Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday, 30 October 2024

Pengalaman Guna U Home 5G dari Umobile

Sebelum pakai U Home 5G, pakai fiber by maxis tapi memandangkan dah habis kontrak jadi saya terminate maxis fibre dan ambil pakej U Home 5G ni..

Kenapa tukar Fiber kepada Line Pula?

Salah satu sebabnya adalah murah RM68 tak termasuk caj sst, cut cost dan bila tengok penggunaan data sebulan tak pernah pun lebih dari 1000gb even yang guna pun dalam 2 orang je. Biasa average 400gb penggunaan.  

Pengalaman U Home 5G dari Umobile
U Home 5G

Pengalaman U Home 5G dari Umobile

Cara nak daftar pun senang je pergi lah mana-mana cawangan umobile untuk daftar Uhome 5G. Bagi details semua then terus dapat sim kad. Dia ada pilihan sama ada korang nak pakej tanpa modem atau nak modem. Kalau nak moderm ada kontrak selama 2 tahun manakala tanpa modem korang takde kontrak. Jadi yang takde kontrak tu korang boleh cancel bila-bila masa2x. Mungkin selepas 1-3 bulan penggunaan kot.  

Saya pula ambil pakej modem kira ada kontrak 2 tahun sebab malas nak fikir cari modem 5G. Modem 5G pun bukan murah sekarang. 

Sim kad ini lah nanti kena masukkan dalam modem.

Sebelum pakai pakej ini, memang dah test kat rumah dapat 5G, tower 5G pun dekat je dengan rumah. 

Dari segi kelajuan bila test tu memang tinggi boleh dapat 300-400mbps. Lebih kurang macam tu. 

Modem U Home 5G bagi tu Bermasalah


Tak sampai sebulan bila dah pakai modem yang umobile bagi ni dia asyik disconnect memanjang. Bila tengok post ramai yang kata modem yang umobile tu kualiti dia tak bagus sangat kira senang putus bila router terlalu panas. 

Kebetulan saya ada modem lama tapi dapat 4G je lah iaitu Huawei B818 kalau tak silap. Jadi tukar lah sim kad dan masuk dalam modem B818. So far takde putus2x dan line pun stabil cuma dapat line 4G je lah. Speed boleh dapat 80-90Mbps mcam tu kalau siang. Malam drop skit lah tapi kira stabil sebab tengok video streaming takde lag or putus2x.  

Modem Huawei pun boleh dikatakan antara yang terbaik dan juga mampu mengawal kepanasan modem.

Sementara guna Modem 4G, nak tak nak kenalah saya cari Modem 5G lain dan akhirnya saya pilih brand Huawei juga iaitu H122-373.

Modem Huawei H122-373 Ngam dengan U Home 5G

Memandangkan ramai yang kata brand tarik line kuat jadi saya ambil modem brand ni walaupun harga ini keras. Ada modem yang murah macam Nokia Fastmile 3, Oppo, Olax, ZTE tapi tetap pilih yang Huawei punya. Mungkin sebab dah terbiasa pakai modem Huawei sebelum ni B818. 

So far, sepanjang penggunaan penggunaan brand ni memang takde putus2x masih steady tengok video streaming. Kalau guna 2.4ghz speed biasa tapi guna yang 5.ghz tu berdesup laju speed. 
 
Pengalaman U Home 5G dari Umobile
Kotak Huawei

Pengalaman U Home 5G dari Umobile
comel je modem dia tak besar sangat macam B818



Friday, 25 October 2024

AEON Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Rasanya dah lama tak share kat sini.. tetiba rajin pula nak share kat sini berkenaan dengan pengalaman menggunakan  Aeon Bank atau Bank Digital Aeon.

Aeon Bank ni lain dengan kredit aeon yang berhutang tu tau, yang ni macam kad debit jenis prepaid sama macam Bigpay, Wise, macam tu cuma kelebihan yang ni Aeon Bank ni patuh shariah

Ini antara sebab join Guna Aeon Bank

Layout Aeon Bank


1. Kad dia PINK. Minimalis.

Simple. Clean. Walaupun feminin sket sbb color dia pink benorrrr. Haha. 

2. Numberless

Maksudnya, dekat kad tu, takde tulis nombor mcm kad debit atau kredit biasa. Ada nama ko je kat blakang. So no kad kt mne? Segalanya dalam app. So, selamat la klau org nk curi no kad dan CVV kat blakang kad.

3. Patuh Shariah

Aeon Bank telah mengumumkan yang bank dorang adalah patuh shariah. Bank digital Islam (patuh syariah) pertama di Malaysia. Jadi jangan ragu2x boleh terus mendaftar Aeon Bank

Pelanggan yang mengaktifkan akaun mereka (muat turun daripada Apple Store atau Google Play) juga boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank Visa maya mereka dan juga memohon Kad Debit-i fizikal.

4. Dapat 1000 Aeon reward points

Ini promotion kalau tak silap. Tak tau sampai bila. Points ni mcm point kad loyalty Aeon tu. Cukup points bleh redeem shopping voucer. 

Lepasni kalau nak berbelanja kat aeon ke jangan lupa scan aeon member kat dalam App  Aeon Bank boleh dapat point. Kumpul point boleh reedem nanti.  Kod bar tu kalau malas buka app dia, korang screenshotlah kod bar tu dan masuk dalam ewallet korang senang scan je terus tanpa buka app. 

E-wallet  phone sekarang kan advance boleh letak barcode membership semua. 

5. Online topup, prepaid VISA

Kad ni ada Visa jadi kalau nak travel ke luar negara boleh je pakai tanpa ragu cuma rate mungkin tinggi dan ada caj yang akan dikenakan. 

Selain itu, korang boleh top-up duit masuk sini (Aeon bank) sikit-sikit untuk buat belanja barangan luar negara mcm tu, kalau guna kad bank lain krang takot sedut banyak ke tetiba duit hilang ke kan jadi lebih selamat la kan pakai kad prepaid macam ni untuk test belanja beli barangan luar negara atau dalam negara. 

Selain itu, ada fungsi duitnow dan QR code, jadi boleh transfer duit dengan mudah

6. Profit rate 3.88% per annum (promo till 31/8) Sekarang ada pecahan iaitu saving biasa 0.88%, manakala 3.00% untuk saving Pot (Promo 31/12/2024)

Ini yang paling best dan penting. korang simpan je dalam Aeon korang akan dapat profite rate. Lagi banyak korang simpan, lagi banyak la profit rate korang dapat. Dia dah mcam style fixed deposit. Skit ke banyak belakang cerita yang penting ada profit rate setiap bulan.  Siapa nak bagi kan?

Enjoy great returns on your savings with AEON Bank's 3.00% p.a. profit rate! Plus, receive 1,000 AEON Points (worth RM5) when you download the app and register with my referral code below:

Referral Code: AB166286

6. UI App dia Simple dan Mudah

Layout app dia pun tak memeningkan dan mudah faham. Buat masa ini app masih dalam fasa baik-pulih sistem mungkin ada hari tu akan ada tergendala sistem mcm tu. Benda baru kan jadi kena siap sedia lah. Hopefully sistem dia lepas ni berjalan dengan lancar smooth je.  

------

Ingat. Mencari yang halal adalah wajib! Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

KWSP atau EPF pun dah ade simpanan Syariah.

Saturday, 21 November 2020

Kelebihan Guna Printer Epson EcoTank L3150 Wifi

Memandangkan printer lama dah rosak iaitu brand Epson juga jenis L220. Jadi sekarang mencari printer lain pula yang lebih canggih dan laju skit bila print. Survey punya survey maka pilihla Epson EcoTank L3150 yang ada wifi punya siap ada scannder semua. Kira All in one semua ada. 


Kenapa aku brand Epson? Sebab first time printer beli ialah brand Epson so malas nak fikir beli je lah brand epson cuma yang pening ialah nak pilih yang mana satu mengikut keperluan aku. 


So far aku guna printer memang tahan lama.. L220 tahan 3 tahun guna pastu ada problem sikit bawa printer pergi jumpa HQ Epson terus. Dorang repair jadi baru terus dan keluar cash tapi berbaloi, tahan sampai sekarang. Kira dah 6 tahun guna dan hari-hari guna printer ni kecuali sabtu dan ahad. Cuma sekarang tengok macam dah nazak tapi boleh pakai lagi.. 


Sebabnya bila tersangkut or tak boleh print nak kena buka dalam dan bersihkan roda pusing dia tu baru berjalan print tu. Belum rosak lagi tpi leceh asal tersangkut kena cuci dalam.. Mgkin sebab 6 tahun lama sangat kot tu ada karenah.. Kalau dah sampai 6 tahun beli je lah baru. 


Printer brand Epson


 Printer Epson EcoTank L3150 All in One


Kelebihan Guna Printer Epson EcoTank L3150 Wifi
Epson L3150. ink kat depan

Epson L3150 ni kira pilihan yang terbaik la nampak macam besar tapi tak makan ruang pun. Kalau L220 memanjang kiri kanan, L3150 ni gemuk atas bawah je. Tank ink pun kat depan bukan lagi kat tepi. Senang nak isi ink. 


Kelebihan Guna Printer Epson EcoTank L3150 Wifi
dari atas, ada scanner macam biasa. 


Sebut pasal ink, ink dia pun sangat murah even ori pun.. beli ori ke tak ori lebih kurang je harganya. Pastu nak masukkan ink tu memang senang sangat. Takde serabut kepala nak kena hati-hati masukkan ink kat tank ink tu.. Botol ink dorang ada khas memang masuk je dalam tank ink dengan mudah. Dah habis isi cabut je botol. Senang. Sangat senang berbanding ink L220.


Letak je ink macam ni pastu biarkan tak payah sentuh..Dah habis baru cabut. Bila cabut je btl ink automatik ink tu tak keluar lagi. kena cucuk ngan tank ink printer baru keluar ink. So easy takdelah tangan penuh ngan ink. 

Bila print tu memang laju la. takdelah nak tunggu lama print 10-20 helai kertas kan. Lagi berbaloi dari beli printer laser. Even printer laser tu memang laju print tapi dari segi penjagaan tu rumit weii.. nak kena jaga drum dia lgi kena tukar cartrigdes lagi.. Sangat3x leceh.


Kemudian ada wifi juga. Ada 2 wifi, satu wifi biasa yang pakai kat umah.. satu lagi wifi direct ni tak sure mgkin direct wifi epson punya kot.. Jarang guna wifi punya.. biasa pakai cable je. 


Ringkasan Kelebihan EcoTank L3150


  • Design compact
  • Ada wifi, wifi direct
  • Ink berkualiti tinggi
  • Pengisian Ink tanpa tumpah terkena tangat ke badan. Sangat mudah
  • Ada Epson Connect (Epson iPrint, Epson Email Print and Remote Print Driver)
  • Percetakan tanpa sempadan hingga 4R


Kekurangan Epson EcoTank L3150 All in One


Setiap kelebihan dia ada kekurangannya.. Kekurangan yang nampak macam bunyi bila print kertas tu kuat bunyi cret3t macam tu tapi laju la print..cuma bunyi tu ketara sangat.. mgkin sebab printer masih baru lagi kot.. 


Wifi dia macam susah nak setting even tengok youtube pun macam lain je caranya. haha ke ak yang tak pandai guna..   untuk jenis eco tank ini ada 2, sama ada korang tak nak wifi, boleh beli eco tank jenis L3110. Kalau nak ada wifi boleh ambil L3150. Fungsi sama je kedua produk cuma ada dan takde wifi je. 


Contoh macam kalau kertas tersangkut korang kena buka skru dulu baru boleh boleh cabut kertas kat dalam tu. Skru dia tu alahai kecik sangat kalau jatuh tu jenuh nak mencari.. Kertas tersangkut tu salah sendiri la sebab nak letak kertas tu ada caranya dan kalau boleh kertas tu jangan rapat sangat dengan dinding..  nnti terubah bentuk kertas tu tak jadi lurus, print kertas pun tersangkut.


Itu je la yang nampak kekurangan kat L3150.. Yang lain perfect. 

Monday, 9 September 2019

20 Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an

Nasihat kewangan untuk umur 20an :


1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan.

3. Cari pendapatan sampingan, tak tahu nak jual apa? Kau tulis je dekat komen ni “ada kerja kosong?” Insha allah ada orang offer tu.

4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.

Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an
sekadar gambar hiasan
5. Baca buku kewangan. Tapi takde feel baca buku. Pergi seminar kewangan. Banyak je, tak sampai ratus pun.

6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook ni. Banyak ilmu free.

7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut dengan dia. Belanje kopi secawan.

8. Sedekah sekurang kurang nya hari jumaat tu. syiling pun boleh. Takyah malu. Janji ikhlas.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni merokok. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.

13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.

15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam macam apps ada untuk monitor simpanan.

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Jangan kedarah megi dan pamah je, kesian perut.

18. Usahakan bayar PTPTN tu. Namanya hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah lah kutuk member niaga. Kau pun duit nan hado jek.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

Saturday, 30 March 2019

Movie Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Catat 12 Juta Dalam Masa 7 Hari

Upin dan Ipin Siamang Tunggal dah keluar kat pawagam dan memang ngam dengan cuti sekolah jadi ibu bapa boleh bawa anak-anak menonton wayang cerita upin dan ipin. 

Kalau sebelum ini movie upin dan ipin Geng Pengembaraan agak memberangsangkan dengan kutipan 6.2 juta namun kurang memberangsangkan kutipannya di Brunei. Turut ditayangkan di Indonesia namun tidak dapat dipastikan jumlah kutipan sebenar di Indonesia. 

Kali ini,  Upin  dan Ipin dengan misi terbaru Keris Siamang Tunggal berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam masa 7 hari sahaja iaitu 12.1 juta. Satu jumlah yang sangat besar dan memberi impak positif pada movie Upin dan Ipin yang terbaru. 

Movie Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Catat 12 Juta Dalam Masa 7 Hari
Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Carta no 1 di semua pawagam.

Sinopsis Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal 

Mengisahkan pengemberaan Upin dan Upin yang terjumpa satu keris misteri ketika kemas stor milik tok Dalang bersama- sama rakannya. Tetiba keris tersebut membuka satu ruang dimensi ke dunia lain iaitu dunia Inderaloka. Dari situ bermula pengembaraan Upin dan Ipin merungkai Keris yang menjadi tanda tanya. Apa yang misterinya Keris ni? Korang kena tengok cerita ni kat wayang le. 

Ulasan Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal 

Movie ini bagi aku agak menarik juga jalan ceritanya namun tidak terlalu wow namun boleh dibanggakan dengan pencapaian animasi movie ini.

Banyak scene yang memukau dari segi pemandangan sungai, kawasan perkampungan dan banyak lagi. Lagu yang disajikan memang sedap didengar sampai buka youtube dengar berulang kali dengar. 

Ada orang agak sedih tengok cerita ini tapi bagi aku tak sedih langsung. Cerita si tanggang masa kecik aku sedih la gak time baca buku tapi movie ni recreate balik dalam bentuk movie cam biasa pula tengok...

Kurang enjoy skit sebab aku tak beberapa gemar scene yang diadaptasi cerita lama rasa macam tak suprise pula. Pastu babak ketawa upin ada ipin banyak macam annoying plak dengar. Mngkin aku tak suka budak kot. hahaha

Lagipun cerita ni pun untuk budak-budak jadi tak kisah sangatlah.. dorang pun tak kisah kalau cerita diadaptasi ke banyak ketawa ke janji enjoy. 

Overall, cerita ni memang best tak bosan sangat dan antara animasi terbaik pernah dihasilkan oleh orang Malaysia. Bagi 7/10 Bintang. Recommended untuk budak-budak. 

Thursday, 7 March 2019

Movie Captain Marvel Pelengkap The Avengers End Game

Captain Marvel dah pun berada kat wayang sejak 6 hb Mac dan movie ni lah antara movie yang ditunggu-tunggu oleh peminat Marvel.

Apa yang bestnya Captain Marvel ni? Sama macam captain america ke or sama macam superman ke?

Bagi aku sendiri Captain Mavel ni bukan macam america punya style sebab captain america punya kuasa based on strength je dan mengharap perisai je. Manakala superman pun lain juga walaupun lebih kurang sama tapi dari segi latar belakang superman bukan dari penduduk bumi dan keturunannya memang ada kuasa dalam dunia dorang. Kuasa pun lain dari lain yang mana captain marvel hanya manusia biasa dan mendapat kuasa cahaya tanpa sengaja.

captain marvel

Sinopsis Captain Marvel

Mengisahkan captain Marvel yang agak keliru tentang dirinya ini kerana dalam fikirannya selalu terimbas-imbas yang dia ni pernah berada kat bumi padahal dia ni keturunan dunia Kree. Sehinggalah satu hari ni dia terdampar ke bumi untuk berjumpa dengan seseorang yang bernama dr Lawson yang mana dr menjadi buruan enemy thats y captain marvel as spy cuba merungkai kenapa dr lawson ini penting sangat bagi enemy. Pada masa yang sama cuba mencari jawapan kekeliruan tentang identitinya sendiri. 

Feedback tentang Captain Marvel 

Bagi aku sendiri cerita ni boleh kata just ingin memperkenlkan kita siapa itu Captain Marvel. Dan pengenalan macam mana wujudnya nama marvell dan dari movie ini korang dapat tahu kenapa mata nick fury sebelah tak ada.

Aku rasa macam cerita ini cepat sangat habis.. and i want more. macam tak puas lagi tengok cerita ini.  Dari segi action tak berapa banyak sangat tapi agak padu juga scene battle tu. 

Overall bagi aku still the best sbb cerita marvel mesti ar la best. haha. 

Aku bagi rating 8/10 bintang untuk movie ni.

Dan movie yang paling ditunggu adalah Avengers End Game yang bakal ditayangkan pada bulan April nanti. Captain Marvel pasti ada menjadi pelengkap cerita untuk memusnahkan thanos nanti. Dengar cakap orang Captain Marvel bakal putar balik masa nanti? Betul ke? Tgk movie captain Marvel macam takde tunjuk kuasa putar balik masa. 

Saturday, 2 March 2019

Pengalaman Buang Skin Tag or Lebihan Kulit di Premier Clinik Puchong

Pernah ke dengar Skin Tag? Skin tag kalau dalam bahasa mudahnya kita nak faham adalah lebihan kulit yang ada pada badan.

Kalau dibiarkan sama ada benda ni akan membesar ataupun mungkin kekal dengan bentuk macam tu sampailah bila-bila.

Bila ada skin tag kat bahagian muka dan leher secara automatiknya kita akan rasa kurang berkeyakinan begitu juga di bahagian yang orang tak nampak macam ke bahagian celah peha.

Jadi nak tak nak kenalah buang skin tag ini.. sama ada nak guna cara tradisional ataupun melalui rawatan modern. Terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Macam aku sendiri pula ambil option untuk membuang skin tag dengan cara modern ini disebabkan skin tag aku kat bhgian peha semakin membesar dengan bahagianya. Besarnya korang boleh bayangkan dalam 2 ibu jari tanganlah. Kira dah besar sangat dah tu.

Jadi daripada membesar terus better buang terus.

Sebenarnya skin tag ni atas kehendak korang sendiri sama ada nak buang ataupun tidak sebab benda ni takdelah merbahaya sangat pun cuma dari segi penampilan tu agak terganggu la dengan kewujudan skin tag.

Tapi kalau dah lama makin membesar seeloknya buanglah takut jadi melarat dan kos nak buang pun tinggi nanti. Kalau guna cara tradisional lagilah tak menjadi bila skin tag dah membesar.

sumber gambar dari ewenhooi.blogspot.com


Rawatan Laser Buang Skin Tag kat Premier Clinic 

Plan aku nak buang skin tag kat premier clinic dan cawangan terdekat kat tempat aku ialah kat Puchong. Ini pun dah puas juga aku survey last-last aku pilih premier clinic hasil survey kat google dan baca blog pengalaman orang lain.

Pengalaman Buang Skin Tag or Lebihan Kulit di Premier Clinik Puchong
Inilah skin  tag yang ada kat peha. besar ke tak? 
Sebelum pergi sana aku contact melalui whatsapp berkenaan dengan skin tag dan harga sekali. Dan dia bagitahu la harga sekian2x tapi kalau besar kena jumpa Dr dulu untuk pengesahan dan harga sekali nanti. Dah tanya semua terus buat appointment secepat yang mungkin.

===

Bila dah sampai kat sana tu, terus dapat layanan ala vip siap masuk dalam bilik menunggu dan disediakan air green tea. Sambil menunggu tu boleh tengok tv sekali dan ada pembantu nanti bertanya berkenaan skin tag semua.

===

Bila jumpa dengan Dr dan terangkan semua pasal skin tag kat peha aku ni terus dia bg details harga dan perlu buat rawatan laser. Harga menjangkau RM1000 ke atas sebab aku punya sangat besar tapi nasib baik bukan kategori desease.

Tiada paksaan dilakukan cuma cadangan je Dr bgtau kalau nak buat boleh buat appointment untuk rawatan laser buang skin tag. Then aku tanpa fikir tu terus buat appointment baru buat petang ni juga dari dibiarkan lagi lama makin membesar jadinya nanti.

===

Masa masuk bilik dia agak nerveous sikit. Lama jugalah tunggu terbaring tak tau nak buat apa. haha. Nak setengah jam jugalah. Then Dr pun datang tanya apa semua terus operate kecil buang skin tag.

Sakit masa bius je masa potong skin tag tu rasa apa-apa langsung dan mata kena tutup dengan kapas. Ada berbau sikit sebab guna laser bila potong kulit memang agak berbau. Dalam 10-15 minit macam tu dah siap..

Bila tengok dah takde dah skin tag kat peha bolehlah berjalan dengan sesuka hati. hehe.

Buat masa sekarang ni nak kasi sembuh luka kat peha. Ambil masa juga nak bagi kering luka kat peha ni sebab boleh kata besar juga luka ni dalam bulatan RM0.50 macam tu.

Dr pun nasihat makan ubat dan sapu ubat kat peha tu biar luka cepat sembuh. Dr bgtau dalam masa 2 minggu ke atas macam tu baru luka tu ok.

Hopefully, cepatlah sembuh luka ni jenuh nak berjalan sina sini macam dah kena sunat dah. haha

Pengalaman kat Premier Clinic memang berbaloi dengan layanan ala vip dan Dr.nya pun sporting habis cantik pula tu.

Ada Skin Tag je Terus Buang

Kalau korang ada masalah skin tag or lebihan kulit ke boleh lah jumpa dorang ni.. Dari segi harga pula bagi aku kira berbaloi. Kalau kecil skin tag tu lagi berbaloi sebab murah. Kalau korang ada skin tag terus buang je takut membesar lagi makan kos nak buang. 

Sunday, 10 February 2019

Lagu Berkhemah Si Nopal Popular Terjebak Nyanyi Sekali

Sejak kebelakangan ni ramai mula update status berkenaan dengan lagu berkhemah yang menjadi sebutan orang ramai. Sampaikan ramai yang terikut-ikut untuk menyanyi sekali lagu ini.. Agak berhantu jugalah lagu ni..

siapa search lagu ni comfirm lagu ini akan melekat-lekat kat kepala korang.. haha

berkhemah.. berkhemah..
berkhemah sama si nopal.. si nopal, si nopal,
anaknya bahenol
bahenol.. bahenol..bahenol...
yeihhh..

Tentang Si Nopal dan Cute Girl

Watak si Nopal ini mula wujud sejak tahun 2014 lagi dengan komik sebelum wujudnya video. Komik ini berkisar dari pengalaman dan kehidupan yang ada disekeliling kartunis.

Kalau nak diikutkan dulu watak cute girl ada mata dan hidung dan sekarang untuk versi video dah tak ada mata. Dah tak de bentuk muka. haha

Selain popular di media sosial, kartunis juga pernah menghasilkan komik komedi yang telah dicetak ke dalam format buku. Buku ini telah menampilkan pelbagai pilihan yang telah dikeluarkan di akaun media sosial si Nopal. Isinya terkandung dari cerita lawak umum sehinggalah lawak k-pop. 

komik si nopal
Buku ini telah mula diterbitkan pada tahun lepas 19 oktober 2018 yang memiliki 132 halaman dengan format full colour. Dan buku ini hanya diterbitkan di Indonesia sahaja. 

Sekarang, Si Nopal makin kehadapan dengan buat video yang mencuit hati orang ramai sehingga popular di Malaysia sekarang. 

cute girl dengan pujaan hatinya.
Boleh join akaun instagram Si Nopal [DISINI]