Perkara Yang Tak Patut Buat Kalau Whatsapp dengan Seller - adarain

Thursday, 12 January 2017

Perkara Yang Tak Patut Buat Kalau Whatsapp dengan Seller

Sekarang ni dah zaman moden nak beli makanan pun online je, hebat tak hebat zaman kita sekarang, itu baru zaman nie, belum lagi zaman akan datang mesti lg gempak.


Salah satu medium nitizen slalu beli online ialah melalui pengiklanan facebook. Bila terasa minat mula komen PM padahal no telefon/Whatsapp dh ada dalam iklan just whatsapp terus je sng.


Perkara Yang Tak Patut Buat Kalau Whatsapp dengan Seller.



Perkara yang korang tak patut buat kalau whatsapp dengan seller.


Bila korang nak beli melalui whatsapp dgn seller, hope perkara ini kalau boleh dielakkan takdelah buat menyakitkan hati seller yg terpksa mlyan customer stiap jam.




  1. Tak jawab soalan Seller
    Kalau ada seller tanya maka korang kena jawab jangan diam seribu bahasa. Penat2x seller whatsapp tapi tak dijawab.. Kalau tak berminat direct terus cakap tak berminat dengan produk dgn berikan sebab.. biasa customer akan kata mahal or tak cukup modal. Memudahkan urusan seller takdela nak follow up selalu.

  2. Baca Dengan Teliti
    Seller dah bagi maklumat semuanya tentang brg atau perkhidmatan, sila33x bca ngan teliti btol2x. Penat2x seller copypaste smua maklumat utk korang, korang tanya plak lagi sekali benda yang seller dah bg mklumat tdi.. fikir dlu mklumat yg diberi, kalo tak faham gak, gtau part mana yang tak faham n seller akan gtau lebih details. Seller suka je kalau korang bnyak tanya kalau takde dlm mklumt yg diberikan.

  3. Nanti saya fikir dulu
    Bila seller tanya korang berminat tak? Lalu korang reply "nanti saya fikir dulu, nanti saya whatsapp awak balik" or "nanti saya tnya suami dulu".. jgn jawab mcm tu, make sure bg tarikh comfirm sama ada korang berminat ke tak, biar spesific..sbb nak tunggu whatsapp balik tu bila? besok, minggu depan, tahun depan?

  4. Whatsapp tgh malam
    Tgh malam plak korang whatsapp katanya "serius nak beli".. bila tak reply marah plak lambat reply..agak2x la ye pun kalau nak whatsapp tu time bila... ada seller yg snggup korban lewat tido, reply juga mlayan korang..

  5. Membandingkan dengan harga Seller lain
    Korang jgn plak gtau produk sama tapi kenapa si pnjual tu boleh jual murah, si penjual ni jual mahal... kalau penjual tu jual murah just pg beli ngan pnjual tu je.. tkyah gtau just cakap TQ, maaf ya tak berminat ke n ikutlah alasan korang pastu belilah ngan si penjual tu..habis cerita..

  6. Skrang buzy la nanti saya bank in..
    Tadi minta PM cam tak bz tetiba bg mklumat semua pastu berminat n nak buat pmbyran katanya buzy plak..tgh buzy, nanti bank in tu ok lg pastu bila seller tnya dah bank in ke dah, terus senyap...plak dah. buzy benoo (mata ke atas tgn di bahu).. tnya lg skali pun senyap gak, baik terus terang tak jadi beli. senang memudahkan seller.

  7. Janji nak Jumpa hari ini tapi tak jadi..
    Korang dah set appointment untuk beli insurans ke nak jadi stokis ke apa2x la, tetiba tak jadi dtg plak dgn tak tak bg alasannya.. padahal seller dah gtau awal kalau nak cancel appointmen make sure 1 hari sebelum appointment. Kalau melibatkan kemalangan, tetiba ada orang sakit, meninggal, bersalin boleh diterima alasannya. Seller pun ok je.


ada papa nak tambah? boleh komen kt bawah.

Inilah antara yang dialami oleh seller yg 'berhdapan' dengan customer kebiasaannya. Situasi seller lambat reply kadang perlukan rehat n tenangkan emosi supaya sng nak jwb soklan next customer.


 
Comments

9 komentar

banyak benda seller salahkan buyer.

kekadang, tak faham aku.

sampai dok viral sana sini.

memang rajin beli online tapi tru website dan tak melibatksn seller, lagi mudah dan dapat point boleh redeem ;)

Buyer ni kadang2 macam ragam...dapat buyer yang OK dan memahami takpe...sekarang ni zaman viral...ada silap sikit...tak puas hati...habis jadi viral sana sini...tak faham aku...huhu

memamng macam2 kerenah buyer ni

Seller kerjanya menjual, kalau banyak soalan susah la kerja dia nanti.

bandingkan harga tu wajib.. selalu jumpa yg mahal. jauh lagi mahal dari kedai biasa

Ha, ada juga buyer yang suka sangat mesej tengah malam kononnya nak BELI, bila dah tau harga senyap sampai ke sudah. Penat juga layan orang macam ni kan.

Elakkan membeli barang dengan seller yg lembap, contoh kita minat dgn barang tu , then wasap dia pagi , tghari baru jawab, tanya lagi, petang baru jawab, seller mcm tu kemungkinan tak pos barang kita atau dia lewat lewatkan pos barang kita sampai 2 atau 3 hari buat kita menderita. Seller mcm ni selalu tak jawab call org, puas wasap tak berjawab, call pun tak jawab.


EmoticonEmoticon