded, ini menyukarkan penyampaian produk itu sendiri.

Kenalilah produk anda & paparkan pada umum agar pelanggan paham dengan produk anda. .

Kos Perfume Jenama Sendiri


Modal Kos untuk buat brand produk perfume sendiri bukan beratus2x tapi beribu-ribu dan ada yang kosnya berpuluh ribu. Itu terpulang kepada kemampuan sendiri.

Untuk buat produk perfume Sendiri lebih elok cuba 1 atau 2 wangian utk test marketing dengan pengeluaran stok 100btl ke atas atau terpulang berapa botol. Lagi banyak botol lagi murah kosnya utk satu botol. Tapi kalau dah beli banyak kos keseluruhan mencecah ribuan. Jangan sampai semua wangian nak dijual. Buat satu persatu wangian dulu untuk dijual dan jimat kos.

Dan buat target untuk wanita dulu, sebab wanita market sangat luas tapi sangat cerewet bila membeli. Kalau lelaki pula bila dah suka, dia akan beli terus tanpa banyak soal. :D

Siapa yg minat sangat dengan perfume n nak jana pendapatan dengan perfume better jadi agent mana2x produk perfume inspired yang sedia ada di pasaran dulu supaya senang untuk mencari pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang dunia minyak wangi.