Tuesday, 5 November 2024

Sedapnya Kopi Kering-Beku Kapsul Dari Zus Coffee

Sebenarnya first time dengar nama kopi kering beku atau bahasa inggerisnya panggil freeze-dried. Biasa dengar kopi segera. Jadi apa bezanya kopi segera dengan teknik kopi kering beku. 

Apa itu Kopi Beku-Kering

Kopi beku-kering merupakan salah satu kaedah lebih terkini dalam industri kopi. Ia menggunakan teknologi pengeringan beku, kaedah pengawetan yang melibatkan pembekuan ekstrak kopi dan kemudian meletakkannya pada persekitaran vakum dengan haba yang rendah. 

Proses ini, juga dikenali sebagai lyophilization, mengeluarkan air daripada kopi beku dengan cara yang lembut, mengekalkan lebih banyak rasa asli, aroma dan nilai pemakanan.

Proses pengeringan beku untuk kopi biasanya bermula dengan membancuh biji kopi berkualiti tinggi untuk mengekstrak rasanya. Pekat kopi yang terhasil kemudiannya disejukkan dengan cepat untuk mengelakkan pembentukan hablur ais, yang boleh merosakkan struktur halus kopi. 

Selepas itu, kopi beku diletakkan di dalam ruang vakum, di mana pemejalwapan berlaku - peralihan langsung ais daripada pepejal kepada wap tanpa melalui fasa cecair. Proses lembut ini membantu mengekalkan integriti rasa dan aroma kopi yang halus. - sumber 

Freeze-Dried Capsul Dari Zus

Tertarik dengan kapsul dari Zus sebab Kapsul dia boleh terus masuk dalam air dan boleh terus minum sama ada nak buat americano ke atau atau pun latte. Itu yang membuatkan ak tertarik nak beli benda alah ini. Walaupun harga dia consider agak mahal jugaklah tapi why not kita try kan. 

Kecil je kapsul ni.. kelebihan freeze-Dried capsule dari Zus ni dia boleh larut dalam air panas even sejuk pun dia boleh larut tanpa berketul-ketul. kacau2x je dan sebati air tu.. dia tak macam kopi segera lain kena guna air panas dulu.. 

Yang ni tak, suhu tak kisah panas ke sejuk boleh larut dengan cepat. Sampai aku pun kagum dengan teknologi minuman kopi ni.. sekrang company lain pun mcam nak buat style macma ni sebab lagi mudah dan cepat kalau nak dibandingkan dengan brew...

Dari segi rasa kalau ikutkan sama ada brew dengan capsule ni macam lebih kurang sedapnya. Brew lagi best la rasanya kalau nak dibandingkan dengan capsule tpi still not bad la rasanya. Even aku boleh repeat lagi beli capsule ni.

===

Macm gambar kat bawah ni aku beli Capsul Santan X Zus. Dalam tu ada 5 (lima) capsule. Dan setiap kapsul tu ada pelbagai aroma perisa yang berlainan. 

Ada lima 5 jenis aroma kopi

  • UNITY - Chestnut | Ripe Grape | Pecan
  • BOSS - Bold | Dark Choc | Smoky
  • LYDIA - Smooth | Fruity | Nutty
  • CAPTAIN - Pecan | Cacao | Almond
  • ALL STAR - Honey | Chestnut | Lemongrass

salah satu kapsul iaitu Lydia 

Rupa dalaman capsule letak dalam cawan plastik. 

Yang ni pula untuk jenis coffee iaitu Lydia

Bagi aku semua sedap lah.. kena dengan tekak aku. 

Dan capsule macm ni sebenarnya lagi memudahkan orang ramai yang takde mesin brew, senang larut dan menjimatkan masa nak buat coffee ala2x brew. Tuang je coffee dalam air atau susu ke dan minum then baru bertenaga di pagi hari. haha Rasa pun memang nak sama je ngan brew.. try la 


Sunday, 3 November 2024

Pakai Spaylater Tapi Tak Reti Semak Poket Sendiri?

Pakai Spaylater tapi tak reti ukur baju sendiri?

Tertarik dengan penulisan Fb di Ameno World berkenaan dengan isu spaylater yang mula di gunakan oleh pengguna. 

Kadang kemudahan yang diberikan telah disalahguna dengan membeli barang tetapi tidak membayar balik dengan waktu yang telah ditetapkan. Kalau rasa tak mampu buat cara tak mampu kumpul duit dan beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. 

Senang kata ada duit beli, tak ade duit jangan beli, tunggu dulu, beli kemudian bila ada duit nnti. Spaylater guna untuk emergency je. 

gambar sekadar hiasan

1. Penyakit SPAYLATER dah semakin kronik & aku terpanggil nak sekolahkan B40 macam aku.

2. Kita neh miskin. Bila miskin, kena sedar diri miskin. Kita tak ada RM2 juta simpanan ataupun pelaburan.

3. Meminjam dalam keadaan ada kemampuan nak bayar, tak apa. Tetapi itupun perlu ikut garis panduan. Garis panduan yang aku selalu anjurkan ialah;

👉 Pastikan kita ada duit simpanan samada lebih atau sama dengan harga barang yang kita beli secara pinjaman ✅️

👉 Pastikan kita tahu kita memang boleh bayar balik ✅️

Kena ingat, kerana kita manusia maka kita boleh kehilangan kerja, sakit & mati.

Sebab itu usah dengan mudahnya membuat pinjaman jika tak ada keupayaan bayaran balik.

4. Tadi ada aku baca (dulu pun ada baca kes seumpamanya), ada pula kawan² bagi kawan dia pinjam SPAYLATER.

5. Dia belikan kawan dia barang, guna nama dia, then kawan dia tu akan bayar balik bulan² kat dia ikut tempoh & tarikh sepatutnya.

6. Apa akan berlaku jika kawan tu tak bayar?

7. Yang teruknya kita. Nama pinjaman atas kita. Penalti kita. Barang kita tak dapat. Putus kawan. Sakit hati. Tanggung hutang. Kalau tak dapat bayar? Rosak kredit rating kita.

8. Sebelum ini ada beberapa group telah ban aku. Sebab aku bantah idea CASHOUT SPAYLATER.

9. Kenapa nak cashout?

10. Kau boleh beli semua benda kat Shopee. Tak perlu CASH OUT pun!

11. Sebab kau nak guna duit tu untuk beli bukan², betul? Itulah yang aku marah. Akhirnya yang melalai puak² ini bukannya dari bangsa lain atau agama lain. Bangsa sejenis dia juga.

12. Itulah penyakit B40. Dah la miskin tak sedar diri gila berhutang sibuk beli Iphone hutang kedai tak ada duit beli makanan viral hidup tak reti semak poket sendiri; orang ajar jimat, dimakinya kita balik.

Ya, sampai ke tahap nak beli Iphone hutang kedai. Sanggup bayar belas ribu. Duit pada nilai sama boleh dapat used car dah.

Kenapa wajib sangat Iphone?

Kau sedar tak kau tak mampu?

Rumah kau takde cermin ke?

Tengok muka sendiri dulu boleh tak?

B40 yang berjaya ialah;

Beli barang cash. Simpan duit. Ada cara & tekniknya. Katakan nak beli Water Filter, Air Purifier, Aircond etc, simpan duit bulan² kat SHOPEE PAY. Anggap SHOPEE PAY macam tabungan. Amalkan. Tak perlu cepat mesti ada on the spot, padahal benda boleh plan. Kau plan la betul². 

Benda boleh buat sendiri, belajar. Jangan malas.

Tak ada salahnya beli used. Aku beli used banyak item dah. Kena pandai cari. Jangan baru cari satu dua terus nak beli. Survey betul² dari segenap segi. Spend masa. 

Hutang bagi aku hanya untuk rumah & kereta sahaja.

Selain dari itu, usahlah. Kita neh B40 sahaja. Kita bukan Vincent Tan. Empayar NAZA. Raja Gula. Ada cawangan 99 Speedmart atau DIY. Hidup ikut kapasiti sendiri, jangan ikut orang, jangan biar minda dipengaruhi orang. 

Jadi masalah sebab sejenis hidup nak ikut standard orang. Dia rasa standard yang orang tentukan, itulah kebahagian. Tak apa. Go ahead. Capai la dengan cara merancang kewangan secara bijak. Bukan merancang tambah hutang sehingga sesak. Faham?

Bawang Merah dan Putih Mempunyai Kekuatan Antibakteria

Boleh je baca tapi korang jangan lah percaya sangat dengan kes2x kat bawah cuma memang tak dinafikan yang bawang merah dan putih mempunya kekuatan antibakteria dan antiseptik.

sekadar gambar hiasan


*KES PERTAMA*

Seorg doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. 

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. 

Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. 

Doktor amat tertarik dan meminta utk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. 

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

*KES KEDUA*

Disebuah kedai gunting rambut yg banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. 

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yg telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

*KES KETIGA* 

Seorg yg terkena pneumonia menemukan artikel yg mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya. 

Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

 Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. 

Bawang merah yg berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Tiada Kajian Saintifik Berkenaan dengan Isu ini. 

Memetik satu laporan akhbar, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, “Tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang boleh menyokong dakwaan bahawa penggunaan bawang merah mampu merawat influenza.”

“Walau bagaimanapun, ia adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika anda  ingin mengamalkan petua hirisan bawang tersebut atau menggunakan sebarang semburan pembunuh kuman, cuma janganlah secara berlebihan,” ujar Dr Lee lagi.

Beliau turut menyarankan agar setiap individu untuk mengamalkan penjagaan kebersihan diri serta mengambil pemakanan yang seimbang bagi menghindari atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko terkena jangkitan.

==

Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dgn cara yg betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Adalah berbahaya utk mengiris bawang merah dan menggunakannya utk dimasak esok hari

Saturday, 2 November 2024

Movie Trouble Penuh Adegan Lucu Demi Pertahankan Diri

Dah lama tak share movie kat sini dan kebetulan semalam ada tengok movie netflix iaitu tajuknya Trouble dari negara Sweeden kalau tak silap.  

Tak expect la pula yang cerita dia ni memang kelakar even ada babak aksi dan thriller dengan watak hero dia ni yang rasa macam selenge tak betul pun ada.. Macam tengok mr bean tapi versi boleh bercakap lah..

Movie bergenre komedi aksi yang ringan dan aku rasa korang pun patot pergi tengok kat Netflix. Sekarang dah ditayangkan. 

Movie Trouble Penuh Adegan Lucu Demi Pertahankan Diri
Trouble. Sumber gambar dari netflix. 

Kisah Duda Cuba Mempertahankan Diri

Mengisahkan Conny seorang duda dan pekerja supermarket bahagian Jurujual eletronik yang telah dituduh membunuh seseorang apabila datang ke rumah pelanggan untuk memasang televisyen baru. Sambil memasang televisyen, rumah pelanggan tersebut telah didatangi seorang penjahat yang cuba untuk membnuh suami pelanggan namun telah disedari oleh Conny lantas penjahat tersebut cuba memukul Conny sehingga pengsan. 

Apabila Conny sedar dari pengsan, Isteri pelanggan tersebut mula menjerit ketakutan melihat Conny yang sedang memgang skru driver yang menjadi alat pemb0nhan suami pelanggan. 

Dari situlah, Conny cuba mencari bukti dirinya tak bersalah, mencari siapa yang menyebabkan kem4tian suami tadi dan apa yang sebenarnya terjadi?

==

Kalau tengok sinopsis macam berat je kan cerita ni.. 

Serious talk, takde berat mana pun lagi kelakar adalah dengan telatah bersahaja heronya status duda tapi jiwa remaja dengan bajet pandainya dalam bidang penerbangan. haha

Ada banyaklah babak yang kelakar, babak mencemaskan pun ada, babak kejar mengejar semua memang bestlah senang cerita. Kira babak tu memang packlah dengan drugnya, rasuahnya dan konspirasi jenayahnya lagi. 

Plot twist dia pun memang best lah boleh jangka cuma tak tahu orangnya mana satu dalam kumpulan tu.. 

So, korang pergilah tengok sesuai untuk tontonan keluarga. takde babak cinta-citun..

Imdb bagi rating 6/10. Tapi aku bagi rating 8/10 Bintang. 

Wednesday, 30 October 2024

Pengalaman Guna U Home 5G dari Umobile

Sebelum pakai U Home 5G, pakai fiber by maxis tapi memandangkan dah habis kontrak jadi saya terminate maxis fibre dan ambil pakej U Home 5G ni..

Kenapa tukar Fiber kepada Line Pula?

Salah satu sebabnya adalah murah RM68 tak termasuk caj sst, cut cost dan bila tengok penggunaan data sebulan tak pernah pun lebih dari 1000gb even yang guna pun dalam 2 orang je. Biasa average 400gb penggunaan.  

Pengalaman U Home 5G dari Umobile
U Home 5G

Pengalaman U Home 5G dari Umobile

Cara nak daftar pun senang je pergi lah mana-mana cawangan umobile untuk daftar Uhome 5G. Bagi details semua then terus dapat sim kad. Dia ada pilihan sama ada korang nak pakej tanpa modem atau nak modem. Kalau nak moderm ada kontrak selama 2 tahun manakala tanpa modem korang takde kontrak. Jadi yang takde kontrak tu korang boleh cancel bila-bila masa2x. Mungkin selepas 1-3 bulan penggunaan kot.  

Saya pula ambil pakej modem kira ada kontrak 2 tahun sebab malas nak fikir cari modem 5G. Modem 5G pun bukan murah sekarang. 

Sim kad ini lah nanti kena masukkan dalam modem.

Sebelum pakai pakej ini, memang dah test kat rumah dapat 5G, tower 5G pun dekat je dengan rumah. 

Dari segi kelajuan bila test tu memang tinggi boleh dapat 300-400mbps. Lebih kurang macam tu. 

Modem U Home 5G bagi tu Bermasalah


Tak sampai sebulan bila dah pakai modem yang umobile bagi ni dia asyik disconnect memanjang. Bila tengok post ramai yang kata modem yang umobile tu kualiti dia tak bagus sangat kira senang putus bila router terlalu panas. 

Kebetulan saya ada modem lama tapi dapat 4G je lah iaitu Huawei B818 kalau tak silap. Jadi tukar lah sim kad dan masuk dalam modem B818. So far takde putus2x dan line pun stabil cuma dapat line 4G je lah. Speed boleh dapat 80-90Mbps mcam tu kalau siang. Malam drop skit lah tapi kira stabil sebab tengok video streaming takde lag or putus2x.  

Modem Huawei pun boleh dikatakan antara yang terbaik dan juga mampu mengawal kepanasan modem.

Sementara guna Modem 4G, nak tak nak kenalah saya cari Modem 5G lain dan akhirnya saya pilih brand Huawei juga iaitu H122-373.

Modem Huawei H122-373 Ngam dengan U Home 5G

Memandangkan ramai yang kata brand tarik line kuat jadi saya ambil modem brand ni walaupun harga ini keras. Ada modem yang murah macam Nokia Fastmile 3, Oppo, Olax, ZTE tapi tetap pilih yang Huawei punya. Mungkin sebab dah terbiasa pakai modem Huawei sebelum ni B818. 

So far, sepanjang penggunaan penggunaan brand ni memang takde putus2x masih steady tengok video streaming. Kalau guna 2.4ghz speed biasa tapi guna yang 5.ghz tu berdesup laju speed. 
 
Pengalaman U Home 5G dari Umobile
Kotak Huawei

Pengalaman U Home 5G dari Umobile
comel je modem dia tak besar sangat macam B818



Friday, 25 October 2024

AEON Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Rasanya dah lama tak share kat sini.. tetiba rajin pula nak share kat sini berkenaan dengan pengalaman menggunakan  Aeon Bank atau Bank Digital Aeon.

Aeon Bank ni lain dengan kredit aeon yang berhutang tu tau, yang ni macam kad debit jenis prepaid sama macam Bigpay, Wise, macam tu cuma kelebihan yang ni Aeon Bank ni patuh shariah

Ini antara sebab join Guna Aeon Bank

Layout Aeon Bank


1. Kad dia PINK. Minimalis.

Simple. Clean. Walaupun feminin sket sbb color dia pink benorrrr. Haha. 

2. Numberless

Maksudnya, dekat kad tu, takde tulis nombor mcm kad debit atau kredit biasa. Ada nama ko je kat blakang. So no kad kt mne? Segalanya dalam app. So, selamat la klau org nk curi no kad dan CVV kat blakang kad.

3. Patuh Shariah

Aeon Bank telah mengumumkan yang bank dorang adalah patuh shariah. Bank digital Islam (patuh syariah) pertama di Malaysia. Jadi jangan ragu2x boleh terus mendaftar Aeon Bank

Pelanggan yang mengaktifkan akaun mereka (muat turun daripada Apple Store atau Google Play) juga boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank Visa maya mereka dan juga memohon Kad Debit-i fizikal.

4. Dapat 1000 Aeon reward points

Ini promotion kalau tak silap. Tak tau sampai bila. Points ni mcm point kad loyalty Aeon tu. Cukup points bleh redeem shopping voucer. 

Lepasni kalau nak berbelanja kat aeon ke jangan lupa scan aeon member kat dalam App  Aeon Bank boleh dapat point. Kumpul point boleh reedem nanti.  Kod bar tu kalau malas buka app dia, korang screenshotlah kod bar tu dan masuk dalam ewallet korang senang scan je terus tanpa buka app. 

E-wallet  phone sekarang kan advance boleh letak barcode membership semua. 

5. Online topup, prepaid VISA

Kad ni ada Visa jadi kalau nak travel ke luar negara boleh je pakai tanpa ragu cuma rate mungkin tinggi dan ada caj yang akan dikenakan. 

Selain itu, korang boleh top-up duit masuk sini (Aeon bank) sikit-sikit untuk buat belanja barangan luar negara mcm tu, kalau guna kad bank lain krang takot sedut banyak ke tetiba duit hilang ke kan jadi lebih selamat la kan pakai kad prepaid macam ni untuk test belanja beli barangan luar negara atau dalam negara. 

Selain itu, ada fungsi duitnow dan QR code, jadi boleh transfer duit dengan mudah

6. Profit rate 3.88% per annum (promo till 31/8) Sekarang ada pecahan iaitu saving biasa 0.88%, manakala 3.00% untuk saving Pot (Promo 31/12/2024)

Ini yang paling best dan penting. korang simpan je dalam Aeon korang akan dapat profite rate. Lagi banyak korang simpan, lagi banyak la profit rate korang dapat. Dia dah mcam style fixed deposit. Skit ke banyak belakang cerita yang penting ada profit rate setiap bulan.  Siapa nak bagi kan?

Enjoy great returns on your savings with AEON Bank's 3.00% p.a. profit rate! Plus, receive 1,000 AEON Points (worth RM5) when you download the app and register with my referral code below:

Referral Code: AB166286

6. UI App dia Simple dan Mudah

Layout app dia pun tak memeningkan dan mudah faham. Buat masa ini app masih dalam fasa baik-pulih sistem mungkin ada hari tu akan ada tergendala sistem mcm tu. Benda baru kan jadi kena siap sedia lah. Hopefully sistem dia lepas ni berjalan dengan lancar smooth je.  

------

Ingat. Mencari yang halal adalah wajib! Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

KWSP atau EPF pun dah ade simpanan Syariah.