√ Fenomena App Smule Yang Popular - Adarain

Fenomena App Smule Yang Popular

Selepas app Dubmash yang popular pada tahun lepas dengan miming kini muncul app baru yang kini menjadi popular di seluruh dunia iaitu app Smule.

Apa itu Smule?


Merupakan aplikasi karaoke secara online yang boleh dilakukan dengan solo mahupun berduet. App ini boleh download di IOS dan juga android.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
App ini mendapat perhatian orang ramai apabila pengguna media sosial Fb berkongsi video karaoke Jessie J yang menyanyikan lagi Flashlight dan  berduet dengan pengguna yang lain.

Sejak dari perkongsian itu, semakin ramai pengguna mula kenal dan download serta berkaraoke dengan app ini.

Korang boleh berkaraoke secara solo ataupun berduet.

Kalau karaoke solo boleh nyanyi lagu yang telah disediakan oleh Smule sahaja jadi agak terhad. kalau mahu karaoke lagu pilihan korang sendiri korang perlu bayar harga yang telah ditetapkan untuk menyanyi ke semua lagu pilihan korang.

Tetapi kalau mahu menyanyi pilihan korang secara percuma maka korang perlu berduet dengan pengguna yang lain. Ada pilihan untuk berduet iaitu sama ada melalui video ataupun audio sahaja.

Siapa Pengasas App Smule?


App ini telah diasaskan pada tahun 2008 oleh Jeff Smith dan pembantunya iaitu Prof. Ge Wang.

Mereka berdua inilah yang mencipta app ini sehingga menjadi popular. Selain itu, bukan sahaja smule sahaja yang mereka cipta ada app lain juga yang menarik iaitu Guitar By Smule, Magic piano, Songify dan banyak lagi.

Get notifications from this blog

13 comments

  1. Salam ukhuwah. App Smule memang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Pengguna FB ramai juga menggunakannya.

    ReplyDelete
  2. Hebat betul dia orang ni buat apps... Rasa nak suruh jer student projek saya belajar dengan mereka...

    ReplyDelete
  3. macam macam jenis app yang muncul sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. macam2 apps ada skrg ni, sapa yang suka karaoke bolehlah cuba. tak payah dah nak ke pusat karaoke kan

    ReplyDelete
  5. aplikasi yang sangat bagus buat karokean pokonya seru

    ReplyDelete
  6. guna juga app ni..majoriti user dalam tu bertaraf VIP. bayar untuk dapatkan fungsi tertentu. boleh tahu dah berapa banyak keuntungan yang pengasasnya dapat hanya dari 1 app ni sahaja

    ReplyDelete
  7. bayangkan 1 dunia berjuta2x la dapat. :D

    ReplyDelete
  8. ini la apps yang tengah heboh sekarang ni ya, patut la ramai yang duk viral

    ReplyDelete
  9. hihii sekali layan video2 yang dikongsikan
    menarik juga... ada yang serius tak kurang juga yang geli hati

    ReplyDelete
  10. terasa jugak nak try, tapi segan lebih. haha

    ReplyDelete
  11. terus kurang sambutan sudah k-box setelah kemunculan app smule ni..kihaa..!!

    ReplyDelete
  12. aah, dulu popular k-box skrang senyap plak.

    ReplyDelete
  13. khai bahar jadi terkenal pun sebab app ni la

    ReplyDelete