Percy Jackson Sea Of Monster Sebuah Filem Ringan

[caption id="attachment_443" align="aligncenter" width="465"]Percy Jackson Sea of Monster Sumber -http://www.entertainmentwallpaper.com/[/caption]

Ini adalah kali pertama aku bersama keluarga menonton wayang bersama-sama. Satu kejutan dari mak abah yang secara tiba-tiba mengajak untuk menonton wayang. Sebelum ini, hanya kami adik-beradik yang menonton wayang dan tidak bersama mak abah. Jadi, ini adalah kali pertama mak abah menjejakkan kaki ke pawagam.

Sebenarnya tak merancang nak tengok filem Percy Jackson Sea of monster sebaliknya mahu menonton The Conjuring yang dikatakan paling seram di hollywood serta mendapat kritikan yang baik dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Tetapi disebabkan The conjuring tidak ditayangkan di sini (Aeon bandaraya Melaka), jadi kami memutuskan untuk menonton filem Percy jackson Sea of monster dengan kepercayaan yang sangat mengarut. Sebab apa aku cakap mengarut? Sebabnya, mana mungkin tuhan ada anak dan tuhan pula boleh mati. Inilah kepercayaan mengarut dari kaum tertentu.

Menangi hadiah sebanyak Rm10,000 bagi mereka yang berminat main Bola Sepak secara online


Filem in berdurasi selama 1 jam 30 minit sekejap sahaja tetapi aku rasa macam lama bile tengok filem ini. Filem ini mengisahkan di mana percy bersama rakan-rakannya cuba untuk mengambil kain bulu biri-biri dari kaum cyclop(gergasi) bagi menyelamatkan pokok mereka yang telah diracun oleh pihak musuh. Pokok itu sebenarnya adalah manusia yang bernama thalia tetapi telah mati dan menjadi pokok serta menjadi benteng pertahanan untuk kem anak-anak tuhan. Musuh-musuh tidak dapat masuk ke kawasan kem anak-anak tuhan kerana mendapat perlindungan dari pokok tersebut. Adakah Percy bersama rakan-rakannya berjaya menyelamatkan pokok tersebut? Pergilah tengok sendiri.

Antara babak-babak paling menarik ialah di mana lembu gergasi cuba untuk memecahkan benteng pertahanan kem anak-anak tuhan,bertarung dengan cyclop, berlawan dengan titan (Ayah segala tuhan) dan banyak lagi.

Percy Jackson Sea Of Monster Sebuah Filem Ringan ini kerana aku mengharap lebih dari yang biasa. Filem ini memang seronok tetapi sudah selalu kita tengok di filem-filem yang lain. Jangan terlalu mengharap yang lebih untuk filem ini, tonton dengan biasa sahaja atau menghilangkan kebosanan sahaja bolehlah pergi tengok. Rating yang aku boleh beri ialah 3.5/5.
Percy Jackson Sea Of Monster Sebuah Filem Ringan Percy Jackson Sea Of Monster Sebuah Filem Ringan Reviewed by Adarain Channel on August 16, 2013 Rating: 5

12 comments:

  1. den rasa nak layan filem ni sebab dah layan yang sbelum ni punya.. review yang bagus...

    ReplyDelete
  2. Ada tengok sebelum ni.. ok bias-biasa jerk.. Bro orang Muar ke?? Sama la.. Area mana ye??

    ReplyDelete
  3. aah, aku orang muoo, area sungai Mati.

    ReplyDelete
  4. macam best je filem ini nak jugalah menontonnya

    ReplyDelete
  5. terima kasih...kalau dah tgk yang pertama kena tgk yang kedua..

    ReplyDelete
  6. boleh layan la..grafik memang tak dapat dnafikan, memang cantik..

    ReplyDelete
  7. macam best filem ni. sekali sekala nonton dengan keluarga pengalaman hebatlah.

    ReplyDelete
  8. ada orang kata cerita ni macam tak best. tak tahu la betul ke tidak.

    ReplyDelete
  9. review dari bro mmc menarik je... kena tengok jg ni :)

    ReplyDelete
  10. hahahaha dekat sangat dah.. aku orang Air Hitam Batu 18..

    ReplyDelete
  11. Seronok sangat kalau dapat tengok bersama keluarga mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  12. errr.. ada ke cerita ni.. tengok list top10 tada pulak keluar hik hik hik..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.