Ya betul sehingga kini masih ramai customer kadang-kadang salah faham dengan kaedah COD yang telah lama diperkenalkan oleh shopee. Kebanyakkan yang salah faham mungkin customer yang baru atau first time dengar COD atau mungkin keliru dengan kaedah COD yang diperkenalkan oleh shopee.
Cash on Delivery by Shopee |
COD atau Cash on Delivery yang diperkenalkan adalah bermakna customer boleh membayar secara tunai atau cash ketika penghantaran dibuat. Bukan bermakna beli barang hari ini dengan kaedah cod kemudian akan dapat hari ini. Dia bukan macam tu.
Perkhidmatan Cod mungkin lagi jimat berbanding bayar online cuma kaedah je berbeza.
Even cash on delivery kadang customer tu bayar QR or transfer duit bila barang dah sampai, tu semua bergantung pada budi bicara abg/kakak kurier nanti sama ada dorang accept tak QR/Duitnow.
Dan customer boleh reject item atas pelbagai alasan. Kemungkinan biasanya ada penalti dikenakan, biasa untuk beberapa hari atau minggu macam tu. Ikut nasib kadang tak kena.
Macam mana nak COD?
Sama macam biasa lepas add to chart kemudian check out pilih payment method sama ada nak bayar online atau COD. Kalau nak COD, pilih cod kemudian comfirm place order.
Tunggu pengesahan dari shopee dalam masa 2 jam.
Dalam masa pengesahan 2 jam tu korang boleh cancel order sekiranya ada masalah atau tak berminat. Lepas dah 2 jam kira dah dapat pengesahan shopee pun korang boleh cancel juga.
Tapi kalau dah dapat no tracking tu kena tunggu seller approve. Terpulang kepada seller nak approve atau cancel. Biasanya approve kalau baru order. Kalau dah lama order tetiba nak cancel boleh tanya seller dulu takot seller dah bungkuis dan dalam persiapan nak post.
===
Kaedah ni sama juga dengan Lazada dengan Tiktok. Lebih kurang je.