Sunday, 2 February 2014

Baca Dulu Sebelum Komen

Baca Dengan Teliti Sebelum Komen


Beberapa hari yang lepas ramai blogger mengeluarkan post berkenaan dengan semakan permohonan BR1M. Dalam post tersebut memberikan satu informasi bagaimana cara membuat semakan permohonan dan pengumuman semakan permohonan BR1M akan dikeluarkan pada bulan Februari.

Tapi malangnya, ramai yang tidak membaca dengan teliti tentang post tersebut. Berikut adalah petikan komen berkenaan dengan semakan permohonan BR1M.

  1. Eh! dah keluar ke keputusan BR1M? Tak sabar nak check sekarang. hehe

  2. Ok, thanks ya, saya nak pergi semak permohonan BR1m sekaranglah.

  3. Bila ya semakan permohonan BR1M nak keluar?

  4. Kenapa saya check tak ada keluar apa-apa langsung pun.


Bila bab pasal BR1M, semua laju terus sepantas kilat buat semakan permohonan BR1M pada masa itu juga sedangkan penulis tersebut sudah menulis dengan jelas mengatakan bahawa semakan permohonan BR1M hanya boleh dilakukan pada bulan Februari. 

Betapa hebatnya tajuk post sebab mampu membuatkan pengunjung meninggalkan komen tanpa meneliti post tersebut.

Sebenarnya bukan sahaja pasal BR1M malah post lain juga begitu. Mungkin post terlalu panjang dan pengunjung tak baca sepenuhnya membuatkan pengunjung menanyakan kembali soalan yang memang sudah ada jawapan pada post. Malah benda ni pun berlaku pada blog aku juga. Nak tak nak memang kena jawab persoalan pengunjung walaupun tahu pengunjung takkan datang balik punya. Kalau datang itu kira nasib la.

Post Panjang Punca Malas Membaca


Antara punca pengunjung malas membaca mungkin disebabkan post terlalu panjang. Kalau dah tahu panjang di tambah pula memang malas membaca maka carilah point-point yang penting pada post tersebut. Point penting biasanya pada perenggan terakhir ataupun sebelumnya. Dari situ korang akan dapat jawapan yang sebenar.

[caption id="attachment_1492" align="aligncenter" width="524"]Baca dulu sebelum Komen sumber gambar dari google.com[/caption]

Tapi ada certain part orang akan cepat-cepat baca post tersebut walaupun post tersebut panjang seperti mengetahui punca kejadian kemalangan, kisah kehilangan budak hilang terjawab dll. Berikut adalah pengunjung akan 'laju' membaca apabila post tersebut:

  1. Post tersebut mempunyai unsur lucah.

  2. Post tersebut ada gossip dan kisah kehidupan artis.

  3. Post tersebut ada kaitan dengan politik

  4. Post berkaitan Isu masa Kini. Contoh : Isu Salji Di Indonesia, kes rogol, Kemalangan Jalan raya dll

  5. Post berkaitan dengan tutorial. Contoh: tutorial memasak, tutorial buat blog, tutorial mempebaiki komputer dll

  6. Post berkaitan gadget Idaman korang.

  7. Post berkaitan sejarah dan Hukum-hakam Islam.


Tetapi bila bab sejarah kesultanan ke sejarah zaman dahulu memang semua pengunjung akan mula 'mengantuk' bila membaca. Realiti masa kini. Tapi macam aku pula jenis suka baca post zaman kegemilangan Tokoh Islam Seperti Umar Abdul Aziz, Sultan Al-Fateh dan ramai lagi siap beli lagi novel karya Abdul Latif

Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!



Kesimpulan


Post panjang tak panjang itu semua bergantung pada niat kita sebenarnya sama ada mahu membaca ataupun tak nak. Tapi kalau tak kerana membaca memang kita takkan berjaya seperti sekarang. Sekali lagi baca dulu sebelum komen.

43 Comments

itulah kadang2 tajuk blog memainkan peranan. tpi kalau penulisan blog yg baik adalah kena ada sub topik yg berkenaan. ia secara automatik akan memberikan otak satu signal dan gambaran penulisan yg bakal dikupas dalam sub topik tu. huhu. tp kalau penulisan bagus, mesti orang akan baca sampai habis. macam entri ni lah. hehhe!

btw, jemput lah singgah ye.
http://iluvtour.com

macam aku memang malas baca panjang2, tapi tulis panjang aku suka lak.. hahahaha.. Tapi tu la, betul kata Kaio tu, kalau panjang macam ne pun kalau penulisan yang baik memang akan orang baca habis..

contoh macam blog Denaihati, Kak Kujie dan ramai lagi lah.. Masing-masing ada style untuk pikat pembaca :D

mungkin jgk yg baca tu nak cepat kot.. sbb tu saya update entry tak panjang hehe... entry ni pun terbaik sbb ada message dan entry tak panjang dan tak terlalu pendek, sesuai untuk dibaca :)

saya tulis susah nak berhenti.kalau ikut boleh di pendekkan entri tapi bila ubah sana sini jadi terlalu panjang. terkadang ikut mood juga ada masa tulis pendek ada masa tulis panjang. tapi terkadang bukan tak faham sahaja dan leretkan cerita jadi sedap. btw biar tulis cukup orang faham oklah.jangan tak faham payah gak..tapi boleh gak tanya di ruang komen ya.

peace ;)

Kadang tu terasa juga bila dpt komen mcm tu...tapi perlu fikir positif, mungkin cara penulisan belum dapat menarik perhatian pembaca utk membaca setiap patah perkataan yg ditulis. Ini akan memotivasikan diri untuk berusaha meningkatkan ilmu dan pengetahuan.

hahaha hang ni memang samdol la irwan. tulis suke, baca tak suka. keh3.

pada aku, cara penulisan lah mainkan peranan kat situ. perenggan kena cantik, ayat kena santai ke hapa, ikut selera dan topik artikel tu la. artikel panjang bukan masalah kott. rasanya lah. :)

Baca habis untuk hiburan, baca yang perlu saja untuk dapatkan maklumat yang dicari. Jadi jika nak tulis utk hiburan, biar panjang tak apa. Jika tulis untuk info, biar pendek dan penuh dengan point penting saja. Mungkin begitulah cara yang betul agaknya...?

pernah gak baca tak habis :D
terutama sekali bila tak faham apa topik yang dibincangkan

mungkin mereka just nak drop komen je.. huhuhu

Den masih mencari cari lagi gaya membaca entry dengan efektif tanpa lari dari isi asal entry

proses membaca secara online bukan semudah membaca kat buku atau suratkhabar..pembaca akan baca sepintas lalu untuk mendapat idea utama...namun KB percaya teknik penulisan dalam blog adarain.com adalah yang terbaik buat KB

Bagus juga point saudara. :). Boleh diperaktikkan ni.

mungkin juga, bermakna artikel perlu dalam keadaan santai dan bersahaja.

betul tue. yang penting isi dari pengisian entri tersebut.

kekadang, memang tak larat baca panjang-panjang. Lagi-lagi kalau tak ditulis dengan menarik.

biasa la tu bro... nk komen je keje die...
kalau aku, suke bace laju... cari mane point penting...

Okaylah juga nasib baik dia komen ada kena mengena dgn tajuk

kalau salah topik itu yang guwe rasa malu tuh..hehe... baca sekali imbas pun ok.. kadang2 entri yang ada rasanya perlu baca berulang kali, biasanya entri lucahla..tapi kalau pasal bola.orang nak tahu result jer.. dia tak mahu nak baca meleret2.. hehe ..terasa sudah..

Emm kadang baca sepintas lalu..ada masa baca sampai habis..ada ketika komen berdaasarkan pada tajuk sahaja..Semuanya pernah saya lakukan..tapi bergantung kepada masa, keadaan dan suasana..kalau sekadar saje suka-suka malas baca, terus komen itu bukanlah diri saya..hahaha..terima kasih atas peringatan yang cukup menarik ni...

Sejujurnya kita juga tak begitu 'suka' dengan entry yang agak panjang. Tapi its ok..kalau menarik olahannya sure kita baca...sebenarnya masa untuk BW agak terhad. So masing-masing nak cepatkan..ada tu yang baca tajuk aje kot..he..he..

aku pun pernah baca sepintas lalu pastu rasa tak puas hati aku baca lagi walaupun pening then komen simple je. haha

betul la tu, orang akan tahu keputusan je. Lain dah tak nak baca dah. haha

Mmg betul tu Bahrain.. kdg2 komen mmg lari terus dari yg telah diceritakan di sesuatu entri tu.. apa pun anggap baik jelah, sekurang2nya sudi juga org tu singgah & rajin pula nk tinggalkan komen hehee.. :D

kalau tulisan panjang berjela.. ada isi nya
pasti di baca juga..

hehe..saya kalau post panjang tapi menarik saya akan baca smpai abis.. kalau tak menarik baca yang penting je..

kalau saya kondisonal mas, post panjang / pendek, tapi biasanya saya juga kesulitan komentar manakala saya bertemu dengan postingan berjenis tutorial serta postingan dengan bahasa tingkat tinggi yang saya sendiri belum mengerti mas, slah satunya sepetrti yang mas bahrain tuliskan

Menjerat diri sendiri bila komen yang tiada kaitan dengan entry.
MJ pernah terima gak..
Post panjang tiada masalah asalkan entry tu menarik, tak mustahil orang akan baca sampai habis kan :D

Hurmmm.... macam blog saya citer pasal makanan - buat style karangan bergambar ayat simple jee... tapi masih ada gak yang malas nak baca...suka tengok gambar makanan je kot.. ahahahha

cik suri kalau susah nak berhenti leh jadi novelis...hehehe
best kan menulis ni...kadang2 syok jugak letak gambar2 hehe

memang best nak menulis ni. hehehe. teramat syok.

kalau niche makanan rata-rata mesti terpesona dengan gambar makanannya. ;)

Hahahah.. bener, kadang orang suka komen dlu. Jadinya gk keruan.

Kadang pos panjang bikin kita males membaca, kecuali lebih menarik dan bikin kita penasaran.