Tuesday, 17 September 2013

Berdiam Diri adalah Lebih Baik Dari Berkata-Kata

Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata


Berdiam Diri Lebih Baik: Ramai orang termasuklah rakan kita sendiri bila bercakap atau tak puas hati mesti akan keluarkan kata-kata yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang.


Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata
sumber gambar AI



Dan ramai orang juga suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.



Kita kena ingat semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk.

Ramai di kalangan kita bila bab mengumpat dan mengutuk mereka sangat suka sehingga mereka lupa mereka telah memakan darah daging saudara sendiri di akhirat nanti. Pada masa yang sama juga kita telah memberi pahala kepada orang yang kita umpat itu.


Bukan sahaja mengumpat dan mengutuk, fitnah juga tidak terkecuali. Fitnah inilah yang membuatkan seseorang itu teraniya kerana salah anggap dari orang yang membawa cerita tidak benar dan tersebar meluas kepada rakan-rakan.


Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.


Berikut adalah kata-kata hikmah dari Bilal bin Saad: "Sekiranya anda melihat seseorang yang pintar berbicara, suka membantah dan suka membanggakan pendapatnya, maka ketahuilah bahawa kerugiannya telah sempurna."


Kata- kata hukama: "Diam mengandungi 7000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimah dalam setiap kalimah mengandungi 1000 kebaikan."


Diam itu:


1) Ibadah tanpa susah payah (tanpa Modal).
2) Perhiasan tanpa perlu berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutupi segala keaiban atau diam itu keindahan bagi orang. alim dan penutup bagi orang yang bodoh.


Untuk Akhirnya,  makan boleh sebarang makan , cakap jangan sebarang cakap buruk padahnya.


40 Comments

tapi ramai yang tak sedar dengan menganggap orang xbanyak bercakap tu kureng pandai...padahal orang yang duk banyak bercakap tu kadang2 terlepas ayat yang menunjukkan mereka kureng pandai...bising je lebih

Betul tu bro,lebih baik kita berdiam dari berkata-kata mengikut situasi

amalkan berkata hanya ada perkara baik sahaja..

tapi kalau asyik berdiam je, nanti kena tindas. so ada pro and contra.

aku setuju sangat dengan entry nih.

Astaghfirullah...

sama2 kita bykkan mendengar kerana kita dikurnia 2 telinga berbanding 1 mulut =)

terima kasih bro berkongsi

hhoho..ada benarnya kata2 mu ini bro

Kalau banyak cakap benda ilmu takpa. Jangan yang merapu je.

lebih baik diam dari berkata benda yang bukan-bukan.

tak salah kalau nak bercakap tapi bia kene dengan tempat dan keadaan laa

kata orang kita tak boleh nak buat pe. Biarkan saje.

memang ada pro dan contra, yang penting cakap bila perlu.

ya btol tu, dengar dan beramal apa yang kita dengar jika ianya membawa kebaikan.

benda ilmu tak apa, kalo lagho kurang2xkanlah..

memang betul, takkan nak berdiam sepanjang masa pula kan...haha

Hehe..terima kasih kerana ingatkan saya yang terleka ni..saya bersyukur sebab saya jenis pendiam..hehe...

betul2. lebih baik diam. kalau bercakap tanpa ilmu lebih bodoh dr bercakap.kan.

Mulut satu dan telinga ada dua...gunakan mereka mengikut nisbah yang ada...pepatah barat

Assalammualaikum, maybe sebab is lama tak jenguk sini sebab tu is terlepas nak baca entri nie.

topup satu

setuju, kadang-kadng berdiam lebih baik. lebih banyak bercakap, mungkin lebih banyak silapnya. kalau tak pasti pun boleh jadi mengumpat.

assalamualaikum...nice entri...peringatan dan panduan untuk kita semua... tq

Lg kita bnyk berckp, bertambah la kelihatan kebodohan kita..Tambah2 plak kalo kita berlawan ckp ngan org yg x berapa cerdik.

So berdiam adalah memang lbh baik.

Berdiam itu memang lebih baik, tapi kena pada tempatnya...

betul jgk..byk berkata2 pon blh jd dosa..sebab bercakap lebih dr yg sepatutnya..hehe

saya suka diam diri kalau rasa banyak cakap haaa..tpi kalau utn bersembag2 macam kat taman perumahan mmg sy tak ambil port sgt takut terllu ramah nnti macam2 kisah keluar...sesekali berckp tak apa kalau byk cakap orang tak suka pula

pelik dengan gelagat mereka yang suka mengumpat tuh...

setuju dengan entry ni..kadang kala diam adalah lebih baik dari kita berkata perkara yang tak sepatutnya..

betul tu.. makin banyak cakap makin banyak dosanya..
dan makin banyak cakap makin menunjukkan kebodohan kita

Baik berdiam diri dari menyakitkan hati orang lain.

memang perlu dipastikan
setiap kata2 kita tidak mendatangkan sebarang kerosakan

lebih baik diam drpd bercakap kosong

Diam itu tanda kita bijak sebab tak menunjukkan kebodohan kita... Tapi ada masa kita perlu bersuara untuk bertanya kalautak sesat jalan... Cuma hentikan dari berbicara yang tak membawa keuntungan :)

Untuk keadaan tertentu diam itu bagaikan emas dari banyak kata yang pada dasarnya bisa dibilang tong kosong nyaring bunyinya :)

marah, diam..
tak puas hati, diam..

rasa perlu tegur, baru bersuara..

bagus entry ni bro.. harap ramai berubah ke arah lbih baik lepasni :)

berdiam bila perlu..
bercakap pun bila perlu..

Tuhan menciptakan manuasia dengan 1 mulut dan 2 telinga , itu arti x Allah menyerukan kepada manusia bahwa lebih baik banyak mendengar dari pada berbicara...

diam itu ibadah, diam itu emas, jadi kita mesti menahan segala sesuatu yang dapat membuat lidah untuk berucap yang tidak baik

Keselamatan seseorang terdapat pada penjagaan lisan nya.