Tidak lama lagi saya akan berkonvo, dalam mengira detik hari untuk berkonvo tetiba teringat kenangan serta rindu zaman belajar di universiti.
Ingat lagi ketika mendapat surat tawaran dari Universiti, memang gembira tak terkata dan ibu bapa juga tumpang gembira dengan keputusan ini.
Banyak persediaan yang dilakukan dalam menghadapi alam baru di universiti. Pengalaman ketika itu sangat berbeza dari mana-mana sekolah biasa.
Ada Dewan Kuliah, kelas tutorial, perpustakaan yang cukup besar berbanding sekolah biasa dan semuanya ber-aircond.
Dapat pula rakan-rakan baru dari seluruh negeri di Malaysia seperti Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak. Pada permulaannya, memang kekok mendengar bahasa mereka kerana pertama kali mendengar dialek yang keluar dari mulut mereka. Lama kelamaan, semakin faham dengan bahasa mereka dan saling ajar diajar untuk mempelajari bahasa mereka. Itu yang bestnya.
Ditambah pula, rakan-rakan memang sangat berbakat seperti menyanyi, pandai berceramah, Pandai memasak, hebat berniaga dan macam-macam lagi. Memang seronok.
Bila dah habis belajar ni, teringat assignment yang berlambak-lambak dan suasana peperiksaan di dewan.
Saya suka buat assignment pada saat-saat akhir dan kurang gemar buat assignment dalam kumpulan. Dalam kumpulan inilah, baru kita tahu perangai rakan-rakan kita yang sebenar, siapa yang malas, siapa yang rajin dan siapa yang sedang-sedang sahaja. Paling teruk rakan yang bertanya dah siap ke belum tanpa memberi idea sedikitpun dalam menyiapkan assignment. Semua akan mengalami.
Rindu nak menghafal nota sempena peperiksaan. Suasana ketika menghadapi peperiksaan memang seronok sebab dapat lihat rakan-rakan yang gila-menggila ketika study tak kurang juga ada yang khusyuk bila berstudy.
Nak hilangkan stress sampai ada yang menyanyi, berjoget sana-sini tak kurang juga yang ajak makan diluar.
Setelah duduk di kolej selama setahun, berpindah pula ke rumah sewa. Ini yang paling mencabar. Dari situlah kita tahu perangai rakan-rakan yang sebenar.
Bila diingatkan kembali memang sangat kelakar malah sakit hati pun ada. Benda dah lepas tidak elok diungkitkan kembali. Inilah cabaran bila duduk rumah sewa.
Antara cabarannya seperti rakan lambat bayar duit sewa rumah.
Aktiviti ini sudah menjadi satu kemestian setiap tahun. Kebiasaannya aktiviti berkhemah dilakukan setelah habis peperiksaan dan diadakan di port dickson.
Jika tidak sempat, kami hanya bermandi-manda di air terjun di tempat yang berdekatan.
Paling seronok, aktiviti makan malam bersama rakan-rakan sempena tamat belajar. Kenangan yang memang tidak akan dilupakan.
Itu semua kisah lama, memang tak boleh nak berpatah balik untuk merasai sekali lagi pengalaman tersebut dan hanya mampu diingati sahaja.
Selepas ini, bakal merasai alam baru iaitu alam pekerjaan yang sememangnya berbeza dari dunia belajar di universiti.
Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja sebagai pengubat rindu.
Pesanan kepada Pelajar baru IPT
Rindu Zaman Belajar Di Universiti

![]() |
sekadar gambar hiasan |
Rindu dengan Assignment.
Bila dah habis belajar ni, teringat assignment yang berlambak-lambak dan suasana peperiksaan di dewan.
Saya suka buat assignment pada saat-saat akhir dan kurang gemar buat assignment dalam kumpulan. Dalam kumpulan inilah, baru kita tahu perangai rakan-rakan kita yang sebenar, siapa yang malas, siapa yang rajin dan siapa yang sedang-sedang sahaja. Paling teruk rakan yang bertanya dah siap ke belum tanpa memberi idea sedikitpun dalam menyiapkan assignment. Semua akan mengalami.
Rindu nak menghafal nota sempena peperiksaan. Suasana ketika menghadapi peperiksaan memang seronok sebab dapat lihat rakan-rakan yang gila-menggila ketika study tak kurang juga ada yang khusyuk bila berstudy.
Nak hilangkan stress sampai ada yang menyanyi, berjoget sana-sini tak kurang juga yang ajak makan diluar.
Duduk di Rumah Sewa
Setelah duduk di kolej selama setahun, berpindah pula ke rumah sewa. Ini yang paling mencabar. Dari situlah kita tahu perangai rakan-rakan yang sebenar.
Bila diingatkan kembali memang sangat kelakar malah sakit hati pun ada. Benda dah lepas tidak elok diungkitkan kembali. Inilah cabaran bila duduk rumah sewa.
Antara cabarannya seperti rakan lambat bayar duit sewa rumah.
Aktiviti Berkhemah
Aktiviti ini sudah menjadi satu kemestian setiap tahun. Kebiasaannya aktiviti berkhemah dilakukan setelah habis peperiksaan dan diadakan di port dickson.
Jika tidak sempat, kami hanya bermandi-manda di air terjun di tempat yang berdekatan.
Paling seronok, aktiviti makan malam bersama rakan-rakan sempena tamat belajar. Kenangan yang memang tidak akan dilupakan.
Sentiasa merindui