Tuesday, 2 July 2013

Positif Dan Negatif Sifat Malu

 Sifat Malu itu adalah perisai Mukmin


Malu itu adalah perisai Mukmin. Malu juga satu cabang  daripada cabang-cabang iman. Benarlah kata-kata sayiditina Aisyah r.a.: "Sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu nescaya dia seorang lelaki memiliki sifat soleh, dan sekiranya seorang lelaki memiliki sifat keji nescaya dia seorang lelaki yang jahat." Hadis ini juga ditujukan untuk perempuan mukminah.


Malu biar bertempat antaranya dalam mencari ilmu. Apabila kita tidak tahu dalam sesuatu perkara seharusnya memberanikan diri untuk bertanya tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Pepatah ada mengatakan "Malu bertanya sesat jalan". Jangan terus mendiamkan diri seolah-olah kita tahu akan perkara tersebut, dan mungkin kita boleh dilabelkan sebagai bodoh sombong.


Ada pula yang tidak tahu malu malah suka dengan perkara yang dilakukan seperti maksiat atau mendedahkan aurat. Minta maaf jikalau terasa bagi mereka yang tidak menutup aurat, tapi itulah hakikat Islam dimana kita tak kiralah sama lelaki dan perempuan diwajibkan untuk menutup aurat yang telah ditetapkan.


Maksiat pula kita lihat zaman sekarang terutamanya remaja-remaja masa kini tidak malu melakukan maksiat dengan meminum arak, berjudi, berfoya-foya, berzina dan sebagainya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Sekiranya kamu tidak berasa malu, maka buatlah apa yang kamu inginkan."





[caption id="attachment_138" align="aligncenter" width="300"]Positif Dan Negatif Sifat Malu sumber gambar dari google.com[/caption]

POSITIF




  1. Sifat malu adalah perisai Mukmin daripada melakukan perkara  yang dimurkai Allah.

  2. Malu adalah akhlak al-Quran yang terpuji

  3. Memiliki sifat malu adalah bukti mukmin yang luhur imannya dan suci jiwanya.


NEGATIF




  1. Tanpa malu iman seseorang akan rosak

  2. Tanpa malu seseorang akan jauh daripada ALLAH.

  3. Hidup seseorang akan berada dalam kehinaan.

21 Comments

salam..malu mesti ada kalau tiada malu kita bukan manusia sejati..

jom tutup aurat itu sebagajian dari iman dan ajaran islam..saya ada jual tudung dan barang muslimah heee

syukur aku pemalu jugak.. sikit.2 hehehe #eh

wah!, siap promote lagi..mesti cantik2x semua kan?.

Terima kasih di atas perkongsian info... Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua, lebih-lebih lagi ketika ketika menghadapi menghadapi bulan Ramadhan ini...

Sama2x. Btol..ramadhan pun tggl berapa hari saja lagi

malu yang paling tinggi tingkatnya ialah malu kepada Allah SWT

ya. gua pun pemalu orangnya. hehe..

malu kena la bertempat, kan?

hehe gua pemalu juga.. tapi malu bertempat :)

yap, biar bertempat jangan tak bertempat..hehe

Masih cunfuse walau baca berulang kali tang Negatifnya sifat malu itu.. terutamanya point no 3.

owh,senang je, kalo manusia takde perasaan malu, tentu mcam2x perkara dia boleh buat seperti melakukan maksiat,riak, sombong dan sebagainya. Disebabkan tidak ada perasaan malu lagi2x dengan ALLAH S.W.T, hidup kita berada dalam kehinaan di sisi ALLAH. S.W.T., manusia apatah lagikan.. Harap terjawab. :)

thanks dengan perkongsian ini.

Sifat malu bisa menjadi salah satu pengontrol diri kita dari perbuatan buruk dan negatif :)

Malu bertempat ok lahh..malu tak bertempak kadang2 naik muak juga..hahaha