√ Rindu Zaman Belajar Di Universiti - Adarain

Rindu Zaman Belajar Di Universiti

Tidak lama lagi saya akan berkonvo, dalam mengira detik hari untuk berkonvo tetiba teringat kenangan serta rindu zaman belajar di universiti.

Pesanan kepada Pelajar baru IPT



Rindu Zaman Belajar Di Universiti


Ingat lagi ketika mendapat surat tawaran dari Universiti, memang gembira tak terkata dan ibu bapa juga tumpang gembira dengan keputusan ini.

Banyak persediaan yang dilakukan dalam menghadapi alam baru di universiti. Pengalaman ketika itu sangat berbeza dari mana-mana sekolah biasa.

Ada Dewan Kuliah, kelas tutorial, perpustakaan yang cukup besar berbanding sekolah biasa dan semuanya ber-aircond.

Dapat pula rakan-rakan baru dari seluruh negeri di Malaysia seperti Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak. Pada permulaannya, memang kekok mendengar bahasa mereka kerana pertama kali mendengar dialek yang keluar dari mulut mereka. Lama kelamaan, semakin faham dengan bahasa mereka dan saling ajar diajar untuk mempelajari bahasa mereka. Itu yang bestnya.

Ditambah pula, rakan-rakan memang sangat berbakat seperti menyanyi, pandai berceramah, Pandai memasak, hebat berniaga dan macam-macam lagi. Memang seronok.

Rindu dengan Assignment.


Bila dah habis belajar ni, teringat assignment yang berlambak-lambak dan suasana peperiksaan di dewan.

Saya suka buat assignment pada saat-saat akhir dan kurang gemar buat assignment dalam kumpulan. Dalam kumpulan inilah, baru kita tahu perangai rakan-rakan kita yang sebenar, siapa yang malas, siapa yang rajin dan siapa yang sedang-sedang sahaja. Paling teruk rakan yang bertanya dah siap ke belum tanpa memberi idea sedikitpun dalam menyiapkan assignment. Semua akan mengalami.

Rindu nak menghafal nota sempena peperiksaan. Suasana ketika menghadapi peperiksaan memang seronok sebab dapat lihat rakan-rakan yang gila-menggila ketika study tak kurang juga ada yang khusyuk bila berstudy.

Nak hilangkan stress sampai ada yang menyanyi, berjoget sana-sini tak kurang juga yang ajak makan diluar.

Duduk di Rumah Sewa


Setelah duduk di kolej selama setahun, berpindah pula ke rumah sewa. Ini yang paling mencabar. Dari situlah kita tahu perangai rakan-rakan yang sebenar.

Bila diingatkan kembali memang sangat kelakar malah sakit hati pun ada. Benda dah lepas tidak elok diungkitkan kembali. Inilah cabaran bila duduk rumah sewa.

Antara cabarannya seperti rakan lambat bayar duit sewa rumah.

Aktiviti Berkhemah


Aktiviti ini sudah menjadi satu kemestian setiap tahun. Kebiasaannya aktiviti berkhemah dilakukan setelah habis peperiksaan dan diadakan di port dickson.

Jika tidak sempat, kami hanya bermandi-manda di air terjun di tempat yang berdekatan.

Paling seronok, aktiviti makan malam bersama rakan-rakan sempena tamat belajar. Kenangan yang memang tidak akan dilupakan.

Kereta Idaman Rakyat Malaysia



Sentiasa merindui


[caption id="attachment_1092" align="aligncenter" width="532"]Rindu Zaman Belajar Di Universiti Bergambar sebelum rakan-rakan membawa haluan masing-masing[/caption]

Itu semua kisah lama, memang tak boleh nak berpatah balik untuk merasai sekali lagi pengalaman tersebut dan hanya mampu diingati sahaja.

Selepas ini, bakal merasai alam baru iaitu alam pekerjaan yang sememangnya berbeza dari dunia belajar di universiti.

Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja sebagai pengubat rindu.

 

 

Get notifications from this blog

38 comments

  1. ohh..ngeri gak kalau ingat balik nih. haha..

    ReplyDelete
  2. Aku tengok gambar yang bawah sekali tu rasa ngeri pulak. Benarlah lelaki ni kaum-kaum yang pupus. Masa aku belajar dulu pun aku cuma 5 orang lelaki, dan 35 orang perempuan.. wahahahaha..

    ReplyDelete
  3. Mmg selalu juga merindui zaman pengajian.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Sedar tak sedar nak grad dah. Insya Allah pengalaman berada di universiti ni akan menguatkan kita bila berada di alam pekerjaan kelak. Saya teringat pengalaman semasa dikejar pak guard kat Uni. Memang tak boleh lupa. :D

    ReplyDelete
  5. Pengalaman semuanya...
    nanti boleh cerita kat anak cucu tue.. he he..

    ReplyDelete
  6. Emm saya pun suka buat assignment last minit..hehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih, pengalamn dikejar pak guard macam menakutkan..haha

    ReplyDelete
  8. ya, kita akan semua melalui..

    ReplyDelete
  9. memang mengerikan..haha, semua universiti pun macam itu. Lelaki mesti sedikit je.

    ReplyDelete
  10. Saya pun yang setahun lagi nak habis Uni ni pun dah fikir betapa akan rindu hidup sebagai siswa ni.

    ReplyDelete
  11. saya ada buat page untuk kolej saya.di situ mula heboh member dapat anak, dia kawin dan pelbagai cerita lagi..

    mesti rindu whuu..

    ReplyDelete
  12. serius ni bro..bila dah masuk alam pekerjaan..rindu rasa nak belajar balik..hahaha..time tu lagi seronok dari zaman bekerja

    ReplyDelete
  13. Aku pun rindu gak dulu, dapat pergi sukan antara universiti yang paling manis

    ReplyDelete
  14. saat susah payah masa study pasti jadi kenangan manis

    ReplyDelete
  15. kenangan manis dulu,kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  16. dulu bro mesti aktif bersukan..

    ReplyDelete
  17. rindu teramat sangat. memang tak boleh nak lari.

    ReplyDelete
  18. kalau teringat balik kenangan-kenangan manis zaman belajar..ramai yang akan tersenyum..hehe :)

    ReplyDelete
  19. kenangan yang akan dibawa sampai bila2
    semuanya mengajar kita bagaimana menjadi dewasa

    ReplyDelete
  20. Sy pulak rasa macam nak cepat2 je habis belajar... Penat...

    ReplyDelete
  21. betul, senyum seorang macam gila..hehe

    ReplyDelete
  22. memang penat tetapi kita akan merindu saat zaman kita belajar.

    ReplyDelete
  23. ohhh...best ek....saya takder pengalaman di U....sekolah takat-takat biasa jer....hanya anak penyambung cita-cita yang tak kesampaian......huhu

    ReplyDelete
  24. I miss my uni time too...kalau nak suruh belajar balik pun still sanggup...

    ReplyDelete
  25. rindukan...nak buat macam mana, benda dah lepas, kena teruskan benda lain.

    ReplyDelete
  26. memang best waktu kita teringgat kenangan gembira yang lepas2 nie. tambahan waktu belajar, kalau boleh sekarang kalau ada pelung nak la gi blaja bersungguh2 balik.

    ReplyDelete
  27. tak nak dah aku fikir. tak nak rindu.

    ngeri wehh..

    ReplyDelete
  28. Sedih tidak pernah merasakan kuliah karena faktor ekonomi :(

    ReplyDelete
  29. Assalam
    Biasanya kenangan sewaktu tamat pengajian dan berhaluan masing - masing itulah yang paling ketara - dan menjadi hiburan hati ketika sudah di alam kerja.

    ReplyDelete
  30. paling teruk nak buat final year project...

    ReplyDelete
  31. Biasanya masa lalu yang indah akan selalu dikenang dan dirindukan ...

    ReplyDelete