Showing posts with label punca malas membaca. Show all posts
Showing posts with label punca malas membaca. Show all posts

Sunday, 2 February 2014

Cuba Baca Dulu Sebelum Nak Komen Itu Ini

Baca Dengan Teliti Sebelum Komen


Beberapa hari yang lepas ramai blogger mengeluarkan post berkenaan dengan semakan permohonan BR1M. Dalam post tersebut memberikan satu informasi bagaimana cara membuat semakan permohonan dan pengumuman semakan permohonan BR1M akan dikeluarkan pada bulan Februari.

Tapi malangnya, ramai yang tidak membaca dengan teliti tentang post tersebut. Berikut adalah petikan komen berkenaan dengan semakan permohonan BR1M.

  1. Eh! dah keluar ke keputusan BR1M? Tak sabar nak check sekarang. hehe

  2. Ok, thanks ya, saya nak pergi semak permohonan BR1m sekaranglah.

  3. Bila ya semakan permohonan BR1M nak keluar?

  4. Kenapa saya check tak ada keluar apa-apa langsung pun.

Bila bab pasal BR1M, semua laju terus sepantas kilat buat semakan permohonan BR1M pada masa itu juga sedangkan penulis tersebut sudah menulis dengan jelas mengatakan bahawa semakan permohonan BR1M hanya boleh dilakukan pada bulan Februari. 

Betapa hebatnya tajuk post sebab mampu membuatkan pengunjung meninggalkan komen tanpa meneliti post tersebut.

Cuba Baca Dulu Sebelum Nak Komen Itu Ini
sumber gambar dari AI


Sebenarnya bukan sahaja pasal BR1M malah post lain juga begitu. Mungkin post terlalu panjang dan pengunjung tak baca sepenuhnya membuatkan pengunjung menanyakan kembali soalan yang memang sudah ada jawapan pada post. Malah benda ni pun berlaku pada blog aku juga. Nak tak nak memang kena jawab persoalan pengunjung walaupun tahu pengunjung takkan datang balik punya. Kalau datang itu kira nasib la.

Post Panjang Punca Malas Membaca


Antara punca pengunjung malas membaca mungkin disebabkan post terlalu panjang. Kalau dah tahu panjang di tambah pula memang malas membaca maka carilah point-point yang penting pada post tersebut. Point penting biasanya pada perenggan terakhir ataupun sebelumnya. Dari situ korang akan dapat jawapan yang sebenar.


Tapi ada certain part orang akan cepat-cepat baca post tersebut walaupun post tersebut panjang seperti mengetahui punca kejadian kemalangan, kisah kehilangan budak hilang terjawab dll. Berikut adalah pengunjung akan 'laju' membaca apabila post tersebut:

  1. Post tersebut mempunyai unsur lucah.

  2. Post tersebut ada gossip dan kisah kehidupan artis.

  3. Post tersebut ada kaitan dengan politik

  4. Post berkaitan Isu masa Kini. Contoh : Isu Salji Di Indonesia, kes rogol, Kemalangan Jalan raya dll

  5. Post berkaitan dengan tutorial. Contoh: tutorial memasak, tutorial buat blog, tutorial mempebaiki komputer dll

  6. Post berkaitan gadget Idaman korang.

  7. Post berkaitan sejarah dan Hukum-hakam Islam.

Tetapi bila bab sejarah kesultanan ke sejarah zaman dahulu memang semua pengunjung akan mula 'mengantuk' bila membaca. Realiti masa kini. Tapi macam aku pula jenis suka baca post zaman kegemilangan Tokoh Islam Seperti Umar Abdul Aziz, Sultan Al-Fateh dan ramai lagi siap beli lagi novel karya Abdul Latif

Kesimpulan


Post panjang tak panjang itu semua bergantung pada niat kita sebenarnya sama ada mahu membaca ataupun tak nak. Tapi kalau tak kerana membaca memang kita takkan berjaya seperti sekarang. Sekali lagi baca dulu sebelum komen.