√ Solidariti Selamatkan Aleppo - Adarain

Solidariti Selamatkan Aleppo

Beberapa hari yang lepas, sebahagian rakyat dari daerah Aleppo telah dikepung oleh rejim Basyar dan mengupload video dengan menyampaikan situasi terkini yang menakutkan serta pesanan terakhir kepada seluruh negara agar mengambil berat tentang apa yang berlaku pada Aleppo.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Ramai mangsa terutamanya wanita & kanak-kanak meninggal dunia & tidak dapat diselamtkn kerana masih serangan dilancarkan oleh tentera rejim

Kenyataan Media Penyembelihan Aleppo


Berikut adalah Kenyataan media berkenaan dengan Penyembelihan Aleppo

"Selamat Tinggal Saudara Ku" - seruan pilu terakhir rakyat Syria di bandar tersebut sebelum beberapa jam ia jatuh ke tangan rejim Basyar dan sekutunya. Sudah lama terkubur dan tercabut rasa kemanusiaan sehingga rakyat Syria terus menerus menderita tanpa pembelaan.

Kita terus membisu dan tanpa apa-apa usaha untuk menyelamatkan ratusan ribu nyawa terutama kanak-kanak dari terus dibakar hidup-hidup. Tanggal 13 Disember 2016 adalah sejarah hitam buat kita semua iaitu jatuhnya bandar tersebut keatas tentera rejim Bashar. 7 bulan Aleppo bersendirian berhadapan dengan pelbagai jenis senjata yang membunuh. Manusia adalah sasarannya, bangunan, binatang dan tumbuhan pasti akan turut menjadi mangsa.

(Sesungguhnya saudara kita di Halab (Aleppo) berada dalam tertekan dan kesempitan sejak di kuasai oleh pakatan zalim. Ya Allah, sentiasalah Engkau bersama mereka.)

Dengan ini Aman Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilancarkan oleh rejim Bashar Al Assad dan sekutunya ke atas bandar Aleppo walau dengan apa alasan sekalipun.

Serangan yang mensasarkan infrastruktur dan kemudahan awam ini telah mengakibatkan bandar Aleppo lumpuh serta merta dengan hospital dan klinik tidak berfungsi.

Rakyat Syria sememangnya berhadapan dengan risiko kekurangan bekalan makanan dan sumber air bersih sejak bermulanya perang tahun 2011. Dalam masa yang sama, bahan api dan sumber elektrik turut terjejas akibat serangan yang tiada henti.

Siri kekejaman rejim Bashar yang dibantu oleh tentera Russia ini telah memakan masa hampir 6 tahun, bermula mac 2011 sehingga kini. Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Syrian Network For Human Right ( SNHR) sehingga bulan November, seramai 203,097 orang awam, 23,863 kanak-kanak, 599 golongan media dan 719 kakitangan perubatan yang terbunuh.

Aman Palestin dengan ini menyeru rakyat Malaysia bersama-sama kami untuk melahirkan rasa solidariti untuk kemanusiaan dan agama. Selain itu juga Aman Palestin akan mengadakan Himpunan Solidariti satu Malaysia “ #SAVEALEPPO” pada jumaat ini bersamaan 16 disember 2016 bertempat di Depan Kedutaan Rusia. Selain itu juga , “PUASA KHAMIS” untuk Aleppo, dana Misi Bantuan Kecemasan untuk Aleppo serta Tabung Derma Kilat yang mensasarkan sebanyak 5juta USD.

Justeru itu, kami menyeru seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam perjuangan untuk membantu rakyat Syria sebagai tanda solidariti untuk bersama-sama mengecam keganasan dan kezaliman yang sedang berlaku.

Sekian Terima kasih

Ustaz Anas Abdul Wahab,
Pengarah Media Aman Palestin Berhad.

==

Wakil Perancis di PBB berkata: Pihak antarabangsa wajib memberi tekanan kepada rejim Basyar, Russia dan sekutunya membenarkan rakyat awam keluar dan membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Aleepo

Untuk ketahui perkembangan terkini boleh klik Telegram Channal Aman Palestin di sini -> https://telegram.me/AMANPALESTINBERHAD

Get notifications from this blog

7 comments

  1. kesian orang syria. allhu, semoga Allah selamatkan mereka dan permudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  2. Tak habis-habis dugaan yang melanda umat islam di Syria.... Semoga dengan izin Allah, ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka.... Dan semoga doa umat-umat islam dimakbulkan... Ada bantuan yang Allah hantar kepada mereka...

    ReplyDelete
  3. moga ALLAH lindungi saudara2 Islam kita di negara lain

    ReplyDelete
  4. keadaan dimana umat islam seperti buihan lautan

    ReplyDelete
  5. tidak adanya pemimpin kekuatan umat islanmsaat ini

    ReplyDelete
  6. hanya doalah yang bisa kita berikan untuk mereka

    ReplyDelete
  7. semoga alloh melindungi rakyat syria. dan berikan ajab kepada rezim basyar assad laknatullah.

    ReplyDelete