[caption id="attachment_706" align="aligncenter" width="532"] Sumber dari google.com[/caption]
Sinopsis Filem Vikingdom
Filem ini berdurasi 1 jam 53 minit mengisahkan di mana Eirick dari Jomberg cuba untuk menumpaskan Dewa Thor kerana cuba untuk membuka Syurga dan Neraka yang pasti memusnahkan bumi. Eirick dikejutkan bahawa Dewa Thor merupakan ayah yang sebenarnya. Bagi menumpaskan Thor, Eirick bersama rakan-rakan seperjuangan perlu mendapatkan Tanduk dan perlu bersiul pada tanduk tersebut bagi menumpaskan Thor. Adakah Eirick bersama-sama rakannya berjaya menumpaskan Thor? Jawapannya pergilah tengok sendiri.
Ulasan Untuk Filem Vikingdom
Secara jujurnya aku tidak mengharap filem ini setanding dengan filem hollywood atau nak senang faham tidak terlalu expect terlalu tinggi dalam filem Vikingdom ini.
Filem mitos vikingdom memang jarang pengarah Malaysia buat. Tetapi aku kurang gemar bila ada elemen agama kristian dengan kepercayaan yang tak masuk akal. Macam kepercayaah Yunani pun ada, Dewa ada anak. Seperti filem mitos yang lain macam The Percy Jackson.
Sedangkan pengarah kita Yusri A.Halim merupakan seorang yang beragama Islam. Tidak manis memaparkan filem berbentuk sebegini.
Jiwa tak sampai. aku tengok macam ada yang tak kena, ada sebahagian babak memang tak sampai kat jiwa aku. Tapi ada satu babak tu memang menakutkan sikit di mana Eirick cuba mendapatkan tanduk tapi dihalang oleh orang yang seperti zombi. Yang lain macam tak sampai dan serba tak kena. Kira macam ni, babak tu sedih tapi macam tak sedih, tengok babak ni buat lawak tapi macam tak lawak.
Yelah, mungkin aku ni peminat tegar filem hollywood seperti The Hobbit, The Lord Of the Ring, Thor, Harry Potter. Itu yang macam lain bila tengok filem vikingdom arahan orang melayu.
Asal filem perang je mesti diselitkan unsur seks. Filem vikingdom pun tak terkecuali. Kalau tak ada unsur seks memang tak sah ke? Memang tak boleh nak lari benda macam ni. Mohon pengarah lepas ni cuba elakkan.
Berikut adalah Ulasan dari Ali Abu.
1] Buang masa dan duit.
2] Plot mcm gampang. Plot babak antara babak sangat lemah. Mcm Yusry baru belajar jadi pengarah.
3] Film ni Cpmform tahyul tapi crita ni bagi kredit percuma kepada agama Kristian padahal Yusry mengaku muslim. Dewa-dewa org Viking termasuk Thor jeles dgn kehadiran agama baru iaitu Kristian ke rantau Nordik. Thor, smpi sanggup jadi manusia semata-mata nak halang dakwah Kristian. Patut la Yusry bagi statement coverline kepada Surat Khabar Sinar Harian yg bahawa KRU Studios nak bikin film peperangan pasal Islam pulak selepas ini. Lantak kau la labu.
4] Kebanyakan pelakon utamo ey kaku. Mcm baru belajar berlakon. Pelakon yang jadi cina tu mmg out la dari segi lakonan. Harap pandai berkungfu jek. Pelakon utama, iaitu Bloodletter harap tunjuk badan sasa & harap tuah dia ni pelakon Hollywood yor. Tapi pelakon Hollywood taraf B je. Lakonan Byranna boleh la dipuji sikit. Nampak la kesungguhannya nak menghayati wataknya sebagai Byranna. Cumo tak logik la bilo dio tak sejuk menggigil dgn sentiasa berpakaian seksi iaitu hanya memakai bra & seluar pnjg kotat dan boleh pulak selamba berjalan tongah salji. Mmg mangkuk la sapo yg mengaku mengarah film nih.
5] Sound film ni sgt kuat dan tak kena dengan plot. Boleh pecah gogandang telingo woi.
6] Jgn boli DVD cetak rompak. Pasal tak berbaloi pun tgk film KRU nih.
7] Suntingan film ni pun out. Ke laut. Langsung tak setanding dgn film barat.
8] Bab aksi atau bab pukul-memukul boleh la tahan. Cemerlang lagi film KL Gangster 2.
9] Antara film Vikingdom dgn film KL Gangster 2, elok lagi tgk film KL Gangster 2 wlpn kedua-dua film tersebut bertaraf sampah. Satu sampah bernilaiRM4.5 juta dan satu lagi sampah bernilai RM20 juta.
Untuk akhirnya, Filem ini belum boleh lagi setaraf filem Hollywood masih lagi di tahap filem 'Malaysia' lagi. Itu pun ada juga U.S yang tertarik dengan filem ni. Ok la kot. Satu perkara yang aku suka dengan KRU ni adalah mereka berani mencipta satu kelainan dari filem-filem Malaysia yang lain serta sanggup mengorbankan berjuta-juta ringgit untuk sesebuah filem.
42 Comments
bro sangat bertuah kerana dapat pergi tengok wayang...dan sokong filem Malaysia.
Emm tak pernah tgok lagi citer ni..hehe..hebat filem melayu sekarang ni kan..walaupun tak setaraf filem luar negara, namun saya tetap rasa bangga..hahaha
Assalamualaikum.
Harapan, mudah-mudahan, dengan duit jutaan ringgit selepas ini ada penerbit / pengarah Malaysia Islam buat filem yang mampu mempromosikan Islam.
*Terimakasih Tuan Bahrain :)
Harapa benar apa yg dikatanya, buat filem epik pasal islam plak
hu3..nampak sgt filem kita belum sampai tahap untuk keluar dari kepompong
Memang la tak setaraf Hollywood. Filem bajet, kualiti pun tak setinggi mane. Memang melampau la kalau nak bandingkan dengan Hollywood.
Satu lagi, orang kene kreatif kalau nak buat filem macam nie. Daya imaginasi kene tinggi. Memang susah nak buat filem mitos kalau mitos itu bukan yang kita tahu. Mitos orang greek.
kalo bab CGI dan perang2x macam ni Malaysia belum mampu lagi tapi mungkin suatu hari nanti..
Harap2x pengarah buat filem epik perang yang berunsurkan Islam pula..
nak kata filem bajet pun tak sebab untuk filem ni je dah RM20 juta. Patutnya kualiti pun mesti gempak dengan harganya. Filem mitos memang hanya orang pakar je pandai.
kira boleh dibanggakan dan mungkin yg terbaik dalam Malaysia.
yap, Masa tgk filem ni pun hanya 3 barisan seat je panuh yang lain kosong..ada yang pertengahan jalan filem ni dah keluar.
Kalau kat hollywood diorang ada perkampungan / studio sendiri manakala team KRU buat di malaysia mengikut muka bumi malaysia.... Cuba tengok the making of... diorang buat kat puncak alam dan gua tempurung - untuk level malaysia dah cukup bagus laaa...
At least kita ada juga pilihan genre baru dan dah ada saranan untuk diorang buat filem lagenda negara kita jeee
Saya dah tengok filem ni,boleh dikatakan cemerlang , biasa la pendapat penonton lain mesti berlainan . Apa-apa pun saya tumpang berbangga dengan hasil anak tempatan seperti ini
vikingdom arahan KRU agak 'tidak memuas' hollywood kerana agak terkeluar dari landasan kisah viking dan dikatakan 'menghina' bangsa viking. Bagaimana kalau Hollywood buat Hang Tuah itu menjadi sultan dan hang li po menjadi puteri gunung ledang dan keris taming sari dijumpai oleh pahlawan 300 spartan..
Ia terlalu Melayu kan? Tak apalah, cubaan terbaik dari anak watan memasuki dunia perfileman CGI - kalau kita tahu harga untuk render CGI oleh KRU studio mungkin tiada yang memperlekeh.
sepertinya saya harus menonton ini, hebat loh yang buat film ini berani mencoba hal yang baru dan lain dari yang lain :)
Belum kesempatan nk tengok lagi movie ni.. poster mcm best.. Thanks sharing info ye :)
Tapi budak2 belajar Filem beriye-iye sungguh suruh saya tengok movie ni. Tapi bila tengok trailer, tak de rasa ingin pun
biasalah ia akan nampak pelbagai sudut kita mesti bg sokongan sb anak melayu buat kita haro dia akan bljar dr kesilapan.
Ini film buatan Malaysia ya...
Dilihat dari posternya nampak seperti film hollywood. semoga dunia perfilman Malaysia makin maju...
Masih belum berkesempatan untuk melihat filem ini. Nice try KRU production. Semoga berjaya menghasilkan filem yang kena dengan jiwa rakyat Malaysia khususnya dan seantero dunia amnya.
aku belum tgk lagi, kang nak komen macam x kena plak sebab belum tgk
Banyak filem yg lemah dari segi CGI, suntingan dan sebagainya tetapi mampu menarik perhatian dengan skrip dan lakonan yg baik. Maybe Yusry kena beri tumpuan pada yg itu. Yg lain2 tu kita boleh tolerate lah sbb tahu bajet dan kemampuan produser tempatan tu apalah sangat berbanding produser luar.
kalau lihat cover film ini sepertinya sangat menraik buat di tonton, salam kenal
kalau cerita sampah,,, camana la kita nak support filem Malaysia???
peh..ali tu dah tengok kl ganster 2 rupanya..
wah memang pengulas ni terus terang dengan apa yang dia rasa, walau bahasa kasar, tapi kalau itu hakikatnya, kene perbaiki la. takut melenting pula nanti hehe
promosi filem belum kaw-kaw lagi tu..
Hahah. Gile kejam komen pasal filem ni. Tapi kena la terima hakikatkan.
Bnyk komen negatif, bnyk jugak komen positif utk filem ni tp apapun, hrp2 filem ni dpt kutipan yg baik.
kalau bagi tiket free pun x gi jugak sbb dah dekat 25 tahun x masuk panggung ni heheheh
boleh tahan komen2 diberi.
hehe..
tgk sebalik tadbir pn xdek umph.
effect masih lg x gempak.
tgk KL gangster lg umph walaupun dh tgk cetak rompak.
Sekurang2nya ada anak melayu berani mencuba ke peringkat antarabangsa..kalo asyik ceta hantu, lawak bodoh sampai bila nak naik martabat filem... tgk jiran kita Thailand..
Betul tu, berani mencipta suatu yang luar biasa.
tengok trailer mcm gempak jer
Nampak macam gempak tapi biasa-biasa je kalau nak dibandingkan dengan Hollywood. Kalau di Malaysia boleh dikatakan ini yang terbaik walaupun ada kekurangan.
Haha betul2 tu klau nak wt cerita tu kena la kaji dlu nak bagi cantik org nk p tengok..tgok mcm christopher nolan tu cerita bajet murah je tpi bukn main hebat lgi jalan crrita dy..mcm mna la orang putih bole bgi org melayu bikin cite cmni..haha..
Kalau nak industri filem kita org pndang tinggi, yg pertama kena la produce crita martial art mcm silat untuk tunjuk budaya kita..tgok org indon jgk yg buat crita psai lawan mcm merantau warrior tu walaupun mat saleh yg buat, bru la teringin jgk nak tgok.ni crita psai rempit la hantu la pstu buat lawak bodo..mcm ni ka kita nk bagi audien tempatan rsa bangga?
Haha sya sokong sangat dgn pendapat abg,klau smpai bila2 pengarah/penulis melayu msih lgi nak buat filem mcm tu baik bgi bajet buat filem tu dkt ank2 yatim..
perlu penambahbaikkan dalam industri untuk terus lebih maju dan menarik minat penonton
Walaupun x sehebat filem Hollywood ttp aku bangga kerana studio KRU berani buat filem seperti ni... Banyak2 filem yg dibuat KRU, Hikayat Merong Mahawangsa paling aku suka... Tapi apa apa pun goodluck buat film Vikingdom ni. Lps ni buatlah cerita pahlawan Islam atau Melayu... barulah dpt memperkenalkan sejarah negara kpd negara luar... mcm cerita Leftenan Adnan
Jarang dah skarang pproducer buat movie pasal pahlawan Islam.