Marah Ibu Kerana Perkara Kecil
Ini kisah kawan saya, Masa itu, kawan serumah saya ni baru saja pulang dari kampung. Tapi saya pelik tengok dia sebabraut wajahnya nampak sedih. Yelah, biasanya bola orang tu balik dari kampung, mesti muka ceria dan gembira selalu. Maklum saja dapat jumpa dengan ibu, ayah dan adik-beradik tercinta. Saya pun tegurlah dia kenapa buat muka macam kerang busuk.
![]() |
sumber gambar dari AI |
Puas saya memujuk agar dia beralah dan meminta maaf pada ibunya. Tapi kawan saya ni tetap berkeras hati dan degil. Kalau orang yang egonya tinggi, tegur macam mana pun tak berguna juga. Jadi, saya tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik sebab saya bengang juga dengan perangainya.
Keesokan harinya sewaktu sedang makan di luar, tiba-tiba saya diterjah oleh rakan serumah saya semalam dengan keadaan sayu. Bila ditanya kenapa lembik semacam hari ini, Rupa-rupanya dia rasa bersalah apabila dia terbaca news feed pada facebook tentang anak yang derhaka. Tapi nak buat macam mana, perkara dah terjadi. Jadi saya nasihatkan dia supaya menghubungi ibu dia semula dan minta maaf sebelum terlewat.
Diapun akur sebab dia sendiri dah thu silap dia pada ibunya tu. Syahdu juga saya dibuatnya. Yelah, tak sangka pula hanya kerana gambar dan status pada facebook yang dilihatnya membuatkan hati kawan saya yang keras ni jadi lembut. Syukur.
Kesimpulan
Biasalah darah anak muda cepat 'panas'. Semua berhak untuk rasa marah tetapi biarlah dalam keadaan terkawal. Apabila marah dalam keadaan tidak terkawal macam-macam boleh terjadi hingga membunuh pun boleh berlaku. Diamkan sahaja apabila ibu bapa marah, mereka marah bersebab. Kalau marah tanpa sebab gila namanya.
Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada sebab untuk berada di dunia ini. Air yang dicincang takkan putus. Ingat, sejauh mana pun ibu dan ayah kita marah dan tegur tu, sebenarnya ada kebaikan untuk kita. Macam itulah teguhnya hubungan keluarga ini. Jadi hargailah keluarga korang semua. Selamat Hari Ibu. :)