Showing posts with label shopee. Show all posts
Showing posts with label shopee. Show all posts

Sunday, 17 November 2024

Pengalaman Beli Motor Skuter Yamaha Ego Gear Di Shopee

Ini adalah kali kedua beli motor tapi jenis skuter. Kalau sebelum ini beli motor biasa brand Modenas CT100 ketika belajar di universiti. Itupun, ayah yang belikan motor ni senang nak buat jalan-jalan ketikat belajat kat universiti. 

Guna lah sampai lah kerja. Kemudian dah tak pakai sebab membe ajak tumpang kereta pergi kerja sama. Bayar pun tong sama2x. Maka, terbiarlah motor Modenas aku yang lama tu. Bila dah bertahun2x tak hidupkan memang susahlah nak hidup rasanya dah lebih 4-5 tahun macam tu. 

Kalau aku google kata kena caj 3-4k juga sebabnya nak kena cuci enjin yang dah berkarak. Jadi motor ni pun aku bawa balik kg biar repair kat sana senang. 

Then baru-baru ini terpaksa beli motor baru sebanya membe eksiden pula tak disangka-sangka. kemalangan jatuh siling rumah jadi kena tahan wad untuk beberapa hari. Ak pulak memang tak pandai sangat bawa kereta padahal lesen kereta ada. hahaha. 

Honda Beat atau Yamaha Ego Gear?


Nak tak nak memang kena beli motor baru. Tupun pening moto mana yang nak pilih antara Honda Beat atau Yamaha Ego Gear. Harga pun tak jauh beza.. Last2x pilih Yamaha Ego Gear malas nak fikir sangat. Pastu nak kena fikir kedai mana yang jual murah plak.. 

Setelah berjam2x berhari-hari mencari jumpa lah kat satu kedai Shopee ni. Harga pun not bad then boleh bayar bulanan. Kalau aku nak ikat pun tak nak panjang2x sangat cukuplah 12 bulan macam tu. 

Kelebihan Yamaha Ego Gear


Sesuailah untuk yang pendek mcam aku tinggi 155cm macma tu bawa motor ni. Tak berat tak ringan just nice. Bawa pun sedap je. 

✅ Enjin Blucore 125cc SMG (Smart Motor Generator) :
Enjin BluCore generasi baharu berkuasa 125cc dengan teknologi SMG (Smart Motor Generator) yang menghasilkan suara lebih halus, jimat bahan api, tersambung dengan indikator mod eco untuk pengalaman tunggangan yang tiada duanya.
✅Lampu LED & Lampu Pilot 
✅Soket Elektrik Mudah Capai. Boleh caj Smartphone
✅Eco Mode - kira boleh jimat minyak
✅ Ada Mode automatik enjin terpadam ketika berhenti dan enjin hidup ketika bergerak. Mode ni boleh on atau off. 

Yamaha Ego Gear - Order hari ini esok sampai


Cara pembayaran tu pun aku buat installment kredit kad selama 12 bulan lebih macam tu tanpa bunga. Kira oklah. Pastu, dah chat semua terus order kat shopee. Bayangkan order hari ini, esok dah sampai.. memang cepat.

owh yeah aku beli dekat shopee Yeahride kalau tak silap nama dia. Kedai dia pun kat Kajang. 

Order ambil yang Interchange Model maksudnya still motor baru cuma motor dah daftar tapi tak pernah jalan. Waranti kilang masih ada lebih jimat banyak berbanding dengan yang unregistered.  Lagipun kalau ambil yang ni lagi cepat dapat berbanding unregistered nak kena tunggu no plate baru lagi. Cuma yg lecehnya kena buat penukaran nama owner plate nnti lah.

Macam aku sendiri tak kisah dapat no plate apa2x. No plate lama pun tak kisah. Tgk gambar kat bawah no plate WA (XXX) M . haha. No plate lama betul tu silap2x ego gear pun belum ada lagi masa tu.  haha. Janji dapat cepat.  

Thumprint Penukaran Nama Pemilik

Pastu proses thumnprint penukaran nama owner plate lama ke owner baru. Boleh pilih nak ke JPJ atau MYeg. Macam kt tempat aku takde MYEG jadi pilih JPJ untuk penukaran nama.  

Alhamdulillah, proses thumprint JPJ pun senang dan cepat. kena isi form dulu, form tu ada 2 bahagian... A & B. Bahagian A tu details owner lama ni kedai dah bg details siap2x menerusi whatsapp kemudian Bahagian bawah B details nama,ic, alamat kita semua then siap tunggu giliran. 



Pengalaman Beli Motor Skuter Yamaha Ego Gear Di Shopee
No plate cover. Dari sisi lupa plak nak ambil gambar. 

Warna motor pun ambil warna hijau tua. 

Boleh lah nak buat jalan2x dekat, nak pergi makan ke naik motor ni senang. 

Kekurangan yang aku nampak panel masih lagi bukan jenis LED, masih pakai jarum macm tu kemudian tangki minyak kecil. Kalau modenas lama aku CT100 tangki minyak dia besar boleh isi minyak dalam RM7-8 mcam tu. Kalau yamaha isi RM4 macam tu dah penuh. Kalau bawa lama2x motor ni sakit jugalah belakang. hahaha. Nak kena tukar absorber lain dengan tayar kalau ada rezeki nanti. 

Saturday, 9 November 2024

Ramai Salah Faham Kaedah COD Dari Shopee

Ya betul sehingga kini masih ramai customer kadang-kadang salah faham dengan kaedah COD yang telah lama diperkenalkan oleh shopee. Kebanyakkan yang salah faham mungkin customer yang baru atau first time dengar COD atau mungkin keliru dengan kaedah COD yang diperkenalkan oleh shopee. 

Cash on Delivery by Shopee


COD atau Cash on Delivery yang diperkenalkan adalah bermakna customer boleh membayar secara tunai atau cash ketika penghantaran dibuat. Bukan bermakna beli barang hari ini dengan kaedah cod kemudian akan dapat hari ini. Dia bukan macam tu. 

Sistem dia lebih kurang macam bayar online je masih perlu buat penghantaran macam biasa. Nanti bila dah out of delivey atau ketika sedang membuat penghantaran nanti baru prepare cash untuk barang yang akan sampai nanti.

Perkhidmatan Cod mungkin lagi jimat berbanding bayar online cuma kaedah je berbeza. 

Even cash on delivery kadang customer tu bayar QR or transfer duit bila barang dah sampai, tu semua bergantung pada budi bicara abg/kakak kurier nanti sama ada dorang accept tak QR/Duitnow. 

Dan customer boleh reject item atas pelbagai alasan. Kemungkinan biasanya ada penalti dikenakan, biasa untuk beberapa hari atau minggu macam tu. Ikut nasib kadang tak kena.   

Macam mana nak COD?

Sama macam biasa lepas add to chart kemudian check out pilih payment method sama ada nak bayar online atau COD. Kalau nak COD, pilih cod kemudian comfirm place order. 

Tunggu pengesahan dari shopee dalam masa 2 jam. 

Dalam masa pengesahan 2 jam tu korang boleh cancel order sekiranya ada masalah atau tak berminat.  Lepas dah 2 jam kira dah dapat pengesahan shopee pun korang boleh cancel juga. 

Tapi kalau dah dapat no tracking tu kena tunggu seller approve. Terpulang kepada seller nak approve atau cancel. Biasanya approve kalau baru order. Kalau dah lama order tetiba nak cancel boleh tanya seller dulu takot seller dah bungkuis dan dalam persiapan nak post. 

===

Kaedah ni sama juga dengan Lazada dengan Tiktok. Lebih kurang je. 

Sunday, 3 November 2024

Pakai Spaylater Tapi Tak Reti Semak Poket Sendiri?

Pakai Spaylater tapi tak reti ukur baju sendiri?

Tertarik dengan penulisan Fb di Ameno World berkenaan dengan isu spaylater yang mula di gunakan oleh pengguna. 

Kadang kemudahan yang diberikan telah disalahguna dengan membeli barang tetapi tidak membayar balik dengan waktu yang telah ditetapkan. Kalau rasa tak mampu buat cara tak mampu kumpul duit dan beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. 

Senang kata ada duit beli, tak ade duit jangan beli, tunggu dulu, beli kemudian bila ada duit nnti. Spaylater guna untuk emergency je. 

gambar sekadar hiasan

1. Penyakit SPAYLATER dah semakin kronik & aku terpanggil nak sekolahkan B40 macam aku.

2. Kita neh miskin. Bila miskin, kena sedar diri miskin. Kita tak ada RM2 juta simpanan ataupun pelaburan.

3. Meminjam dalam keadaan ada kemampuan nak bayar, tak apa. Tetapi itupun perlu ikut garis panduan. Garis panduan yang aku selalu anjurkan ialah;

👉 Pastikan kita ada duit simpanan samada lebih atau sama dengan harga barang yang kita beli secara pinjaman ✅️

👉 Pastikan kita tahu kita memang boleh bayar balik ✅️

Kena ingat, kerana kita manusia maka kita boleh kehilangan kerja, sakit & mati.

Sebab itu usah dengan mudahnya membuat pinjaman jika tak ada keupayaan bayaran balik.

4. Tadi ada aku baca (dulu pun ada baca kes seumpamanya), ada pula kawan² bagi kawan dia pinjam SPAYLATER.

5. Dia belikan kawan dia barang, guna nama dia, then kawan dia tu akan bayar balik bulan² kat dia ikut tempoh & tarikh sepatutnya.

6. Apa akan berlaku jika kawan tu tak bayar?

7. Yang teruknya kita. Nama pinjaman atas kita. Penalti kita. Barang kita tak dapat. Putus kawan. Sakit hati. Tanggung hutang. Kalau tak dapat bayar? Rosak kredit rating kita.

8. Sebelum ini ada beberapa group telah ban aku. Sebab aku bantah idea CASHOUT SPAYLATER.

9. Kenapa nak cashout?

10. Kau boleh beli semua benda kat Shopee. Tak perlu CASH OUT pun!

11. Sebab kau nak guna duit tu untuk beli bukan², betul? Itulah yang aku marah. Akhirnya yang melalai puak² ini bukannya dari bangsa lain atau agama lain. Bangsa sejenis dia juga.

12. Itulah penyakit B40. Dah la miskin tak sedar diri gila berhutang sibuk beli Iphone hutang kedai tak ada duit beli makanan viral hidup tak reti semak poket sendiri; orang ajar jimat, dimakinya kita balik.

Ya, sampai ke tahap nak beli Iphone hutang kedai. Sanggup bayar belas ribu. Duit pada nilai sama boleh dapat used car dah.

Kenapa wajib sangat Iphone?

Kau sedar tak kau tak mampu?

Rumah kau takde cermin ke?

Tengok muka sendiri dulu boleh tak?

B40 yang berjaya ialah;

Beli barang cash. Simpan duit. Ada cara & tekniknya. Katakan nak beli Water Filter, Air Purifier, Aircond etc, simpan duit bulan² kat SHOPEE PAY. Anggap SHOPEE PAY macam tabungan. Amalkan. Tak perlu cepat mesti ada on the spot, padahal benda boleh plan. Kau plan la betul². 

Benda boleh buat sendiri, belajar. Jangan malas.

Tak ada salahnya beli used. Aku beli used banyak item dah. Kena pandai cari. Jangan baru cari satu dua terus nak beli. Survey betul² dari segenap segi. Spend masa. 

Hutang bagi aku hanya untuk rumah & kereta sahaja.

Selain dari itu, usahlah. Kita neh B40 sahaja. Kita bukan Vincent Tan. Empayar NAZA. Raja Gula. Ada cawangan 99 Speedmart atau DIY. Hidup ikut kapasiti sendiri, jangan ikut orang, jangan biar minda dipengaruhi orang. 

Jadi masalah sebab sejenis hidup nak ikut standard orang. Dia rasa standard yang orang tentukan, itulah kebahagian. Tak apa. Go ahead. Capai la dengan cara merancang kewangan secara bijak. Bukan merancang tambah hutang sehingga sesak. Faham?

Sunday, 23 September 2018

Cara Tebus Free Shipping Kat Shopee

Ramai yang asyik tanya kenapa tak dapat free shipping bila membeli barang di Shopee.

Untuk pengetahuan pelanggan Shopee sekarang dah tak dapat automatic free shipping kalau beli barang. Untuk mendapatkan free shipping kena apply voucher dahulu.

Berikut merupakan cara-cara nak apply voucher free shipping.

stepnya sangatlah mudah untuk apply free shipping..

Cara Tebus Free Shipping Kat Shopee
Contoh Voucher yang kita akan apply. Biasanya 3 Voucher akan dapat setiap bulan. kalau dapat lebih tu bonus. 

Tutorial Cara Tebus Free Shipping Kat Shopee

Masa checkout nanti ada voucher then klik je kotak kosong ada tulis voucher then nanti terpapar voucher just klik dan kalau nampak kos shipping dah tak ada boleh teruskalah buat pembayaran macam biasa. :D
step pertama tebus Free Shipping Kat Shopee

step kedua Cara Tebus Free Shipping Kat Shopee
Voucher ini hanya boleh guna or apply untuk kedai-kedai yang ada gambar lorry warna hijau macam gambar di bawah. Kalau gambar kedai tak ada lambang lorry hijau ni maksudnya tak ada voucher free shipping ya. 

Cara Tebus Free Shipping Kat Shopee
gambar comel lorry warna hijau free shipping.